Pelajar lepasan Matrikulasi dan Asasi yang telah membuat Permohonan Kemasukan Ke IPTA Sesi 2011/2012 Fasa 1 Lepasan Matrikulasi, PASUM Dan Asasi yang ditutup dalam bulan Januari 2011 yang lalu boleh membuat pengemaskinian permohonan mereka dalam Fasa 2.
Permohonan Fasa 2 ini adalah untuk lepasan Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia, Program Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM) dan Program Asasi Universiti Teknologi Mara (Asasi UiTM) yang baru mendapat keputusan peperiksaan semestar akhir mereka. Ini bagi memberi peluang pelajar yang berkenaan untuk mengemaskini permohonan Fasa 1 mereka agar selaras dengan keputusan akhir semestar.
Perrmohonan Fasa 2
Pengemaskinian Permohonan Fasa 2 ini sama seperti Permohonan Fasa 1 dahulu iaitu;
- Melalui UPU – Permohonan ke semua IPTA kecuali USM
- Melalui USM – Permohonan ke USM sahaja
UPU
- Pengemaskinian Permohonan Fasa 2 untuk semua universiti kecuali USM perlu dibuat melalui laman web Permohonan Kemasukan Ke IPTA Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf Kategori Matrikulasi KPM/ PASUM/ Asasi UiTM – Fasa 2 (belum dibuka)
- Tempoh membuat kemaskini akan dimaklumkan. (UPU belum umum)
- Pengemaskinian Permohonan Fasa 2 ini hanya terbuka untuk mereka yang telah membuat permohonan semasa Fasa 1 sahaja.
USM
- Pengemaskinian Permohonan Fasa 2 untuk Universiti Sains Malaysia (USM) perlu dibuat melalui laman web https://pohon.usm.my
- Tempoh membuat kemaskini adalah mulai 18 Mei 2011 sehingga 21 Mei 2011.
- Pengemaskinian Permohonan Fasa 2 ini hanya terbuka untuk mereka yang telah membuat permohonan semasa Fasa 1 sahaja.
Tarikh Tutup
Pengemaskinian Permohonan Fasa 2 ini akan ditutup seperti berikut:
- UPU – akan dimaklumkan
- USM – 21 Mei 2011
Pertanyaan
Sebarang pertanyaan boleh dikemukan kepada;
- UPU di Hotline : 03-8883 5858 atau Helpline : 03-8883 5848 atau Talian Am : 03-8883 5801/5802 atau Faks : 03-8889 4260 atau E-mel : upu@mohe.gov.my
- USM di talian 1300 888 876 atau faks: 04 653 3328 atau e-mel: admissions@notes.usm.my
No comments:
Post a Comment