Thursday, May 19, 2011

Permohonan Fasa 2 Keasukan IPTA Sesi Akademik 2011/2012 Lepasan Matrikulasi dan Asasi

Pelajar lepasan Matrikulasi dan Asasi yang telah membuat Permohonan Kemasukan Ke IPTA Sesi 2011/2012 Fasa 1 Lepasan Matrikulasi, PASUM Dan Asasi yang ditutup dalam bulan Januari 2011 yang lalu boleh membuat pengemaskinian permohonan mereka dalam Fasa 2.

Permohonan Fasa 2 ini adalah untuk lepasan Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia, Program Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM) dan Program Asasi Universiti Teknologi Mara (Asasi UiTM) yang baru mendapat keputusan peperiksaan semestar akhir mereka. Ini bagi memberi peluang pelajar yang berkenaan untuk mengemaskini permohonan Fasa 1 mereka agar selaras dengan keputusan akhir semestar.

Perrmohonan Fasa 2

Pengemaskinian Permohonan Fasa 2 ini sama seperti Permohonan Fasa 1 dahulu iaitu;

  • Melalui UPU – Permohonan ke semua IPTA kecuali USM
  • Melalui USM – Permohonan ke USM sahaja

UPU

USM

  • Pengemaskinian Permohonan Fasa 2 untuk Universiti Sains Malaysia (USM) perlu dibuat melalui laman web https://pohon.usm.my
  • Tempoh membuat kemaskini adalah mulai 18 Mei 2011 sehingga 21 Mei 2011.
  • Pengemaskinian Permohonan Fasa 2 ini hanya terbuka untuk mereka yang telah membuat permohonan semasa Fasa 1 sahaja.

Tarikh Tutup

Pengemaskinian Permohonan Fasa 2 ini akan ditutup seperti berikut:

  • UPU – akan dimaklumkan
  • USM – 21 Mei 2011

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan boleh dikemukan kepada;

  • UPU di Hotline : 03-8883 5858 atau Helpline : 03-8883 5848 atau Talian Am : 03-8883 5801/5802 atau Faks : 03-8889 4260 atau E-mel : upu@mohe.gov.my
  • USM di talian 1300 888 876 atau faks: 04 653 3328 atau e-mel: admissions@notes.usm.my

Keputusan Peperiksaan Program Matrikulasi Semester ii 2010/2011

Para pelajar Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah menduduki Peperiksaan Semester II Sesi 2010/2011 (PSPM 2 10/11) sudah boleh menyemak keputusan peperiksaan mereka mulai 18 Mei 2011. Terima kasih kepada Anak Rantau kerana telah berkongsi maklumat ini dengan pembaca yang lain di Facebook ePutra.

Semakan Keputusan

Keputusan Peperiksaan Semestar Program Matrikulasi Semestar 2 (PSPM 2) sesi 2010/2011 ini boleh disemak melalui cara yang berikut:

  • Secara Online
  • Secara Sistem Pesanan Ringkas (SMS)
    • Sila taip MOE MAK dan hantar ke 15888 Contoh : MOE MAK 890215025789 hantar ke 15888
  • Secara Telefon
    • Sila hubungi Kolej Matrikulasi masing-masing, atau
    • Hubungi sektor Hal Ehwal Akademik BMKPM di talian 03-8884 4022

Permohonan pelajar yang telah mendapat keputusan peperiksaan Matrikulasi mereka perlu membuat Permohonan Fasa 2 kemasukan IPTA Sesi Akademik 2011/2012 Lepasan Matrikulasi dan Asasi. Biasanya USM memberi masa 3 hari untuk membuat permohonan dan UPU pula biasanya 5 hari.

Thursday, May 12, 2011

Keputusan Permohonan Biasiswa JPA PILN 2011

Pengumuman Terkini dari JPA :

  • Jabatan Perkhidmatan Awam masih lagi memproses permohonan PILN 2011.Keputusan permohonan dijadualkan dikeluarkan dalam minggu ini. Sila layari laman web http://esilav2.jpa.gov.my dari semasa ke semasa untuk mengikuti perkembangan terkini permohonan Program Ijazah Luar Negara 2011.

Para lepasan SPM 2010 yang telah menghadiri temuduga biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi Program Ijazah Luar Negara (PILN) tahun 2011 dijadualkan akan boleh menyemak keputusan permohonan biasiswa JPA ini dalam minggu ini.

