Thursday, May 19, 2011

Permohonan Fasa 2 Keasukan IPTA Sesi Akademik 2011/2012 Lepasan Matrikulasi dan Asasi

Pelajar lepasan Matrikulasi dan Asasi yang telah membuat Permohonan Kemasukan Ke IPTA Sesi 2011/2012 Fasa 1 Lepasan Matrikulasi, PASUM Dan Asasi yang ditutup dalam bulan Januari 2011 yang lalu boleh membuat pengemaskinian permohonan mereka dalam Fasa 2.

Permohonan Fasa 2 ini adalah untuk lepasan Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia, Program Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM) dan Program Asasi Universiti Teknologi Mara (Asasi UiTM) yang baru mendapat keputusan peperiksaan semestar akhir mereka. Ini bagi memberi peluang pelajar yang berkenaan untuk mengemaskini permohonan Fasa 1 mereka agar selaras dengan keputusan akhir semestar.

Perrmohonan Fasa 2

Pengemaskinian Permohonan Fasa 2 ini sama seperti Permohonan Fasa 1 dahulu iaitu;

  • Melalui UPU – Permohonan ke semua IPTA kecuali USM
  • Melalui USM – Permohonan ke USM sahaja

UPU

USM

  • Pengemaskinian Permohonan Fasa 2 untuk Universiti Sains Malaysia (USM) perlu dibuat melalui laman web https://pohon.usm.my
  • Tempoh membuat kemaskini adalah mulai 18 Mei 2011 sehingga 21 Mei 2011.
  • Pengemaskinian Permohonan Fasa 2 ini hanya terbuka untuk mereka yang telah membuat permohonan semasa Fasa 1 sahaja.

Tarikh Tutup

Pengemaskinian Permohonan Fasa 2 ini akan ditutup seperti berikut:

  • UPU – akan dimaklumkan
  • USM – 21 Mei 2011

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan boleh dikemukan kepada;

  • UPU di Hotline : 03-8883 5858 atau Helpline : 03-8883 5848 atau Talian Am : 03-8883 5801/5802 atau Faks : 03-8889 4260 atau E-mel : upu@mohe.gov.my
  • USM di talian 1300 888 876 atau faks: 04 653 3328 atau e-mel: admissions@notes.usm.my

Keputusan Peperiksaan Program Matrikulasi Semester ii 2010/2011

Para pelajar Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah menduduki Peperiksaan Semester II Sesi 2010/2011 (PSPM 2 10/11) sudah boleh menyemak keputusan peperiksaan mereka mulai 18 Mei 2011. Terima kasih kepada Anak Rantau kerana telah berkongsi maklumat ini dengan pembaca yang lain di Facebook ePutra.

Semakan Keputusan

Keputusan Peperiksaan Semestar Program Matrikulasi Semestar 2 (PSPM 2) sesi 2010/2011 ini boleh disemak melalui cara yang berikut:

  • Secara Online
  • Secara Sistem Pesanan Ringkas (SMS)
    • Sila taip MOE MAK dan hantar ke 15888 Contoh : MOE MAK 890215025789 hantar ke 15888
  • Secara Telefon
    • Sila hubungi Kolej Matrikulasi masing-masing, atau
    • Hubungi sektor Hal Ehwal Akademik BMKPM di talian 03-8884 4022

Permohonan pelajar yang telah mendapat keputusan peperiksaan Matrikulasi mereka perlu membuat Permohonan Fasa 2 kemasukan IPTA Sesi Akademik 2011/2012 Lepasan Matrikulasi dan Asasi. Biasanya USM memberi masa 3 hari untuk membuat permohonan dan UPU pula biasanya 5 hari.

Thursday, May 12, 2011

Keputusan Permohonan Biasiswa JPA PILN 2011

Pengumuman Terkini dari JPA :

  • Jabatan Perkhidmatan Awam masih lagi memproses permohonan PILN 2011.Keputusan permohonan dijadualkan dikeluarkan dalam minggu ini. Sila layari laman web http://esilav2.jpa.gov.my dari semasa ke semasa untuk mengikuti perkembangan terkini permohonan Program Ijazah Luar Negara 2011.

