Fasa 1 – Pendaftaran dan Permohonan
Fasa 2 – Pengemaskinian
- Kategori N – Aliran Sains Calon Matrikulasi KPM, PASUM dan Asasi UiTM
- Kategori P – Aliran Perakaunan Calon Matrikulasi KPM
- Kategori U – Aliran Undang-Undang Calon Asasi UiTM
- Kategori L – Aliran Bahasa Inggeris Calon Asasi UiTM (TESL)
- Kategori K – Aliran Kejuruteraan Calon Asasi UiTM
- Kategori J – Aliran Teknikal Calon Matrikulasi KPM
- Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia atau kepujian dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia Kertas Julai; dan
- Lulus Matrikulasi KPM atau Asasi Sains UM atau Asasi UiTM dengan mendapat PNGK dan gred yang baik mengikut keperluan khas program pengajian, dan
- Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET), dan
- Menduduki dan melepasi tahap kesesuaian Malaysian University Selection Yearly Inventory (MunsyI). Ini hanya untuk permohonan ke USM.
- Calon juga perlu memenuhi syarat kemasukan yang lain berdasarkan program pengajian yang dipohon.
UPU – permohonan kemasukan ke semua IPTA kecuali USM
USM – permohonan kemasukan ke USM sahaja
1. Permohonan melalui UPU perlulah dibuat seperti berikut;
Fasa 2 – akan diumumkan (biasanya selepas keputusan semestar 2)
2. Sebelum membuat permohonan di Fasa 1, pemohon perlu membeli nombor pin dari Bank Simpanan Nasional (BSN).
3. Seorang calon hanya boleh membuat satu permohonan dan tiga kali kemaskini sahaja.
4. Permohonan perlu dibuat secara online di Permohonan Kemasukan Ke IPTA Lepasan Matrikulasi, PASUM Dan Asasi Sesi 2011/2012.
Fasa 1 – 13 Disember 2010 – 13 Januari 2011
Fasa 2 – akan diumumkan (biasanya selepas keputusan semestar 2)
2. Calon perlu mendaftar dan mendapatkan Nombor Rujukan di laman web USM. Nombor Rujukan perlu disimpan untuk rujukan.
3. Permohonan dan pendaftaran untuk Nombor Rujukan adalah percuma.
4. Calon-calon boleh memilih sekurang-kurangnya satu program pengajian dan maksima sehingga lapan program pengajian.
5. Calon-calon yang memohon kemasukan ke USM adalah diwajibkan untuk mendaftar dan menduduki Malaysian University Selection Yearly Inventory (MunsyI) yang akan diadakan di semua Pusat-Pusat Matrikulasi seperti yang terdapat dan telah dipilih semasa membuat permohonan. Pusat Ujian MUnSyI bagi calon Asasi UiTM dan PASUM akan dimaklumkan kemudian.
6. Bagi program-program pendidikan di USM,calon-calon perlu memohon melalui UPU.
7. Pendaftaran dan permohonan perlu dibuat secara online di Pohon @ USM.
- Tarikh tutup bagi Fasa 2 untuk UPU dan USM akan diumumkan kemudian tetapi biasanya dua minggu selepas pengumuman keputusan semestar 2.
- Rujuk juga komen-komen di Permohonan Kemasukan Ke IPTA Sesi 2010/2011 Lepasan Matrikulasi, PASUM Dan Asasi sebagai panduan.