Tuesday, October 09, 2012

Permohonan Kemasukan Ke IKBN Sesi Januari 2013


Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Kementerian Belia dan Sukan telah membuka permohonan memasuki IKBN di seluruh negara bagi pengambilan sesiJanuari 2013.
Pengambilan IKBN bagi sesi Januari diuruskan sendiri oleh Bahagian Pembangunan Kemahiran Kementerian Belia dan Sukan. Manakala bagi pengambilan sesi Julai dikendalikan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP), Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia atau lebih dikenali sebagai UPU.
Permohonan adalah terbuka kepada semua belia Warganegara Malaysia yang berumur 18-30 tahun bagi mengikuti Latihan Kemahiran peringkat sijil (SKM/DKM/DLKM) Tahap 1 hingga 5, Persijilan JKKP dan Persijilan Suruhanjaya Tenaga (ST) dan Diploma MQA di Institut Kemahiran Belia Negara, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

Konsep Latihan

Konsep latihan di IKBN adalah berbentuk latihan bersepadu dengan pelaksanaan pendekatannya merangkumi latihan kemahiran (teori dan praktikal), keusahawanan, ketatanegaraan, kepimpinan, keagamaan / moral, sukan/rekreasi dan khidmat masyarakat.

Bidang Pengajian

IKBN
  • Teknologi Mekanikal
  • Teknologi Automotif
  • Teknologi Awam
  • Teknologi Elektrik
  • Teknologi Elektronik
  • Teknologi Tekstil
  • Teknologi Marin
  • Teknologi Hospitaliti
  • Teknologi Fotografi
  • Teknologi Maklumat
  • Teknologi Personal
  • Teknologi Sukan

Syarat Umum

  • Warganegara Malaysia
  • Boleh membaca dan menulis
  • Berusia di antara 18 – 30 tahun semasa memohon
  • Berkelulusan sekurangnya Tamat Tingkatan 5
  • Belum berkahwin atau bujang
  • Sihat tubuh badan
  • Tidak pernah melakukan kesalahan jenayah dan penyalahgunaan najis dadah
  • Belum pernah mengikuti latihan kemahiran di mana-mana Institut Latihan Awam/Swasta (KECUALI calon yang mempunyai sijil lepasan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Sijil Suruhanjaya Tenaga (ST) untuk menyambung pelajaran)
  • Sanggup menjalani latihan sehingga tamat dan dikehendaki mengikut segala peraturan yang telah, sedang dan akan ditetapkan.
  • Pemohon yang sedang menjalani latihan di mana-mana institut latihan kemahiran dan belum tamat latihan/belum memperolehi sijil ketrampilan SKM tahap 2/3 atau 3/4 tidak dibenarkan memohon untuk tahap selanjutnya.
  • Pemohon yang tidak tamat latihan / disingkir dari mengikuti latihan dari mana-mana Institut Latihan Awam lain tidak dibenarkan memohon.

Kemudahan

  • Tiket penerbangan bagi pelajar dari dan ke Sabah dan Sarawak.
  • Elaun bulanan RM100 – RM300 sepanjang tempoh pembelajaran.
  • Penginapan, makan minum dan pakaian disediakan.

Lokasi IKBN

Permohonan

  • Permohonan untuk masuk ke Institut Kemahiran Belia Negara ini boleh dibuat secara online di laman web Sistem Permohonan Kemasukan ke IKBN.
  • Sila dapatkan maklumat lanjut mengenai bidang kursus, sijil dan tahap, tempoh kursus, pusat IKBN yang menawarkan kursus, kelayakan akademik dan sinopsis kursus di laman web eKBS sebelum membuat permohonan.
  • Permohonan yang tidak mendapat apa-apa jawapan selepas 2 bulan dari tarikh semakan dianggap tidak berjaya.
  • Pemohon yang didapati memberikan sebarang butiran palsu boleh disingkirkan dari mengikuti latihan di IKBN.
  • Pihak Kementerian berhak memanggil calon lepasan sekolah ( Tamat tingkatan 5 untuk menghadiri proses temuduga).
  • Tempoh kursus yang dinyatakan pada iklan kemasukan tidak termasuk tempoh latihan industri bagi kursus-kursus tertentu.