Semakan Keputusan PILN 2011

Semakan keputusan permohonan PILN 2011 ini boleh dibuat seperti berikut ;

Pertanyaan

Jika terdapat sebarang pertanyaan berkenaan biasiswa JPA PILN ini sila hubungi talian telefon 03 8885 3005 atau 03 8885 3511 atau faks 03 8889 2170 atau e-mel esila@jpa.gov.my

Sunday, May 08, 2011

Semakan Keputusan Permohonan UPU 2011 Lepasan SPM

Para pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang setaraf dengannya yang ada membuat permohonan UPU kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi sesi akademik 2011/2012 boleh membuat semakan keputusan permohonan mereka selepas pukul 12 tengahari pada 6 Mei 2011.

Semakan Keputusan UPU

Semakan keputusan permohonan ke IPTA ini boleh dibuat melalui;

Penerimaan Tawaran

  • Semua calon yang berjaya wajib membuat pengesahan setuju untuk menerima tawaran dari IPTA dalam tempoh tujuh hari bekerja iaitu pada atau sebelum 14 Mei 2011.
  • Pengesahan penerimaan tawaran ini boleh dibuat melalui laman web IPTA yang berkenaan. Sila rujuk Senarai IPTA dan klik pada Semakan Permohonan.
  • Calon yang berjaya boleh mencetak surat tawaran melalui laman web IPTA yang sama mulai 7 Mei 2011. Maklumat lebih terperinci akan diperolehi melalui surat tawaran ini.

Pendaftaran

(kami tidak dapat pastikan tarikh-tarikh pendaftaran ini, harap ada pembaca ePutra boleh mengesahkannya)

  • Program Diploma – Tarikh pendaftaran pelajar baru ke IPTA adalah 4 dan 5 Jun 2011.
  • Program Asasi – Tarikh pendaftaran pelajar baru ke Pusat Asasi IPTA adalah 22 Mei 2011. Sila rujuk Bantuan Kewangan Pelajar Asasi IPTA untuk maklumat pembiayaan belajar.

Rayuan UPU

  • Sila buat rayuan di Permohonan e-Rayuan Lepasan SPM/Setaraf Sesi Akademik 2011/2012.
  • Hanya calon yang gagal menerima sebarang tawaran ke IPTA dibenarkan mengemukakan rayuan melalui aplikasi e-Rayuan ke Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi dalam tempoh 10 hari bekerja selepas keputusan rasmi permohonan kemasukan ke IPTA diumumkan.
  • Calon gagal mendapat tawaran ke IPTA tetapi berjaya mendapat tawaran ke Matrikulasi KPM masih boleh mengemukakan permohonan rayuan tetapi semasa proses back-end calon yang telah berdaftar dengan Kolej Matrikulasi KPM diselaraskan dan tidak akan dipertimbangkan dalam proses rayuan kemasukan ke IPTA.
  • Tarikh tutup permohonan e-Rayuan adalah pada 16 Mei 2011.
  • Keputusan rayuan dijangka akan dimaklumkan pada minggu kedua Jun. Jika tiada sebarang tawaran diterima dari IPTA empat minggu selepas tarikh pendaftaran IPTA, maka rayuan mereka dianggap gagal.

Pilihan Tawaran

  • Dijangkakan ramai calon yang mempunyai keputusan cemerlang akan menerima lebih daripada satu tawaran. Pemohon yang berjaya perlu membuat keputusan yang bijak dan tepat serta mendaftar ke program yang dipilih mengikut jadual yang ditetapkan. Bagi pemohon yang tidak berjaya ke IPTA tetapi menerima tawaran ke institusi lain dinasihatkan mendaftar ke program berkaitan kerana tawaran tempat ke IPTA adalah terhad.
  • Bagi pelajar lepasan SPM selain melanjutkan pelajaran ke IPTA, mereka boleh menimbangkan untuk sambung belajar di Tingkatan 6, serta Institusi Pendidikan Teknikal & Latihan Vokasional (TEVT) dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) seperti Diploma di Politeknik, sijil-sijil di Kolej Komuniti dan ILKA lain, mengikuti Kursus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) atau Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) yang juga menyediakan peluang pendidikan tinggi.

