Tuesday, November 08, 2011

Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan Satu Kelas Rancangan Khas 2012

Kelas Rancangan Khas (KRK) diwujudkan di sekolah menengah harian sebagai satu alternatif kepada murid-murid lepasan UPSR dari sekolah sekolah kerajaan yang mendapat keputusan cemerlang dalam akademik serta aktif dalam kokurikulum tetapi tidak mendapat tempat di Sekolah Berasrama Penuh (SBP).

Kelas Rancangan Khas - KRKIni memandangkan tempat di SBP adalah amat terhad dan tidak dapat menampung kesemua murid yang mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR. Melalui Kelas Rancangan Khas @ KRK ini adalah diharapkan kecemerlangan murid-murid ini akan dapat diteruskan serta dapat membawa iklim yang positif kepada warga sekolah demi menjayakan aspirasi kerajaan untuk membina modal insan berminda kelas pertama.

Syarat

  • Warganegara Malaysia
  • Murid Tahun Enam yang layak dan berminat dari Sekolah Kebangsaan Kementerian Pelajaran di negeri sekolah pemohon.
  • Mendapat sekurang-kurangnya 4A 1B dan lulus PAFA dalam UPSR 2011. (Sains dan Matematik mesti mendapat kelulusan A).

Permohonan

  • Permohonan dibuka mulai pada hari keputusan UPSR diumumkan.
  • Borang Permohonan Masuk ke TIngkatan Satu Kelas Rancangan Khas (KRK) Tahun 2012 boleh diperolehi di sekolah asal murid atau dimuat turun di laman web Jabatan Pelajaran Negeri atau Pejabat Pelajaran Daerah.
  • Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke Pejabat Pelajaran Daerah.
  • Sertakan salinan Sijil Kelahiran, Keputusan UPSR serta salinan Kad Pengenalan ibu dan bapa pemohon yang telah disahkan.

Senarai Sekolah

Senarai sekolah yang ada menawarkan Kelas Rancangan Khas (KRK) ini boleh disemak melalui sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) atau Jabatan Pelajaran Negeri (JPN).

Tarikh Tutup

  • Tarikh tutup permohonan adalah dua minggu selepas keputusan peperiksaan UPSR tahun 2011 diumumkan.
  • Permohonan lewat tidak akan dilayan

Keputusan Permohonan

Keputusan permohonan KRK boleh disemak di laman web Jabatan Pelajaran Negeri mulai 21 Disember 2011 dengan menggunakan angka giliran UPSR pemohon. Surat tawaran akan dikeluarkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah melalui sekolah asal pemohon.

Senarai Jabatan Pelajaran Negeri

Berikut adalah pautan ke laman web Jabatan Pelajaran Negeri;

Pertanyaan

Jika terdapat sebarang pertanyaan mengenai permohonan Kelas Rancangan Khas ini sila berhubung dengan sekolah pemohon atau Jabatan Pelajaran Negeri.

2 comments:

Anonymous said...

Syarat KRK untuk 2013 masih sama? Saya perlukan borang permohonannya, bagaimana boleh diperolehi? Ke mana mesti borang ini dihantar?

Anonymous said...

bagaimana untuk mendapatkan borang borang seperti yang dinyatakan dalam surat tawaran?boleh tolong berikan link ?

disable click

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...