Tarikh Tutup

  • Permohonan kemasukan ke IKBN sesi Januari 2013 ini ditutup pada 7 November 2012.

Keputusan Permohonan

  • Keputusan permohonan ke IKBN sesi Januari 2013 ini dijangka boleh disemak mulai 1 Disember 2012.
  • Sila semak keputusan permohonan di laman web eKBS.
  • Pemohon boleh ditempatkan di mana-mana IKBN seluruh Malaysia

Maklumat

  • Pemohon dipelawa mengunjungi mana-mana IKBN dalam sebelum tarikh tutup permohonan bagi mendapat pendedahan awal tentang program kemahiran yang dilaksanakan di setiap IKBN
  • Sila rujuk laman web interaktif Kementerian Belia dan Sukan atau laman web utama KBS untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci.
  • Di samping itu sebarang pertanyaan boleh juga dibuat dengan menghubungi talian berikut 03-8871 3651/ 3652/ 3653/ 3646/ 3685.

Permohonan Kemasukan ILJTM Sesi Januari 2013


Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) ditubuhkan untuk menyediakan dan melaksanakan program latihan kemahiran pra-pekerjaan bagi memenuhi keperluan sektor perindustrian negara. Objektif utama ILJTM adalah untuk melahirkan tenaga manusia yang optimum melalui program latihan kemahiran perindustrian.
ILJTM terdiri daripada:
  • 22 buah Institut Latihan Perindustrian (ILP) yang menawarkan program peringkat sijil dan sijil lanjutan
  • 5 buah Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) yang menawarkan program peringkat Diploma dan Diploma Lanjutan
  • Sebuah Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI) yang juga menawarkan program peringkat Diploma dan Diploma Lanjutan.

Pengambilan Pelajar Baru ILJTM

Pengambilan ke ILJTM dibuat 2 kali setahun iaitu pada bulan Januari dan bulan Julai setiap tahun. Iklan akan dikeluarkan pada bulan Mac dan September. Bagi sesi kemasukan Januari permohonan secara online perlu dibuat melalui laman web JTM. Manakala bagi kemasukan Julai perlu dibuat secara online di laman web JTM dan UPU, bergantung kepada kelulusan pemohon.
JTM

Syarat Asas

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 17 – 35 tahun
  • Tidak buta atau buta warna atau rabun (tidak berkacamata /tidak berkanta lekap) atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.

Syarat Khas

Tertakluk kepada kursus yang dipohon dan kelulusan pemohon, sila rujuk;

Kemudahan

  • Program Sijil – Yuran pengajian, penginapan, makan dan minum adalah percuma. Menerima elaun sara hidup RM100 dan RM300 sebulan semasa latihan industri.
  • Program Diploma & Diploma Lanjutan – Pinjaman pelajaran daripada Perbadanan Tabung Pinjaman Kemahiran (PTPTK).
  • Bagi OKU – sama seperi program sijil serta elaun sara diri RM300 sebulan.

Permohonan

  • Permohonan kemasukan ke ILJTM perlu dibuat secara online sahaja.
  • Tiada nombor pin atau unik ID yang diperlukan.

Tarikh Tutup

  • Permohonan kemasukan ke ILJTM bagi sesi Januari 2013 ini akan ditutup pada25 Oktober 2012.
  • Mereka yang tidak mendapat sebarang jawapan dalam tempoh 3 bulan selepas tarikh tutup dianggap tidak berjaya.

Maklumat

Maklumat di atas adalah ringkasan sahaja, sila kunjungi laman web ILJTM dan bacaiklan pengambilan untuk maklumat lebih terperinci.