Para lepasan SPM 2010 yang telah menghadiri temuduga biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi Program Ijazah Luar Negara (PILN) tahun 2011 dijadualkan akan boleh menyemak keputusan permohonan biasiswa JPA ini dalam minggu ini.

Semakan Keputusan PILN 2011

Semakan keputusan permohonan PILN 2011 ini boleh dibuat seperti berikut ;

Pertanyaan

Jika terdapat sebarang pertanyaan berkenaan biasiswa JPA PILN ini sila hubungi talian telefon 03 8885 3005 atau 03 8885 3511 atau faks 03 8889 2170 atau e-mel esila@jpa.gov.my

Sunday, May 08, 2011

Semakan Keputusan Permohonan UPU 2011 Lepasan SPM

Para pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang setaraf dengannya yang ada membuat permohonan UPU kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi sesi akademik 2011/2012 boleh membuat semakan keputusan permohonan mereka selepas pukul 12 tengahari pada 6 Mei 2011.

Semakan Keputusan UPU

Semakan keputusan permohonan ke IPTA ini boleh dibuat melalui;

Penerimaan Tawaran

  • Semua calon yang berjaya wajib membuat pengesahan setuju untuk menerima tawaran dari IPTA dalam tempoh tujuh hari bekerja iaitu pada atau sebelum 14 Mei 2011.
  • Pengesahan penerimaan tawaran ini boleh dibuat melalui laman web IPTA yang berkenaan. Sila rujuk Senarai IPTA dan klik pada Semakan Permohonan.
  • Calon yang berjaya boleh mencetak surat tawaran melalui laman web IPTA yang sama mulai 7 Mei 2011. Maklumat lebih terperinci akan diperolehi melalui surat tawaran ini.

Pendaftaran

(kami tidak dapat pastikan tarikh-tarikh pendaftaran ini, harap ada pembaca ePutra boleh mengesahkannya)

  • Program Diploma – Tarikh pendaftaran pelajar baru ke IPTA adalah 4 dan 5 Jun 2011.
  • Program Asasi – Tarikh pendaftaran pelajar baru ke Pusat Asasi IPTA adalah 22 Mei 2011. Sila rujuk Bantuan Kewangan Pelajar Asasi IPTA untuk maklumat pembiayaan belajar.

Rayuan UPU

  • Sila buat rayuan di Permohonan e-Rayuan Lepasan SPM/Setaraf Sesi Akademik 2011/2012.
  • Hanya calon yang gagal menerima sebarang tawaran ke IPTA dibenarkan mengemukakan rayuan melalui aplikasi e-Rayuan ke Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi dalam tempoh 10 hari bekerja selepas keputusan rasmi permohonan kemasukan ke IPTA diumumkan.
  • Calon gagal mendapat tawaran ke IPTA tetapi berjaya mendapat tawaran ke Matrikulasi KPM masih boleh mengemukakan permohonan rayuan tetapi semasa proses back-end calon yang telah berdaftar dengan Kolej Matrikulasi KPM diselaraskan dan tidak akan dipertimbangkan dalam proses rayuan kemasukan ke IPTA.
  • Tarikh tutup permohonan e-Rayuan adalah pada 16 Mei 2011.
  • Keputusan rayuan dijangka akan dimaklumkan pada minggu kedua Jun. Jika tiada sebarang tawaran diterima dari IPTA empat minggu selepas tarikh pendaftaran IPTA, maka rayuan mereka dianggap gagal.

Pilihan Tawaran

  • Dijangkakan ramai calon yang mempunyai keputusan cemerlang akan menerima lebih daripada satu tawaran. Pemohon yang berjaya perlu membuat keputusan yang bijak dan tepat serta mendaftar ke program yang dipilih mengikut jadual yang ditetapkan. Bagi pemohon yang tidak berjaya ke IPTA tetapi menerima tawaran ke institusi lain dinasihatkan mendaftar ke program berkaitan kerana tawaran tempat ke IPTA adalah terhad.
  • Bagi pelajar lepasan SPM selain melanjutkan pelajaran ke IPTA, mereka boleh menimbangkan untuk sambung belajar di Tingkatan 6, serta Institusi Pendidikan Teknikal & Latihan Vokasional (TEVT) dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) seperti Diploma di Politeknik, sijil-sijil di Kolej Komuniti dan ILKA lain, mengikuti Kursus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) atau Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) yang juga menyediakan peluang pendidikan tinggi.

