Sunday, November 30, 2008

Ku Berserah

Sudah lama aku tak buat entry, sibuk memanjang. Lagipun sekarang ni aku duk sibuk ulang-alik ke hospital. Mywife dah seminggu lebih kena tahan kat Hospital Raja Perempuan Zainab II kat Kota Bharu. Dulu kena tahan kat Hospital Keningau, balik kampung 2 minggu lepas tu terus kena pergi rujuk kat Pakar O&G kat Kota Bharu, last-last terus kena masuk wad. haduh......

Kalau aku penat, aku rasa mywife lagi bosan kat sana, mana tidaknya, duk saja-saja. Itu baru seminggu, ada dua minggu lebih lagi untuk kami menetap kat hospital. Mengikut maklumat daripada doktor, mywife akan di operate pada 15/12/08. Bermakna lama lagilah kami kat sana.........lama tu.

Mywife mengalami sedikit komplikasi pada kandungannya, tapi tidak lah terlalu serius, tapi cukup untuk membahayakan bayi dalam kandungan dan ibu yang mengandung. Uri/plasenta bayi berada di bahagian bawah : Phase 3, Major. Itu maklumat yang doktor beritahu, dan mywife juga ada sedikit Anemia, atau dengan kata nama lain jumlah darah yang kurang dan agak cair. Jadi jika kedua-dua masalah ini dicampur maka risikonya agak tinggi. Buat masa sekarang apa yang boleh dibuat adalah untuk cuma menjadikan tahap darah menjadi normal untuk mengurangkan risiko kepada ibu dan bayi. Dan langkah kedua adalah berhati-hati dalam setiap pergerakan. Sebab itulah mywife ditahan di hospital. Andaikata dia mengalami pendarahan dan bayi sudah sedia untuk lahir, dengan hanya 3 minit sahaja bayi boleh mengalami risiko maut dan kecacatan.

Jadi mau atau tidak mau, kami harus akur dengan ketentuan dan ujian daripada Allah ini. Aku sentiasa berdoa kepadaNya agar menjaga kami semua. Aku berharap kepadaNya agar kami tabah dalam menghadapi ujian ini. Ku Berserah............




Monday, November 10, 2008

Di Persinggahan Jalan

Alhamdullillah....aku kini dalam perjalanan pulang ke kg, berhenti sebentar di KLIA. Sepanjang perjalanan dari K.K ke KL , alhamdullillah tiada sebarang masalah pada isteriku. Ku harap ini akan berterusan......

Sepanjang penjalanan yang mendebarkan, aku sentiasa berhati-hati pada tanda-tanda, andainya dia mengalami sebarang kesakitan atau masalah, aku bersyukur pada Tuhan memberi perlindungan dan bantuan untuk kami selamat sepanjang perjalanan ini......

Moga kami terus dilindungi oleh Yang Maha Berkuasa....Insya-Allah.

Saturday, November 08, 2008

Satu Pengorbanan

Hari ini adalah hari ketiga aku berada di Hospital Keningau. Sudah 2 malam aku terpaksa bermalam di Wad Ostetrik di Hospital Keningau ini. Orang yang aku sayangi sekarang memerlukan aku utk berada di sampingnya, sedikit ruang masa dan pengorbanan ditagih demi insan yang di sayangi. Isteri ku kini terlantar di katil, kadang-kadang mengaduh kesakitan, menahan keperitan dan dugaan di dalam sebahagian daripada satu tempoh mengandung yang kadangkala memeritkan, namun tidak kurang diselangi kegembiran dan senyum tawa.

Baginya, setiap saat ingin bersamaku, di saat suka dan duka, dan disaat senyum dan tawa. Dia memerlukan aku untuk berkorban sedikit ruang masa bersamanya mengharungi saat keperitan ini. Bagiku, ini hanya lah sedikit pengorbanan yang dapat aku berikan berbanding pengorbanannya sepanjang tempoh mengandung bakal cahaya mata ku yang pertama ini. Pergorbanan yang cukup besar bagi seorang wanita yang bernama isteri ketika perutnya sarat membawa bakal penyambung zuriat, ke hulu dan ke hilir, ke kiri dan ke kanan. Rasanya tak termampu oleh aku untuk menggantikan tempatnya itu.