Pertanyaan

Jika terdapat sebarang pertanyaan berkaitan permohonan ke ILJTM ini, sila berhubung terus dengan;
  • Bahagian Pengurusan Latihan,
    Jabatan Tenaga Manusia,
    Aras 6, Blok D4, Kompleks D,
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
    62530 Putrajaya

    Telefon: 03-8886 5555
    Faks: 03-8889 2417
    Email: jtm@mohr.gov.my

Sunday, September 23, 2012

Permohonan Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh & Sekolah Kawalan 2013


Permohonan kemasukan para pelajar Darjah Enam ke Tingkatan Satu di Sekolah Berasrama Penuh – SBP dan Sekolah Kawalan Kementerian Pelajaran Malaysia dan kemasukan para pelajar Tingkatan Tiga ke Tingkatan Empat di Sekolah Berasrama Penuh telah dibuka mulai 15 September 2012.
Permohonan ke Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kawalan disediakan oleh Bahagian Pengurusan Maklumat dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian dan Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Cara Memohon SBP & Sekolah Kawalan

Permohonan SBP & Sekolah Kawalan
  • Pelajar Darjah 6 atau Tahun 6 yang telah menduduki UPSR 2012 boleh memohon Sekolah Berasrama Penuh – SBP atau Sekolah Kawalan.
  • Pelajar Tingkatan 3 yang akan menduduki PMR2012 hanya boleh memohon SBP sahaja.
  • Permohonan perlu dibuat secara online melalui Aplikasi Permohonan ke SBP dan Sekolah Kawalan.
  • Pastikan maklumat yang dimasukkan adalah betul kerana pengemaskinian tidak boleh dibuat setelah cetakan dibuat.
Tarikh Tutup
Permohonan ke Sekolah Berasrama Penuh – SBP dan Sekolah Kawalan bagi sesi 2013 akan ditutup pada 31 Oktober 2012.

Maklumat.

  • Sebarang pertanyaan boleh juga diajukan kepada Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Aras 3, Blok 2251, Jalan Usahawan 1, 63000 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan atau telefon 03 8321 7400 atau faks 03 8321 7403/ 7402.
  • Pertanyaan boleh juga dibuat melalui Talian Khidmat Pelanggan KPM di 03 7723 7070 atau emel kpkpm@moe.gov.my

Sunday, April 22, 2012

Ujian MedSI 2012

Ujian Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI) dijalankan kepada semua calon yang ingin mengikuti bidang perguruan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) iatu ujian khas kepada calon-calon yang memohon kemasukan ke Program Pendidikan seperti ISMP (Ijazah Sarjana Muda Pendidikan).
Ujian MEdSI
Ini bermakna Ujian MEdSI ini hanyalah untuk calon-calon yang memohon program pengajian pendidikan di pilihan 1 atau pilihan 2 sahaja ketika mengemukakan permohonan kemasukan ke IPTA secara dalam talian.
Ujian MEdSI adalah untuk mengukur kualiti intrinsik calon guru dari segi Personaliti, Minat Kerjaya, Nilai Integriti dan Kecerdasan Emosi. Maklumat yang diperoleh daripada pengukuran ini digunakan untuk memilih calon guru yang sesuai untuk kemasukan ke program pendidikan di IPTA.

Format Ujian MEdSI

  • Ujian MEdSI mengandungi 300 soalan dan perlu dijawab dalam masa 1 jam 10 minit.
  • Terbahagi kepada 4 bahagian:
    • Personaliti – 110 soalan
    • Minat Kerjaya – 60 soalan
    • Nilai Integriti – 70 soalan
    • Kecerdasan Emosi – 60 soalan
  • Soalan ujian MEdSI berbentuk aneka pilihan.
  • Calon dikehendaki memilih pilihan jawapan yang sesuai dengan diri calon dan tiada jawapan yang betul atau salah.