Maklumat

  • Sebarang pertanyaan yang berkaitan boleh dikemukakan kepada pihak UPU di talian 03 8883 5858 atau 03 8883 5848 atau 03-8883 5801/5802 atau faks 03 8889 4260 atau e-mel : upu@mohe.gov.my
  • Pertanyaan boleh juga dikemukakan terus kepada IPTA yang berkenaan, sila rujuk Senarai IPTA Universiti Di Malaysia.

Thursday, May 05, 2011

Faris dan Farhani

Dah berbulan-bulan aku tak buat entry pasal life aku sekarang. Ntah la, kadang-kadang takde idea, kadang-kadang takde mood, kadang-kadang takde masa. Tapi kali ni, tiba tiba je aku rasa ada sedikit mood dan sedikit ruang untuk berada di sini. Mungkin sebab aku keseorangan.....

Sebenarnya dah berminggu-minggu aku duk seorang kat Sabah ni, my wife tersayang dan Faris duk kat kampung, masih dalam tempoh berpantang. So aku kat sini duduk seorang ler. Sungguh sunyi dan bosan. Dan......hari ni birthday aku. Dulu time bujang, sambut sorang-sorang, kemudian berdua, kemudian bertiga, and this time berseorangan.....Apa-apapun aku redha dengan keadaan dan situasi ini.

Fistly aku nak berkongsi dengan semua tentang kehadiran insan baru, penyeri hidup kami sekeluarga. Nur Farhani Husna, srikandi pertama ku dan juga amanah ku yang kedua selamat dilahirkan pada 26 Mac yang lalu.

This one adalah gambar yang diambil pada hari ke tiga kelahiran Nur Farhani Husna, Faris masih belum mengerti sepenuhnya tentang kehadiran adiknya. Tapi yang jelas, dia pun semacam teruja......entah kenapa.


Kehadiran Farhani amat bermakna disaat keluarga dalam kesedihan kehilangan orang kuat dalam keluarga kami. Tok Abah meninggal beberapa minggu sebelum Farhani dilahirkan, kesedihan keluarga sedikit terubat dengan kehadiran Farhani.


Gambar yang ini diambil pada hari majlis tahnik dan bercukur, hari ketujuh kelahiran Farhani. Pada ketika ini, belum ada tanda-tanda cemburu kelihatan pada Faris. Mungkin masih baru, semua orang gembira, so dia pun gembira. Tanpa dia sedar, besoknya aku dah bertolak ke Sabah, meninggalkannya di kampung bersama yang lain.


Yang ni pulak aku ambil dua minggu lepas, time aku balik bercuti hujung minggu selepas 3 minggu aku meninggalkan mereka. Sedikit terubat kerinduan Faris pada aku, dah lama dia tak jumpa dengan aku. Masa yang ada dihabiskan sepenuhnya untuk melayan karenah Faris yang makin berubah, dan unsur-unsur cemburu pun dan mula ada.

Kalau tiada aral melintang, InsyaAllah , next week aku akan balik untuk mengambil my wife, Faris dan Farhani, untuk dibawa ke Sabah, bersamaku. Dah sampai masanya aku dan ummi menjaga Faris dan Farhani sepenuhnya. Thanks tu Tok Ma dan pengasuh berIjazah , MarYanie yang sanggup dan terpaksa melayan karenah Faris selama ini. Aku tahu, mereka telah banyak berkorban masa dan tenaga untuk Faris dan Farhani. Thanks u soooooo much.

Diharap dengan kehadiran Farhani bakal menyerikan lagi hidup kami sekeluarga, dan menjadikan kami terus bersyukur dan diberkati olehNYa

disable click

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...