Kempen Piala Dunia makin terasa bahangnya, yang paling terasa bahangnya pastilah penyokong skuad England yang tewas dengan cara yang kurang best. Sekali lagi teknologi kamera mula diperdebatkan. Namun seperti apa yang pernah katakan sebelum ni, apa-apa sahaja boleh berlaku dalam bolasepak.
Nampak gayanya banyak juga telahan aku bagi perlawanan pusingan kedua yang betul. Cuma yang aku tak sangka adalah Ghana yang mampu mengalahkan USA. Jepun pula hanya gagal dan tewas pada sepakan penalti, apa-apa boleh berlaku.
Kali ni aku nak try sekali lagi untuk membuat telahan bagi perlawanan suku akhir yang bakal berlangsung nanti.
Netherlands vs Brazil ( 1 - 3 )
Brazil telah melangkah ke suku akhir dengan bergaya dan cukup meyakinkan. Belanda pula walaupun ramai pemain yang bertaraf bintang, namun masih belum cukup menyinar. Tonggak dan harapan mereka terletak pada Arjen Roben yang masih bergelut dengan kecederaan. Dan aku rasa tidak mustahil Belanda bakal pulang hampa bila tewas kepada Brazil buat ke sekian kalinya. Brazil yang kembali dengan kehadiran Kaka dan prestasi Robinho yang semakin menyinar terus menampakkan langkah sebagai sebuah pasukan calon juara.
Uruguay vs Ghana ( 2 - 0 )
Ghana sudah cukup mengejutkan ramai peminat bola sepak, dan sekarang menjadi harapan tunggal kepada benua Afrika untuk meneruskan perjuangan. Namun aku rasa skuad Ghana akan pulang hampa kerana skuad Uruguay kelihatan semakin mantap dan meyakinkan. Mungkin perjuangan Ghana sampai di sini sahaja. Gandingan Forlan dan Suarez semakin menjadi terus digeruni pasukan-pasukan lain.
Argentina vs Germany ( 3 - 2 ) Perlawanan ini boleh diibaratkan sebagai perlawanan heavyweight untuk suku akhir. Kedua-dua pasukan layak ke suku akhir dengan kelebihan gol yang boleh dikatakan kontroversi. Jerman menang dengan England hasil gol lawan yang tidak diiktiraf dan Argentina pula memperolehi gol daripada kedudukan offside, cukup kontroversi. Namun begitu, tidak dinafikan mereka sememangnya layak berada di kedudukan ini. Argentina terus mempamerkan aksi calon juara dengan kelincahan Messi yang masih belum menemui sentuhan gol. Namun kehadirannya cukup mengkucar-kacirkan pihak lawan sekaligus membuka peluang kepada rakan pasukan untuk menjaringkan gol. Jerman pula semakin mantap. Walaupun dibarisi pemain-pemain yang agak muda, namun aksi yang meyakinkan di pamerkan seperti pada perlawanan menentang England, playmaker berbakat mereka Ozil dan di bantu oleh Muller mula menampakkan gaya seorang bintang yang bakal menyinar. Keputusan perlawanan ini agak sukar untuk dijangka, peluang adalah 50-50, namun pada aku, aku pilih Argentina.
Paraguay vs Spain ( 1 - 3 )
Sepanyol mula menampakkan belangnya sebagai Juara Eropah dan sebagai salah sebuah pasukan pilihan pada kejohanan kali ini. Permainan mantapm dan tersusun merupakan identiti mereka, kawalan permainan mereka sangat hebat, hantaran-hantaran mereka cukup meyakinkan. Namun kadang kala mereka agak buntu untuk membuat hantaran penyudah, dan itulah kelemahan mereka. Jentera tengah yang di kemudi Iniesta, Xavi dan Xabi Alonso sangat mantap, namun pertahanan mereka kadangkala agak longgar dan mudah leka. Paraguay pula tidak punya banyak kelebihan, namun mereka bakal memberi tentangan hebat kerana, kebanyakan peluang gol mereka hadir pada set piece, corner dan sepakan percuma, ini boleh mengundang musibah kepada Sepanyol. Namun Sepanyol tetap menjadi pilihan aku, dan aku harap Torres akan kembali menemui sentuhannya.
Apa-apa pun, daripada 8 pasukan yang bertanding di suku akhir ini, aku rasa calon pasukan yang bakal melangkah ke final nanti mungkin Brazil, Argentina atau Sepanyol, tapi semuanya bergantung kepada persembahan pasukan nanti dan mungkin sedikit nasib yang boleh di ambil kira, sama-samalah kita tunggu dan saksikan bersama.
3 comments:
Ooppsss prediction only rite? LOL. I want Germany to win worldcup. LOL
just my predictions.....hope 4 spain to win.
spain could probably win. we'll see
Post a Comment