Semakan Panggilan Ujian MEdSI

  • Semakan panggilan menduduki Ujian MEdSI boleh dibuat melalui laman web Majlis Peperiksaan Malaysia di www.mpm.edu.my atau terus ke portal semakan MEdSI.
  • Semakan boleh dibuat mulai 20 April 2012.
  • Hanya calon yang berjaya akan dipanggil temuduga.
Menduduki Ujian MEdSI
  • Ujian MEdSI akan diadakan pada 28 April 2012.
  • Pusat Ujian MEdSI adalah seperti yang dipilih oleh calon sendiri semasa mengemukakan permohonan kemasukan ke IPTA secara dalam talian dahulu.
  • Calon perlu membawa Slip Menduduki Ujian MEdSI
  • Slip Menduduki Ujian boleh dicetak melalui laman web Majlis Peperiksaan Malaysia
  • Kegagalan membawa Slip Menduduki Ujian boleh menyebabkan calon dihalang daripada menduduki ujian.
  • Tiada bayaran dikenakan untuk menduduki Ujian MEdSI.
  • Ujian MEdSI hanya sah untuk sekali ambilan sahaja.
Temuduga Program Pendidikan
Maklumat
  • Sila rujuk laman web Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) untuk mendapatkan maklumat lanjut.
  • Jika terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi MPM di talian 03 6136 9663 atau faks 03 6136 1488 atau e-mel : ppa@mpm.edu.my
  • sumber:eputra.com

Sunday, March 25, 2012

Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman 2012

Yayasan Tunku Abdul Rahman mempelawa mereka yang layak untuk memohon Biasiswa Tunku Abdul Rahman bagi tahun 2012. Biasiswa ini dinamakan Biasiswa Tunku Abdul Rahman, bagi mengenang jasa Almarhum Y.T.M. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sebagai Bapa Kemerdekaan dan Perdana Menteri Malaysia pertama.

Yayasan Tunku Abdul Rahman

Biasiswa berprestij dan eksklusif ini ditawar kepada pelajar cemerlang dan berbakat kepimpinan yang tinggi untuk membolehkan penerima mengikuti pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tempatan dalam negara. Penerima biasiswa ini digelar Tunku Scholars.

Syarat Asas

  • Warganegara Malaysia.
  • Umur tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan.

Kelayakan Akademik

  • Pelajar lepasan STPM / Asasi / Matrikulasi yang lulus minimum PNGK 3.75. Pemberian biasiswa tertakluk kepada pemohon diterima masuk IPT tempatan dalam negara.
  • Pemohon juga dibuka kepada pelajar yang sedang dalam pengajian sepenuh masa Ijazah Sarjana Muda IPT tempatan dalam negara jika mencapai minimum PNGK 3.75 dan masih berbaki sekurang-kurangnya 2 tahun pengajian.
  • Kepujian dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris di peringkat SPM.

Ko-kurikulum

  • Memiliki kualiti kepimpinan yang terserlah dan penyertaan yang aktif dalam kokurikulum (terutama di peringkat luar sekolah / universiti).

Syarat Tambahan

  • Penerima BIASISWA TUNKU ABDUL RAHMAN diperlukan berkhidmat untuk negara sekurang-kurangnya lima tahun selepas tamat pengajian yang ditaja.

Kadar Biasiswa

  • Kadar biasiswa adalah mengikut kadar yang berkuat kuasa semasa. Pemberian Biasiswa Tunku Abdul Rahman ditentukan oleh Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Tunku Abdul Rahman.

Permohonan

  • Permohonan adalah dengan mengisi borang permohonan yang disediakan. Borang boleh dimuat turun di Borang Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman.
  • Borang permohonan yang telah lengkap diisi dan dokumen sokongan yang berkenaan perlu dihantar ke alamat berikut : Yayasan Tunku Abdul Rahman, A-10-10, Menara UOA Bangsar, 59000 Bangsar, Kuala Lumpur

Tarikh Tutup

  • Permohonan Biasiswa Yayasan Tunku Abdul Rahman ini ditutup pada 30 Mac 2012.
  • Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk temuduga.
  • Pemohon yang tidak dihubungi selepas 3 bulan dianggap tidak berjaya.

