Monday, January 24, 2011

Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan MRSM 2011 Tergendala


Semakan Keputusan MRSM Ditangguh, Buka Semula Petang 24 Januari 2011


Setakat ini hanya semakan boleh dibuat, surat tawaran masih belum boleh dicetak. Jika anda masih mengalami masalah atau mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan semakan dan pengambilan MRSM sila hubungi ibu pejabat MARA di talian 03 2691 5111.


Keputusan permohonan kemasukan ke MRSM untuk
Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 telah diumumkan serentak pada tahun ini pada hari Jumaat 21 Januari 2011. Pada tahun sebelumnya keputusan permohonan kemasukan MRSM Tingkatan 1 diumumkan dahulu baru diikuti dengan Tingkatan 4. Pengumuman serentak ini mungkin telah mengakibatkan kesesakan pada portal semakan permohonan kemasukan MRSM 2011.

Ramai pengguna telah melaporkan kesusahan dan seterusnya gagal untuk membuat semakan bermula dari petang Jumaat lagi. Semalam dan hari ini portal semakan tersebut terus tidak boleh dilayari. Akhirnya pada hari ini baru pihak MARA membuat kenyataan.Berikut adalah petikan kenyataan yang dipaparkan dilaman web MARA mengenai perkara ini;


"Semakan keputusan kemasukan ke MRSM Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 tidak dapat diakses buat masa ini atas sebab-sebab tertentu. Sila semak semula mulai petang Hari Isnin 24hb Januari 2011. Kami mohon maaf di atas kesulitan ini."


Oleh itu mereka yang belum sempat membuat semakan atau telah membuat semakan tetapi belum mencetak surat tawaran perlulah bersabar dan menunggu sehingga portal semakan dibuka semula.


Sementara menunggu portal semakan MRSM dibuka, mereka yang telah mendapat tawaran boleh mencetak
Panduan Pelajar Baru MRSM dan Borang Pendaftaran Pelajar Baru MRSM sebagai rujukan awal.

Saturday, January 22, 2011

Keputusan Permohonan Kemasukan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 4 2011

Para pelajar yang telah menduduki PMR 2010 dan ada memohon memasuki Tingkatan 4 2011 di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dijadualkan akan boleh menyemak keputusan permohonan MRSM mereka secara online mulai 21 Januari 2011. Ini berdasarkan maklumat daripada laman web MARA.

Semakan Permohonan MRSM

1. Semakan permohonan ke Tingkatan 4 MRSM boleh dibuat dengan menggunakan MyKad pemohon.

2. Laman web untuk menyemak keputusan permohonan ke Tingkatan 4 MRSM 2011 adalah di Semakan Status Permohonan Ke Tingkatan 4 MRSM 2011.Nota : Laman web ini akan dibuka secara rasmi pada 21 Januari 2011.

3. Surat tawaran kemasukan, buku panduan serta borang kemasukan boleh dicetak menerusi laman web berkenaan atau di Panduan Pelajar Baru MRSM dan Borang Pendaftaran Pelajar Baru MRSM.

Rayuan MRSM

1. Bagi yang tidak berjaya mendapat tawaran ke MRSM, mereka boleh membuat rayuan.

2. Rayuan boleh dibuat dengan secara online dan mengisi ruang Nota Rayuan.

3. Jika tidak ada pautan rayuan online selepas membuat semakan, pemohon boleh menulis kepada pihak MARA.

4. Sila rujuk Rayuan Kemasukan Ke Maktab Rendah Sains MARA untuk maklumat lanjut.

5. Keputusan rayuan tertakluk kepada kekosongan tempat yang ada setelah proses pendaftaran pelajar yang menerima tawaran dan merit pemohon.

6. Pelajar yang tidak menerima sebarang jawapan daripada MARA selepas April 2011 dianggap tidak berjaya.


Maklumat

1. Sebarang pertanyaan dan maklumat tambahan boleh diperolehi dengan menghubungi Bahagian Pendidikan dan Latihan (Pendidikan Menengah) di talian 03 2691 5111 sambungan 3399/3392/3765 atau faks 03 2691 1658.

2. MARA telah menerima sebanyak 15,873 permohonan kemasukan ke Tingkatan 4 MRSM pada tahun ini dan cuma seramai 3,500 orang sahaja yang diberi tawaran. Pelajar yang mendapat tawaran ke MRSM Tingkatan 1 dan 4 akan mendaftar serentak pada 7 Februari ini di semua 46 buah MRSM di seluruh negara, kecuali pelajar MRSM Mukah, Sarawak yang akan mendaftar pada 7 Mac nanti.

