Faris yang murah dengan senyuman
Faris dengan bola-bola api....
First sekali aku nak cerita bila Faris start masuk 6 bulan tempoh hari. Dah masuk 6 bulan, kenalah pi klinik, kena cucuk lagi. Kali ni Faris kena dua suntikan, satu untuk campak dan satu untuk kancing gigi. Nurse kata maybe seminggu lepas tu Faris akan demam, tapi Alhamdulillah, Faris tak demam pun. Dan yang paling aku hairan Faris ni cukup kebal dengan suntikan. Tiap kali kena cucuk, tak nangis pun, siap boleh jeling-jeling dan tenung kat nurse, adusss...macam mau mengorat nurse je gayanya. Tapi kali ni dia tewas jugak, tapi sikit je, sebab kena cucuk kat bahu, keluar jugak suara sekali....and then....senyum balik. Tak sampai setengah minit pun.
Suka betul gigit jari sebatang nih
Bersedia untuk aksi golek-golek
Dah start masuk 6 bulan ni jugak, kemahiran meniarapnya mula ketara. Pantang lepas dari pandangan.Piap.....terus meniarap. Tapi di peringkat awal ni belum expert lagi, meniarap 2 minit, pastu menangis, penat la tu.
Peringat awal sebelum aksi-aksi meniarap
Kegembiraan ketika aksi-aksi golek-gelentang
Bila dah expert...kejap-kejap dia meniarap, kejap-kejap guling, kejap-kejap pusing 360 darjah. Tak pernah duk diam. Kali ni aku letak sikit jer gambar dulu. Sebab lepas ni aku nak letak baaaaaanyak lagi gambar. Dah sebulan lebih tak letak gambar, kena pilih-pilih dulu, sebab terlalu banyak gambar. OK, nanti aku letak gambar aksi-aksi menarik Faris sepanjang umur 6 bulan ni.
Tertidur keletihan selepas penat beraksi
Dengan kereta baru
Album Faris sepanjang usia 6 bulan