Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Kementerian Belia dan Sukan telah membuka permohonan memasuki IKBN di seluruh negara bagi pengambilan sesiJanuari 2013.
Pengambilan IKBN bagi sesi Januari diuruskan sendiri oleh Bahagian Pembangunan Kemahiran Kementerian Belia dan Sukan. Manakala bagi pengambilan sesi Julai dikendalikan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP), Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia atau lebih dikenali sebagai UPU.
Permohonan adalah terbuka kepada semua belia Warganegara Malaysia yang berumur 18-30 tahun bagi mengikuti Latihan Kemahiran peringkat sijil (SKM/DKM/DLKM) Tahap 1 hingga 5, Persijilan JKKP dan Persijilan Suruhanjaya Tenaga (ST) dan Diploma MQA di Institut Kemahiran Belia Negara, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.
Konsep Latihan
Konsep latihan di IKBN adalah berbentuk latihan bersepadu dengan pelaksanaan pendekatannya merangkumi latihan kemahiran (teori dan praktikal), keusahawanan, ketatanegaraan, kepimpinan, keagamaan / moral, sukan/rekreasi dan khidmat masyarakat.
Bidang Pengajian
- Teknologi Mekanikal
- Teknologi Automotif
- Teknologi Awam
- Teknologi Elektrik
- Teknologi Elektronik
- Teknologi Tekstil
- Teknologi Marin
- Teknologi Hospitaliti
- Teknologi Fotografi
- Teknologi Maklumat
- Teknologi Personal
- Teknologi Sukan
Syarat Umum
- Warganegara Malaysia
- Boleh membaca dan menulis
- Berusia di antara 18 – 30 tahun semasa memohon
- Berkelulusan sekurangnya Tamat Tingkatan 5
- Belum berkahwin atau bujang
- Sihat tubuh badan
- Tidak pernah melakukan kesalahan jenayah dan penyalahgunaan najis dadah
- Belum pernah mengikuti latihan kemahiran di mana-mana Institut Latihan Awam/Swasta (KECUALI calon yang mempunyai sijil lepasan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Sijil Suruhanjaya Tenaga (ST) untuk menyambung pelajaran)
- Sanggup menjalani latihan sehingga tamat dan dikehendaki mengikut segala peraturan yang telah, sedang dan akan ditetapkan.
- Pemohon yang sedang menjalani latihan di mana-mana institut latihan kemahiran dan belum tamat latihan/belum memperolehi sijil ketrampilan SKM tahap 2/3 atau 3/4 tidak dibenarkan memohon untuk tahap selanjutnya.
- Pemohon yang tidak tamat latihan / disingkir dari mengikuti latihan dari mana-mana Institut Latihan Awam lain tidak dibenarkan memohon.
Kemudahan
- Tiket penerbangan bagi pelajar dari dan ke Sabah dan Sarawak.
- Elaun bulanan RM100 – RM300 sepanjang tempoh pembelajaran.
- Penginapan, makan minum dan pakaian disediakan.
Lokasi IKBN
- Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Sepang
- Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Dusun Tua
- Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak
- Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Wakaf Tapai
- Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Jitra
- Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Pagoh
- Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Temerloh
- Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Seri Iskandar
- Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Chembong
- Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bachok
- Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Alor Gajah
- Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Miri
- Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bukit Mertajam
- Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kinarut
- Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kuala Perlis
- Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Naka
- Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kuala Langat
- Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kemasik
- Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Pekan
- Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bandar Penawar
Permohonan
- Permohonan untuk masuk ke Institut Kemahiran Belia Negara ini boleh dibuat secara online di laman web Sistem Permohonan Kemasukan ke IKBN.
- Sila dapatkan maklumat lanjut mengenai bidang kursus, sijil dan tahap, tempoh kursus, pusat IKBN yang menawarkan kursus, kelayakan akademik dan sinopsis kursus di laman web eKBS sebelum membuat permohonan.
- Permohonan yang tidak mendapat apa-apa jawapan selepas 2 bulan dari tarikh semakan dianggap tidak berjaya.
- Pemohon yang didapati memberikan sebarang butiran palsu boleh disingkirkan dari mengikuti latihan di IKBN.
- Pihak Kementerian berhak memanggil calon lepasan sekolah ( Tamat tingkatan 5 untuk menghadiri proses temuduga).
- Tempoh kursus yang dinyatakan pada iklan kemasukan tidak termasuk tempoh latihan industri bagi kursus-kursus tertentu.
Tarikh Tutup
- Permohonan kemasukan ke IKBN sesi Januari 2013 ini ditutup pada 7 November 2012.
Keputusan Permohonan
- Keputusan permohonan ke IKBN sesi Januari 2013 ini dijangka boleh disemak mulai 1 Disember 2012.
- Sila semak keputusan permohonan di laman web eKBS.
- Pemohon boleh ditempatkan di mana-mana IKBN seluruh Malaysia
Maklumat
- Pemohon dipelawa mengunjungi mana-mana IKBN dalam sebelum tarikh tutup permohonan bagi mendapat pendedahan awal tentang program kemahiran yang dilaksanakan di setiap IKBN
- Sila rujuk laman web interaktif Kementerian Belia dan Sukan atau laman web utama KBS untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci.
- Di samping itu sebarang pertanyaan boleh juga dibuat dengan menghubungi talian berikut 03-8871 3651/ 3652/ 3653/ 3646/ 3685.