Tahniah kepada mereka yang berjaya mendapat tawaran ke MRSM.

Keputusan Permohonan Kemasukan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 1 2011

Para pelajar yang telah menduduki UPSR 2010 dan ada memohon memasuki Tingkatan 1 2011 di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dijadualkan akan boleh menyemak keputusan permohonan MRSM mereka secara online mulai 21 Januari 2011.


SEMAKAN PERMOHONAN


1. Semakan permohonan ke Tingkatan 1 MRSM boleh dibuat dengan menggunakan Angka Giliran UPSR pemohon.


2. Laman web untuk menyemak keputusan permohonan ke MRSM 2011 adalah di Semakan Status Permohonan Ke Tingkatan 1 MRSM 2011.NOTA : Laman web ini akan dibuka secara rasmi pada 21 Januari 2011.


3. Surat tawaran kemasukan, buku panduan serta borang kemasukan boleh dicetak menerusi laman web berkenaan atau di Panduan Pelajar Baru MRSM dan Borang Pendaftaran Pelajar Baru MRSM.

RAYUAN

1. Bagi yang tidak berjaya mendapat tawaran ke MRSM, mereka boleh membuat rayuan.
2. Rayuan boleh dibuat dengan secara online dan mengisi ruang Nota Rayuan.
3. Jika tidak ada pautan rayuan online selepas membuat semakan, pemohon boleh menulis kepada pihak MARA.
4. Sila rujuk
Rayuan Kemasukan Ke Maktab Rendah Sains MARA untuk maklumat lanjut.
5. Keputusan rayuan tertakluk kepada kekosongan tempat yang ada setelah proses pendaftaran pelajar yang menerima tawaran dan merit pemohon.
6. Pelajar yang tidak menerima sebarang jawapan daripada Mara selepas April 2011 dianggap tidak berjaya dalam permohonan mereka.

MAKLUMAT

1. Sebarang pertanyaan dan maklumat tambahan boleh diperolehi dengan menghubungi Bahagian Pendidikan dan Latihan (Pendidikan Menengah) di talian 03 2691 5111 sambungan 3399/3392/3765 atau faks 03 2691 1658.

2. MARA telah menerima sebanyak 25,244 permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 MRSM pada tahun ini dan cuma seramai 6,500 orang sahaja yang diberi tawaran. Pelajar yang mendapat tawaran ke MRSM Tingkatan 1 dan 4 akan mendaftar serentak pada 7 Februari ini di semua 46 buah MRSM di seluruh negara, kecuali pelajar MRSM Mukah, Sarawak yang akan mendaftar pada 7 Mac 2011 nanti.Tahniah kepada mereka yang berjaya mendapat tawaran ke MRSM

Friday, January 21, 2011

MilkADeal is offering daily deals that it too hard to resist.Book yourself a salon appointment with #ivan&max today.



Heard of MilkADeal (MAD)? MilkADeal.com features all sorts of irresistible deals.



From tummy filling outlets, retail therapy outlets and also destressing outlets, like today's deal! There are no ultra fine prints on our deals, what you see is what you get!



Check out the MAD deal of the day: RM30 instead of RM70 for CUT+WASH+BLOW DRY by a Senior Stylist at Ivan & Max Hair Studio, Damansara Perdana. Only for 48 hours!



Get the MAD deal today!

Happy Prepaid Internet - bukan sahaja untuk telefon bimbit, tetapi kini terdapat prabayar untuk internet!



Adakah anda berada di Kota Bharu atau ada rakan-rakan di Kota Bharu? Kami ada berita gembira untuk anda!
Kini Happy Prepaid bukan sahaja untuk telefon bimbit, tetapi kini terdapat prabayar untuk internet. Layari internet dirumah, dipejabat ataupun dimana sahaja anda berada dengan harga rendah dari RM 1.70/sehari tanpa komitmen!
Jika anda berada di Kota Bharu, kongsilah berita gembira ini dengan rakan rakan dan keluarga anda! Tetapi jika anda tidak berada di Kota Bharu, anda masih boleh menyebarkan berita ini kerana mungkin mereka yang anda kenali berada disekitar Kota Bharu.
Happy internet prabayar, pilihan terbaik internet untuk anda!

disable click

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...