Maklumat

  • Sila rujuk laman web Biasiswa Tunku Abdul Rahman untuk maklumat lanjut.
  • Jika terdapat sebarang pertanyaan berkenaan permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman ini sila hubungi talian telefon 03-2283 6063 / 6073 atau faks : 03 2283 6052 atau emel: yayasantar@gmail.com

Saturday, March 24, 2012

Permohonan Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional 2012

Yayasan Tenaga Nasional (YTN) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional bagi mengikuti Program Universiti Luar Negara dan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) bagi kemasukan tahun 2012.

Yayasan TNB

BIDANG PENGAJIAN

Program Universiti Luar Negara

  • Ijazah Sarjana Muda:-
    • Kejuruteraan Elektrik Kuasa
    • Kejuruteraan Mekanikal
    • Kejuruteraan Awam
    • Perakaunan

Program Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)

  • Asas Kejuruteraan:-
    • Kejuruteraan Elektrik Kuasa
    • Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
    • Kejuruteraan Mekanikal
    • Kejuruteraan Awam
    • Sains Komputer
  • Asas Bukan Kejuruteraan:-
    • Teknologi Maklumat
    • Perakaunan
    • Kewangan
    • Pengajian Bisnes

SYARAT AM

Program Universiti Luar Negara

  1. Berumur tidak melebihi 19 tahun bagi calon lepasan SPM dan 21 tahun bagi calon lepasan STPM pada tahun 2012
  2. Aktif dalam kegiatan ko-kurikulum
  3. Mempunyai keperibadian dan ciri kepimpinan yang tinggi
  4. Tiada adik beradik yang sedang menerima biasiswa YTN

Program Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)

  1. Berumur tidak melebihi 19 tahun pada tahun 2012
  2. Aktif dalam kegiatan ko-kurikulum
  3. Mempunyai keperibadian dan ciri kepimpinan yang tinggi
  4. Tiada adik beradik yang sedang menerima biasiswa YTN
  5. Telah memohon kemasukan ke UNITEN

KELAYAKAN AKADEMIK

Program Universiti Luar Negara

Bagi Calon Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

  1. Lulus peperiksaan SPM 2011 dengan mencapai sekurang-kurangnya A dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris (GCE-O) dan memperolehi sekurang-kurangnya A dalam 8 mata pelajaran mengikut bidang pengajian seperti berikut:-
    • Kejuruteraan
      • Bahasa Melayu
      • Bahasa Inggeris
      • Sejarah
      • Matematik
      • Matematik Tambahan
      • Fizik
      • Kimia
      • Pendidikan Moral / Pendidikan Islam / Bahasa Arab Tinggi / Bahasa Arab (Komunikasi) / Tasawwur Islam / Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah
    • Perakaunan
      • Bahasa Melayu
      • Bahasa Inggeris
      • Sejarah
      • Matematik
      • 3 mata pelajaran pilihan dari berikut:- Matematik Tambahan / Fizik / Kimia / Biologi / Prinsip Akaun / Perdagangan / Ekonomi Asas / Geografi
      • dan 1 mata pelajaran pilihan dari berikut:- Pendidikan Moral / Pendidikan Islam / Bahasa Arab Tinggi / Bahasa Arab (Komunikasi) / Tasawwur Islam / Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah
    • Calon-calon yang terpilih akan mengikuti kursus persediaan dalam negara.