Kini insan yang aku sayangi telah di masukkan ke wad ini, buat kali kedua dalam tempoh 2 minggu. Minggu yang lepas, 30 Okt, isteriku telah dikejarkan ke hospital kerana mengadu sakit pinggang yang melampau, baring tak boleh, duduk pun tak boleh. Akhirnya dia dimasukkan ke dalam wad untuk dirawat. Selama 3 hari dan 3 malam isteriku berada di Hospital Keningau ini, dan selama itu jugalah aku meluangkan masaku, menemaninya, memberinya semangat untuk mengharungi dugaan ini. Berdasarkan diagnostik daripada doktor, insan yang aku sayangi ini ada mengalami masalah pada buah pinggangnya, tetapi tidaklah terlalu kronik, tetapi cukup untuk membuat aku mengambil langkah lebih berjaga-jaga sebelum menghadapi saat bersalin pada penghujung Disember nanti.

Alhamdulillah, selepas 3 hari dan 3 malam, diiringi solat hajat dan doa yang tak putus-putus, akhirnya isteriku dibenarkan pulang. Namun begitu selepas hanya 4 hari, pada Khamis lepas isteriku sekali lagi di kejarkan ke hospital, simptomnya tetap sama, kesakitan yang amat sangat pada pinggang. Ini menuntutku untuk meluangkan lebih masa bersamanya, mengharungi keperitan ini. Walaupun aku dibebani kerja-kerja yang tak putus-putus, namun aku sedar, aku harus di sisinya, memberinya semangat. Aku tahu, pengorbanan ini hanyalah kecil kiranya dibandingkan dengan pengorbanannya mengharungi tempoh mengadung ini.

Kini.........hari ini.......alhamdulillah, doktor telah membenarkan ku untuk membawa pulang isteriku,kesakitannya telah berkurang, namun masih lagi lemah.Insya-allah, besok aku akan membawa isteriku pulang ke kampung halamannya, berehat dan bersama keluarga tersayang....aku bersyukur......

Tuesday, November 04, 2008

Lelaki ensem vs lelaki tak ensem

Lelaki oh lelaki........lelaki kat dunia ni ada macam jenis, tapi yg paling popular adalah lelaki ensem, macho gitu. Jangan ingat semua lelaki ensem tu semuanya baik, dan jgn ingat semua lelaki yang tak ensem tu x baik. Tapi........perempuan/wanita pasti ada pandangannya masing-masing, ada pandangan yang positif dan ada yang negatif. Kat sini aku nak berkongsi dgn semua pandangan-pandangan wanita terhadap lelaki ensem dan yang xensem.......mungkin betul mungkin tidak,kalu ada yang terasa harap maaf ler.....



Kalau lelaki handsome pendiam
Perempuan akan cakap:: woow, cool giler...
kalau lelaki tak handsome pendiam
Perempuan akan cakap: eh perasan bagus...

kalau lelaki handsome berbuat jahat
Perempuan akan kata: nobody's perfect
kalau lelaki tak handsome berbuat jahat
perempuan akan cakap: memang.... muka pun macam pecah rumah!

kalau lelaki handsome menolong perempuan yg diganggu
perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero filem!
kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu
Perempuan akan kata: entah2 kawan dia...

kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: sepadan sangat...
kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan tuh!

kalau lelaki handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada..
kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata:...(terdiam, tapi telunjuknyameliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya)...

kalau lelaki handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: perasaannya halus...penuh kasih sayang
kalau lelaki tak handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi...

kalau lelaki handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: matching... hebat luar dalam
kalau lelaki tak handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: bang, bosnya mana?...

kalau lelaki handsome tak mau bergambar
perempuan akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
kalau lelaki tak handsome tak mau bergambar
perempuan akan kata: tak sanggup melihat hasilnya ya?...

kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap:ini barulah lelaki gentlemen
kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap: naluri pembantu, memang begitu....

kalau lelaki handsome bersedih hati
perempuan akan cakap: let me be your shoulder to cry on
kalau lelaki tak handsome bersedih hati
perempuan akan kata: kuat nangis!! lelaki ke bukan ni?

disable click

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...