- Susu ibu membekalkan nutrien yang terbaik untuk bayi anda. Ia mengandungi nutrien dalam kadar yang mencukupi. Kandungannya berubah mengikut keperluan bayi yang sedang membesar
- Susu ibu, terutamanya kolostrum , menguatkan sistem imuniti bayi anda. Ia melindungi bayi dari jangkitan seperti cirit birit, selesema, bronkitis dan radang paru-paru.
- Susu ibu mencegah berbagai masalah alahan seperti asma, ekzema dan kolik bayi
- Susu ibu mengandungi nutrien tertentu yang amat kritikal untuk perkembangan otak. Ia membantu dalam meningkatkan kecerdikan anak anda. Ia tidak mudah tercemar dibandingkan dengan cara penyusuan lain.
- Susu ibu mudah diperolehi pada suhu yang betul setiap masa. Oleh itu ia Tidak susah untuk disediakan. Ia memberi keselesaan dan keselamatan emosi kepada bayi. Ia memberi peluang kepada ibu dan anak untuk berinteraksi sepenuhnya dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak.
Untuk ibu, penyusuan susu ibu :
- membantu mengecutkan rahim dan mengembalikannya kepada saiz yang asal dengan cepat serta mengurangkan pendarahan selepas bersalin.
- membakar kalori dan mengembalikan bentuk badan asal anda dengan cepat.
- mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari.
- menjarakkan kelahiran jika mengamalkan penyusuan ibu secara sepenuhnya
Lain - lain kebaikan :
- Tidak memerlukan perbelanjaan dan bekalan susu sentiasa ada.
- Baik untuk persekitaran kerana tidak memerlukan botol, tin dan kotak-kotak.
*perkongsian ilmu [Kementerian Kesihatan Malaysia]
Memang tak dinafikan lagi kebaikan dan kelebihan susu ibu kepada bayi. Namun, pelbagai halangan dan cabaran harus ditempui kepada seseorang yang bergelar ibu, lebih-lebih lagi para ibu yang berkerjaya. Alternatif tetap ada, hanya semangat dan kemahuan yang perlu. Penyusuan juga boleh dilakukan walaupun para ibu sedang berkerja. Cara pengumpulan dan penyimpanan untuk bayi bagi ibu yang berkerja mestilah dititik beratkan.
Disamping aspek kesihatan, aspek kekeluargaan dan kasih sayang dapat diterapkan ketika proses penyusuan. Pertalian dan hubungan antara ibu dan anak dapat dieratkan, ini berlaku dalam proses penyusuan bila mana ibu digalakkan memandang dan merenung bayi ketika proses penyususan, hanya ibu dan anak akan merasai perkongsian kasih ini.
Bagi aku, yang bergelar seorang bapa, penyusuan ibu sebenarnya memainkan peranan penting dalam kehidupan. Setiap titis air susu ibu umpama sejuta kasih sayang ibu yang tidak ternilai harganya. Ia bukan sekadar air susu, tapi sebenarnya kasih dan sayang seorang ibu pada anaknya. Aku yang juga bergelar seorang anak, sangat berterima kasih pada ibu yang menyusukan pada di waktu kecil dahulu. Aku harap setiap titis air susu yang aku minum menjadi kekuatan dan keinsafan aku kepada ibuku, tak ternilai kasih sayangmu....