Bagi Calon Lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)

  1. Lulus STPM 2011 dengan mencapai gred A (NGMP 4.00) dalam 4 mata pelajaran mengikut bidang pengajian seperti berikut:-
    • Kejuruteraan
      • Pengajian Am
      • Fizik
      • Kimia
      • Matematik T / Matematik Lanjutan T
    • Perakaunan
      • Pengajian Am
      • Perakaunan
      • 2 mata pelajaran pilihan lain
  2. Serta lulus SPM 2009 dengan mencapai sekurang-kurangnya A dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris (GCE-O) dan memperolehi A dalam 4 mata pelajaran berikut:-
    • Bahasa Melayu
    • Bahasa Inggeris
    • Sejarah
    • Pendidikan Moral / Pendidikan Islam / Bahasa Arab Tinggi / Bahasa Arab (Komunikasi) / Tasawwur Islam / Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah

Program Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)

Lulus SPM 2011 dengan memperolehi sekurang-kurangnya A dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik serta mendapat sekurang-kurangnya A- dalam 4 mata pelajaran mengikut bidang pengajian seperti berikut:-

  • Kejuruteraan
    • Bahasa Melayu
    • Matematik Tambahan
    • Fizik
    • Kimia
  • Bukan Kejuruteraan
    • Bahasa Melayu
    • dan 3 mata pelajaran pilihan dari berikut:-

      Matematik Tambahan / Fizik / Kimia / Biologi / Prinsip Akaun / Perdagangan / Ekonomi Asas / Sejarah / Geografi / Pendidikan Islam / Pendidikan Moral / Bahasa Arab Tinggi / Bahasa Arab (Komunikasi) / Tasawwur Islam / Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah

CARA MEMOHON

  1. Permohonan hendaklah dibuat secara on-line di laman web Yayasan Tenaga Nasional iaitu: http://yayasan.tnb.com.my/sam
  2. Biasiswa yang ditawarkan adalah bagi program Universiti Luar Negara dan di UNITEN. Calon perlu mengisi permohonan yang berasingan bagi setiap program.
  3. Pastikan semua maklumat telah disemak sebelum dihantar secara online. Sebarang pindaan atau kemaskini ke atas maklumat hendaklah dilakukan sebelum ianya dihantar secara online.

TARIKH TUTUP

  1. Permohonan biasiswa Yayasan Tenaga Nasional ini akan ditutup pada 28 Mac 2012.
  2. Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.

BENGKEL PEMILIHAN & TEMUDUGA

  1. Bilangan biasiswa adalah terhad. Hanya calon-calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk Bengkel Pemilihan dan Temuduga.
  2. Semakan keputusan ke sesi Bengkel Pemilihan boleh dibuat di laman web Yayasan Tenaga Nasional seperti berikut; Program Universiti Luar Negara mulai jam 2 petang 2 April 2012. Program UNITEN mulai jam 2 petang 5 April 2012.
  3. Semakan keputusan ke sesi Temuduga boleh dibuat di laman web Yayasan Tenaga Nasional seperti berikut; Program Universiti Luar Negara mulai jam 10 pagi 9 April 2012. Program UNITEN mulai jam 2 petang 16 April 2012.

MAKLUMAT

  1. Maklumat di atas adalah ringkasan sahaja, sila rujuk kepada laman web Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional untuk maklumat lebih terperinci.
  2. Pastikan anda membaca Arahan Biasiswa, Iklan Tawaran Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional, Senarai Semak Permohonan Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional dan Manual Pengisian Borang.
  3. Sila rujuk juga komen-komen di Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional 2010 sebagai panduan.
  4. Sebarang masalah atau pertanyaan mengenai biasiswa Yayasan Tenaga Nasional ini sila hubungi:-
    • UNITEN En. Ahmad Iqbal 03-89247537, En. Mohd Hakimi 03-89247524, En. Mohd Nasir Ali 03-89247519, En. Nasir Yusuf 03-89247533, Pn. Roba’iyah 03-89247516
    • Luar Negara En. Azhar 03-89247540, Pn. Wan Qobatiah 03-89247520, Pn. Zalina 03-89247514
    • Masalah Teknikal En. Mohd Jafri 03-89247523, En. Mohd Amrizal 03-89247549
    • Atau melalui e-mel infoytn@tnb.com.my

Friday, March 23, 2012

Permohonan Kursus Perguruan Lepas SPM KPLSPM Ambilan Jun 2012

Permohonan Kursus Perguruan Lepas Sijil Pelajaran Malaysia (KPLSPM) Ambilan Jun 2012 di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia akan mula dibuka mulai 22 Mac 2012. Para lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam dipelawa untuk memohon program perguruan yang ditawarkan iaitu Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP).