Maklumat

  • Sebarang pertanyaan yang berkaitan boleh dikemukakan kepada pihak UPU di talian 03 8883 5858 atau 03 8883 5848 atau 03-8883 5801/5802 atau faks 03 8889 4260 atau e-mel : upu@mohe.gov.my
  • Pertanyaan boleh juga dikemukakan terus kepada IPTA yang berkenaan, sila rujuk Senarai IPTA Universiti Di Malaysia.

Thursday, May 05, 2011

Faris dan Farhani

Dah berbulan-bulan aku tak buat entry pasal life aku sekarang. Ntah la, kadang-kadang takde idea, kadang-kadang takde mood, kadang-kadang takde masa. Tapi kali ni, tiba tiba je aku rasa ada sedikit mood dan sedikit ruang untuk berada di sini. Mungkin sebab aku keseorangan.....

Sebenarnya dah berminggu-minggu aku duk seorang kat Sabah ni, my wife tersayang dan Faris duk kat kampung, masih dalam tempoh berpantang. So aku kat sini duduk seorang ler. Sungguh sunyi dan bosan. Dan......hari ni birthday aku. Dulu time bujang, sambut sorang-sorang, kemudian berdua, kemudian bertiga, and this time berseorangan.....Apa-apapun aku redha dengan keadaan dan situasi ini.

Fistly aku nak berkongsi dengan semua tentang kehadiran insan baru, penyeri hidup kami sekeluarga. Nur Farhani Husna, srikandi pertama ku dan juga amanah ku yang kedua selamat dilahirkan pada 26 Mac yang lalu.

This one adalah gambar yang diambil pada hari ke tiga kelahiran Nur Farhani Husna, Faris masih belum mengerti sepenuhnya tentang kehadiran adiknya. Tapi yang jelas, dia pun semacam teruja......entah kenapa.


Kehadiran Farhani amat bermakna disaat keluarga dalam kesedihan kehilangan orang kuat dalam keluarga kami. Tok Abah meninggal beberapa minggu sebelum Farhani dilahirkan, kesedihan keluarga sedikit terubat dengan kehadiran Farhani.


Gambar yang ini diambil pada hari majlis tahnik dan bercukur, hari ketujuh kelahiran Farhani. Pada ketika ini, belum ada tanda-tanda cemburu kelihatan pada Faris. Mungkin masih baru, semua orang gembira, so dia pun gembira. Tanpa dia sedar, besoknya aku dah bertolak ke Sabah, meninggalkannya di kampung bersama yang lain.


Yang ni pulak aku ambil dua minggu lepas, time aku balik bercuti hujung minggu selepas 3 minggu aku meninggalkan mereka. Sedikit terubat kerinduan Faris pada aku, dah lama dia tak jumpa dengan aku. Masa yang ada dihabiskan sepenuhnya untuk melayan karenah Faris yang makin berubah, dan unsur-unsur cemburu pun dan mula ada.

Kalau tiada aral melintang, InsyaAllah , next week aku akan balik untuk mengambil my wife, Faris dan Farhani, untuk dibawa ke Sabah, bersamaku. Dah sampai masanya aku dan ummi menjaga Faris dan Farhani sepenuhnya. Thanks tu Tok Ma dan pengasuh berIjazah , MarYanie yang sanggup dan terpaksa melayan karenah Faris selama ini. Aku tahu, mereka telah banyak berkorban masa dan tenaga untuk Faris dan Farhani. Thanks u soooooo much.

Diharap dengan kehadiran Farhani bakal menyerikan lagi hidup kami sekeluarga, dan menjadikan kami terus bersyukur dan diberkati olehNYa

Matrikulasi, Asasi, Diploma atau Tingkatan 6, Apa Pilihan Anda?

Matrikulasi, Asasi, Diploma atau Tingkatan 6, Apa Pilihan Anda?

Susahnya pelajar untuk membuat keputusan apabila mendapat 3 tempat ini sekali gus. Bagaimana kita hendak membantu mereka memilih sendiri haluan yang tepat ? Minat, kemampuan kewangan, jurusan pilihan akan membantu pemilihan pelajar.

Tingkatan 6, peluang untuk menjejakkan kaki ke u lebih banyak terbuka kerana dasar kerajaan yang memberi peluang kepada pelajar STPM. Cuma pelajar perlu benar-benar menumpukan perhatian kepada pelajaran disebabkan banyak sukatan yang perlu dibuat persediaan. Walaupun bunyinya ada 4 mata pelajaran tapi setiap mata pelajaran ada 2 atau 3 kertas. Dalam setiap kertas pula ada banyak bahagian dan setiap bahagian ada banyak topik.