Kementerian Pelajaran Malaysia : Permohonan Kursus Perguruan

Permohonan untuk ke Institut Pendidikan Guru atau lebih dikenali sebagai Maktab Perguruan ini memang dinanti-nantikan oleh mereka yang berminat untuk menjadi guru setiap tahun. Status pengambilan ke Institut Pendidikan Guru pada tahun ini menjadi tanda tanya pada awalnya.

Syarat Asas

  • Warganegara Malaysia.
  • Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2012 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1992.
  • Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.
  • Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  • Mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat
    • Cemerlang dalam mana-mana tiga mata pelajaran; DAN
    • Sekurang-kurangnya kepujian dalam tiga mata pelajaran berikut:
      • Bahasa Melayu
      • Sejarah
      • Satu mata pelajaran yang lain serta;
      • Lulus Bahasa Inggeris
  • Memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon.

Program Pengajian

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)

  • Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) ini dikhususkan untuk melatih guru-guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) dan institusi lain yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam pelbagai bidang bagi keperluan di sekolah rendah.
  • Sebagai prasyarat, calon dikehendaki mengikuti Program Persediaan selama 18 bulan atau 3 semestar di institusi yang ditetapkan.
  • Calon mesti lulus Program Persediaan sebelum ditawarkan untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan selama 4 tahun atau 8 semestar di Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Bidang Pengajian

Bidang pengajian yang ditawarkan adalah berdasarkan sekolah seperti berikut;

Sekolah Kebangsaan (SK)

  • Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua Penddikan Rendah
  • Bahasa Tamil Pendidikan Rendah
  • Bahasa Cina Pendidikan Rendah
  • Bahasa Arab Pendidikan Rendah
  • Bahasa Kadazan Dusun Pendidikan Rendah
  • Bahasa Iban Penddikan Rendah
  • Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Islam Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah
  • Pengajian Sejarah Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Muzik Pendidikan Rendah

Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)

  • Bahasa Melayu Pendidikan Rendah
  • Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua Penddikan Rendah
  • Matematik Pendidikan Rendah
  • Sains Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah
  • Reka Bentuk dan Teknologi Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah
  • Bimbingan dan Kaunseling
  • Pengajian Sejarah Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Pemulihan Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Muzik Pendidikan Rendah

Sekolah Jensi Kebangsaan Tamil (SJKT)

  • Bahasa Melayu Pendidikan Rendah
  • Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua Penddikan Rendah
  • Matematik Pendidikan Rendah
  • Sains Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah
  • Reka Bentuk dan Teknologi Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah
  • Bimbingan dan Kaunseling
  • Pengajian Sejarah Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Pemulihan Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Muzik Pendidikan Rendah

Cara Memohon

  • Permohonan untuk memasuki Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM) Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Jun 2012 hanya boleh dibuat secara atas talian (online) melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia atau terus sahaja ke portal
    Permohonan Dalam Talian KPLSPM Ambilan Jun 2012.
  • Permohonan ini hanya boleh dibuat dengan menggunakan nombor pengenalan individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh Malaysia dengan bayaran sebanyak RM 6.00 mulai 22 Mac 2012.
  • Pemohon dinasihatkan mendapatkan maklumat berkenaan bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.
  • Calon dibenarkan mengemukakan hanya satu permohonan sahaja.
  • Calon boleh menggunakan nombor PIN yang sama untuk membuat pindaan butiran kepada permohonan yang telah dihantar. Butiran permohonan boleh dikemaskini pada bila-bila masa sebelum tarikh tutup.
  • Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.

Tarikh Tutup

  • Permohonan kemasukan Kursus Perguruan Lepas Sijil Pelajaran Malaysia (KPLSPM) Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Jun 2012 ini akan ditutup pada 5 April 2012.

Maklumat

  • Maklumat di atas cuma ringkasan sahaja, sila rujuk Aplikasi Permohonan Program Perguruan dan baca dengan teliti sebelum anda membuat permohonan.
  • Sila rujuk laman web Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.
  • Sila rujuk juga komen-komen di Permohonan Kursus Perguruan Lepas SPM KPLSPM Ambilan Jun 2010 dan Jun 2011 sebagai panduan.
  • Jika ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan KPLSPM ini, sila hubungi:
    • BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
      KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
      ARAS 3, BLOK E13, PARCEL E
      KOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
      62604 PUTRAJAYA
      (u.p : Unit Pengurusan Pengambilan Pelajar)
      Telefon : 03 8884 1260/ 1249/ 1246/ 1242/ 1245
    • URUS SETIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
      Cawangan Sabah
      d/a Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya
      Peti Surat 10491
      88805 Kota Kinabalu,
      Sabah
      Telefon : 088 236804
    • URUS SETIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
      Cawangan Sarawak
      Jalan College
      93259 Kuching,
      Sarawak
      Telefon : 082 258045

Permohonan Biasiswa Pendidikan Petronas 2012

Petronas mempelawa calon-calon yang layak untuk memohon Program Biasiswa Pendidikan Petronas bagi lepasan SPM 2011. Pelajar lepasan SPM 2011 yang akan menerima biasiswa Petronas ini perlulah mempunyai rekod akademik yang cemerlang, bakat kepemimpinan di dalam kegiatan ko-kurikulum, sosial dan sukarela, serta memiliki keazaman dan kesungguhan.

Biasiswa Petronas ini adalah untuk mengikuti program pengajian di Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan di universiti luar negara atau kampus cawangannya di Malaysia.

Syarat Asas Memohon Biasiswa Petronas

Logo Petronas

  • Calon-calon mestilah menggunakan keputusan SPM 2011.
  • Calon-calon mestilah warganegara Malaysia.
  • Calon-calon mestilah berumur sekurang-kurangnya 17 tahun dan tidak melebihi 19 tahun pada tahun 2012.
  • Mempunyai ciri-ciri kepimpinan serta aktif di dalam aktiviti ko-kurikulum.

Cara Memohon Biasiswa Petronas

Tarikh tutup

  • Permohonan Program Biasiswa Pendidikan Petronas Bagi Lepasan SPM 2011 ini akan ditutup pada 28 Mac 2012, jam 5.00 petang.
  • Permohonan yang dibuat selepas tarikh dan masa tersebut tidak akan diproses.

Petronas EduQuest Camp

  • Hanya pemohon yang disenarai-pendek akan dihubungi untuk melalui proses penilaian di PETRONAS EduQuest Camp pada bulan April 2012.
  • Sila layari laman web http://spmonline.petronas.com.my dari semasa ke semasa bagi mendapatkan maklumat tentang status permohonan anda.
  • Keputusan jawatankuasa pemilihan adalah muktamad.

Maklumat

  • Sila rujuk laman web http://spmonline.petronas.com.my untuk membuat permohonan dan mendapatkan maklumat yang lebih terperinci.
  • Sila rujuk juga komen-komen di Program Biasiswa Pendidikan Petronas Bagi Lepasan SPM 2009 dan SPM 2010 sebagai panduan.

Pertanyaan

  • Sila hubungi Talian Bantuan Program Biasiswa Pendidikan PETRONAS di 03 2331 2277 jika terdapat sebarang pertanyaan.

disable click

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...