Semangat yang tinggi, kesabaran serta teknik belajar yang sistematik perlu ada pada pelajar STPM. Strategi memilih mata pelajaran sewaktu 6 rendah penting kerana ia akan menentukan peluang untuk ke kursus pilihan kerana setiap kursus ada syarat-syarat kemasukan tersendiri. Sebab itu memilih subjek ting 6 penting kerana biasanya setiap kursus di universiti minima memerlukan gred yang baik dalam 2 mata pelajaran sementara 2 mata pelajaran lain akan menyokong pointer.

Pelajar perlu jelas di dalam strategi memilih mata pelajaran. Sistem penggal yang masih diamalkan oleh sekolah juga akan membebankan pelajar untuk membuat persediaan di peperiksaan STPM.

Diploma pula selalunya jalan untuk mencari pekerjaan dengan cepat kerana setelah tamat selalunya lepasan ini akan terus bekerja. Peluang untuk sambung ke Ijazah amat tipis dan sekiranya bercita-cita untuk sambung belajar ijazah perlu dapat 3 pointer ke atas.

Matrikulasi pula ada 2 sama ada matrikulasi KPM atau matrikulasi universiti-universiti. Matrikulasi di universiti lebih dikenali sebagai Asasi. Pelajar perlulah jelas perbezaan kedua-dua matrikulasi itu dan yang penting kaedah pemilihan kursus ijazah di kedua-dua matrikulasi tersebut. Apabila pelajar telah mendapat penjelasan maklumat yang perlu dengan jelas akan membuka ruang pelajar untuk membuat keputusan dengan lebih baik.

Tawaran Terbuka

Memandangkan sekarang dasar tawaran terbuka (double offer) digunakan, maka calon lepasan SPM yang layak mungkin akan menerima dua tawaran iaitu sama ada untuk mengikuti program Matrikulasi di KPM atau mengikuti Program Pengajian Asasi/Diploma di IPTA. Mereka yang mendapat dua tawaran ini pasti ada yang telah yakin mana yang harus dipilih tetapi tidak kurang yang merasa keliru atau tidak pasti.

Tingkatan 6

Melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6 boleh dianggap sebagai peluang kedua bagi pelajar untuk menjejakkan kaki ke menara gading dan seterusnya menggapai segulung ijazah. Banyak pengalaman telah membuktikan bahawa pelajar yang kurang cemerlang sewaktu SPM mampu untuk menebus kekecewaan tersebut dengan pencapaian SPM dan seterusnya ke universiti. Tidak mustahil utk berjaya di tingkatan 6 asalkan kena dengan strateginya.

Pembelajaran semasa di tingkatan 6 memang lebih susah jika dibandingkan dengan politeknik atau diploma. Walaupun begitu sekiranya anda memasuki tingkatan 6, peluang anda untuk memasuki universiti tempatan adalah lebih cerah iaitu 65% berbanding dengan lepasan politeknik atau diploma.

Kelebihan Tingkatan 6

Tingkatan 6 sebenarnya mempunyai beberapa kelebihan, di antaranya adalah;

  • Ianya diiktiraf bagi kemasukan ke kebanyakan universiti di serata dunia.
  • Dengan sijil STPM pun sudah boleh bekerja dengan kerajaan mahupun swasta. Syaratnya dapat 4 prinsipal atau 3 prinsipal 2 subsid mana-mana yang terpakai berdasarkan prinsipal terendah.
  • Kiraan pointer STPM berdasarkan campur kesemua pointer subjek diambil bahagi dengan 4 sahaja. Kalau dapat 3.00 ke atas tu kira ok. Pointer nak masuk universiti guna STPM ni tak tinggi berbanding kursus matrikulasi, pra-u lain, diploma dan sebagainya kerana taraf akademiknya sangat hampir dengan universiti. Orang cakap sebelah kaki dah di universiti kalau masuk form six ni. Itu sebab subjeknya walaupun ambil 4 atau 5 subjek bebannya lagi susah kerana perlu belajar sangat mendalam dalam setiap subjek malah ada budak matrikulasi pun belum tentu dapat skor bila jawab soalan STPM ni.
  • Setiap sujbek majoriti kena ambil 4 kertas atau bahagian bergantung ikut subjek.
  • Sastera pun susah, sains pun susah. Tapi ingat ini bukan dijadikan alasan untuk tidak berjaya ye! Dikatakan peperiksaan top 5 tersusah di dunia, tapi kualiti sijil STPM ni bertaraf diploma di jabatan kerajaan sekarang ni. Maksudnya boleh cuba minta jawatan bertaraf diploma di jabatan kerajaan, layari laman web spa.gov.my. Semua jawatan diploma boleh cuba dipohon.

Matrikulasi KPM

Program Matrikulasi KPM terbahagi kepada dua iaitu Program Satu Tahun dan Program Dua Tahun dan mempunyai 3 jurusan iaitu Sains, Perakaunan dan Teknikal. Jurusan Sains dipecahkan kepada 3 modul iaitu Modul I, Modul II dan Modul III. Sistem modul bagi Jurusan Sains ini baru diperkenal pada tahun ini. Sukatan pelajaran program matrikulasi lebih bersifat terbuka kerana hanya dibahagikan kepada tiga jurusan umum ini.

Jumlah bayaran yang perlu dijelaskan semasa mendaftar adalah cuma RM 220 untuk jurusan Sains dan Teknikal dan RM 212 untuk jurusan Perakaunan. Yuran pengajian dan penginapan ditanggung oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Semasa belajar di kolej matrikulasi, para pelajarnya akan menerima elaun sebanyak RM 1,250 satu semestar.

Lulusan matrikulasi perlu memohon melalui UPU atau Universiti Sains Malaysia (USM) untuk mengikuti program peringkat ijazah. Mereka yang mempunyai keputusan cemerlang mempunyai peluang yang lebih cerah untuk memasuki program pengajian yang diminati. Mereka yang sederhana pula ada kemungkinan akan mendapat program pengajian yang tidak diminati atau biasa disebut ‘dilelong’.

Asasi IPTA

Program Asasi pula dikendalikan oleh universiti yang berkenaan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi. Program asasi terbahagi kepada beberapa jurusan yang khusus serta mengambil masa antara satu hingga dua tahun. Sukatan pelajaran program asasi lebih bersifat khusus kepada program pengajian peringkat ijazah yang dijuruskan untuk program asasi tersebut.

Umpamanya Universiti Malaya (UM) mempunyai 7 program asasi iaitu Asasi Sains Hayat, Asasi Sains Fizikal, Asasi Alam Bina, Asasi Pendidikan Islam, Asasi Syariah, Asasi Usuluddin dan Asasi Pengajian Islam Dengan Sains. Manakala Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mempunyai 15 program asasi iaitu Asasi Sains Hayat, Asasi Sains Fizikal, Asasi Sains Kesihatan Bersekutu, Asasi Kejururawatan, Asasi Farmasi, Asasi Pergigian, Asasi Perubatan, Asasi Sains Kemanusian, Asasi Bahasa Inggeris, Asasi Bahasa Arab, Asasi Ekonomi dan Sains Pengurusan, Asasi Seni Bina dan Reka Bentuk Alam Sekitar, Asasi Kejuruteraan dan Sains Komputer dan Asasi Undang-Undang.

Di samping itu universiti lain yang mempunyai program asasi adalah Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Jumlah bayaran yang perlu dijelaskan semasa mendaftar adalah bergantung kepada jurusan dan universiti yang berkenaan. Yuran pengajian dan penginapan perlu ditanggung sendiri oleh pelajar. Walaupun begitu para pelajar asasi akan ditawarkan pembiayaan wang saku sebanyak RM 1,000 satu semester, yuran pengajian sebanyak RM 350 satu semester dan yuran penginapan sebanyak RM 300 satu semester.

Lulusan program Asasi UM dan Asasi UiTM masih perlu memohon melalui UPU atau USM untuk mengikuti program peringkat ijazah tetapi mereka akan diberi keutamaan untuk memasuki ke universiti program asasi mereka. Manakala lulusan program asasi yang lain akan diserapkan terus ke program peringkat ijazah universiti berkenaan jika memenuhi syarat dan kelayakan yang ditetapkan.

Diploma IPTA

Program Diploma pula diurus dan dikendalikan sendiri oleh pihak universiti. Program peringkat diploma ini biasanya akan mengambil masa selama 3 tahun. Kursus di peringkat diploma ini daripada awal lagi telah dikhususkan kepada bidang-bidang tertentu. Ini bermakna apabila pelajar berkenaan mengikuti program pengajian diploma mereka telah boleh merancang masa depan kerjaya dengan lebih tepat.

Hampir semua IPTA ada menawarkan program pengajian peringkat diploma dan seterusnya program peringkat ijazah yang berkaitan.

Jumlah bayaran yang perlu dijelaskan semasa mendaftar adalah bergantung kepada jurusan dan universiti yang berkenaan. Yuran pengajian dan penginapan juga perlu ditanggung sendiri oleh pelajar. Para pelajar boleh memohon biasiswa atau pembiayaan yang lain seperti PTPTN untuk menampung kos pembelajaran.

Lulusan program diploma boleh terus bekerja jika mereka mahu atau menyambung pelajaran ke peringkat ijazah. Mereka perlu memohon melalui UPU atau USM untuk mengikuti program peringkat ijazah. Walaupun begitu ada juga universiti yang menyerap terus lulusan diploma mereka ke peringkat ijazah jika memenuhi syarat dan kelayakan yang ditetapkan.

Pilihan Anda

Kesemua program pengajian ini memang disasarkan kepada calon yang berbeza. Setiap satu program tersebut mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri.

Mereka yang mengikuti program asasi dan matrikulasi satu tahun merupakan antara jalan terpantas untuk memasuki universiti dan menamatkan program pengajian peringkat ijazah. Secara langsung mereka akan dapat mula bekerja lebih awal di usia yang muda.

Memandangkan program asasi dan matrikulasi mengambil masa yang singkat untuk ditamatkan maka mereka yang mengikuti program ini perlu melalui proses kehidupan dan pembelajaran yang mencabar. Banyak yang perlu dilakukan dalam masa yang begitu pendek dan perlu fokus serta mengekalkan prestasi pelajaran dari mula lagi.

Walaupun begitu segala susah payah ini akan dibalas dengan kepantasan memasuki program pengajian peringkat ijazah dan dunia kerjaya.

Secara umumnya program Matrikulasi KPM sesuai untuk mereka yang belum begitu pasti kursus apa yang ingin diikuti diperingkat ijazah nanti kerana sukatan pelajarannya lebih terbuka. Manaka program Asasi pula sesuai untuk mereka yang sudah pasti apakah kursus yang ingin diikuti diperingkat ijazah dan universiti yang ingin dimasuki kerana sukatan pelajaran asasi telah disusun mengikut kursus yang tertentu.

Perbezaan yang paling ketara antara program asasi dan matrikulasi dengan program diploma adalah tempoh masa pengajian. Program diploma mengambil masa yang lebih panjang iaitu 3 tahun jadi proses pembelajaran tidaklah begitu ketat. Di samping itu pelajar diploma mempunyai lebih peluang untuk membaiki penurunan prestasi kerana ada 6 semestar berbanding 2 semestar untuk asasi dan matrikulasi setahun.

Namun kerana tempoh masa pembelajaran yang lebih lama maka lepasan diploma akan lewat memasuki pengajian peringkat ijazah dan akan lambat mula bekerja. Walaupun begitu ada universiti yang memberi pengecualian jam kredit kepada lulusan diploma dan ini boleh memendekkan sedikit tempoh masa pengajian.

Di samping itu lulusan diploma boleh menggunakan diploma mereka untuk terus bekerja tetapi tidak demikian untuk lulusan asasi dan matrikulasi. Mereka yang mengambil program asasi dan matrikulasi dianggap akan meneruskan proses pembelajaran mereka kerana program tersebut memang disusun sebagai laluan pantas ke universiti.

Sementara itu bagi mereka yang tidak berjaya ke matrikulasi atau asasi maupun diploma jangan gusar kerana anda masih boleh memasuki universiti mengikuti program peringkat ijazah. Laluan anda adalah dengan masuk ke tingkatan 6 dan ambil STPM.

Walau apa pun pilihan anda pastikan anda melaluinya dengan terancang dan berusaha untuk mencapai yang terbaik demi masa depan yang cemerlang. Pastikan anda tidak mengulangi kesilapan dan kelemahan semasa SPM dahulu. Pada peringkat ini sepatutnya anda telah mengenai diri anda sendiri dan tahu apakah minat, kemampuan dan kekuatan masing-masing.

disable click

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...