Monday, March 09, 2009

Album - Faris 2 Bulan++

Koleksi Gambar-gambar Faris pada usia 2 bulan++

Sunday, March 08, 2009

Satu minggu yang menduga kesabaran....

Abah, Ummi dan Faris
Alhamdulillah....kami sekeluarga berjaya mengharungi satu minggu yang sedikit sebanyak menduga kesabaran. Sudah seminggu aku kena penyakit sakit mata, ala...yang mata jadi merah-merah tu, mula-mula belah kiri, lepas 2,3 hari belah kanan plak. Dua-dua belah mata jadi merah dan pedih-pedih, hadoi sengsara sungguh.


Kalau aku sorang yang kena tak la aku kalut sangat, ini tidak, wife aku pun kena sekali, tapi dia kena sebelah jer. Asalnya kami berdua jer, last-last Faris pun kena sekali.......haibis berair mata dia. Bangun pagi jer penuh taik mata. Tapi nasib baik dia tak teruk, 2 hari jer, mungkin sebab dia dapat zat dan antibodi yang kuat hasil daripada menyusu umminya. Seminggu aku dan wife aku cuti....


Muhammad Faris Syamil dan Ummi

Hari ni mata aku dah OK, cuma sikit-sikit adalah lagi gatal-gatal tu. Wife aku jer yang ada lagi kesan-kesan darah dalam mata, sebab hari tu dia kena bukan macam aku, dia kena yang luar biasa sikit. Doktor cakap bola mata dia ada kesan pendarahan dan jangkitan kuman yang teruk, mata dia bengkak teruk hari tu, doktor pun terkejut, nasib baik cepat pergi jumpa doktor. Kalau tidak....entahla

Apa-apa pun, aku bersyukur segalanya dah hampir pulih semuanya. Aku sedar ini adalah sebahagian daripada dugaanNya kepada kami yang bergelar Abah-Ummi. Moga kami terus tabah dalam mengharungi dunia yang makin mencabar...InsyaAllah

Saturday, March 07, 2009

Faris dengan KFCnya


mmmm....sedapnya KFC

Usia Faris skarang dah masuk 2 bulan lebih, lagi 10 hari genap 3 bulan. Semenjak dua menjak ni dia baru dapat benda baru......hisap tangan....hamboi, bersungguh-sungguh, sampai basah lenjun sarung tangan. Nak bukak sarung tangan tak bleh, bahaya. Aku dah try 2 hari tak pakai sarung tangan, korang tau apa jadinya.....habis calar muka, sampai ke telinga pun ada lukanya. Dia suka main-main tangan kat muka, tu ter'cakar' muka sendiri...

Senyuman orang cukup tidur


Tapi yang bagusnya dia sekarang dah pandai tengok TV, kadang-kadang aku tengah layan bola, dia pun ikut layan bola, pernah satu kali tu aku layan bola dari minit pertama sampai minit akhir, dia seeeeeenyap je atas riba aku, bersungguh-sungguh layan bola dengan aku. Tapi kalu dengan ummi dia, riba kejap je depan TV, dah tak mau dah. Nak jadi anak bapak kot...heheheh


Nak ajak orang main lah ni...


Dalam seminggu ni timbul pulak perangai baru dia. Dah 2, 3 kali dia bangun jam 3 pagi, pastu bukak mata bulat-bulat, pastu ajak orang lain main dan bercakap dengan dia, hadoi.....mau sejam lebih gak melayan dia.

Jelingan dan senyuman mengoda

Monday, March 02, 2009

Aku Sayang Ibu

RENUNGKANLAH

Semasa kita berumur 1 tahun, ibu menyuapkan makanan dan memandikan kita. Kita membalas budinya dengan menangis sepanjang malam.

Semasa kita berumur 3 tahun, ibu menyiapkan makanan istimewa dan berzat untuk kita. Kita membalas budinya dengan menumpahkan makanan ke atas lantai.

Semasa kita berumur 4 tahun, ibu membelikan crayon. Kita membalas budinya dengan menconteng dinding rumah.

Semasa kita berumur 5 tahun, ibu membelikan kita baju baru untuk hari raya. Kita membalas budinya dengan mengotorkan baju apabila jatuh ke dalam lopak.

Apabila kita berumur 7 tahun, ibu hantar kita ke sekolah, kita membalas budinya dengan menjerit , "tak nak gi sekolah"

Semasa kita berumur 10 tahun, ibu menghantar kita ke kelas tuisyen, membawa kita shopping, menghantar kita ke rumah kawan dan sebagainya. Kita tidak langsung menoleh ke belakang dan mengucapkan terima kasih setiap kali ibu menghantar kita.

Semasa kita berumur 12 tahun, ibu menasihatkan kita supaya tidak terlalu banyak menonton tv. Kita membalas budinya dengan asyik menonton sebaik sahaja ibu keluar dari rumah.

Apabila kita berumur 13 tahun, ibu menegur fesyen rambut kita yang kurang sopan. Kita membalas budinya dengan berkata bahawa "ibu tak ada taste".

Apabila kita berumur 16 tahun, ibu inginkan dakapan setelah penat dan baru balik bekerja sehari suntuk. Kita mengunci diri dan bersendirian dalam bilik.

Apabila kita berumur 17 tahun dan lulus peperiksaan, ibu menangis gembira. Kita membalas budinya dengan tidak balik ke rumah hingga larut malam kerana enjoy dan celebrate dengan kawan-kawan.

Apabila kita berumur 19 tahun, ibu membelanjakan wang yang banyak untuk menghantar kita ke universiti, mengangkat beg sampai ke hostel. Kita membalas budi ibu dengan bersalaman hanya di luar dorm kerana malu dilihat kawan-kawan.

Apabila berumur 20 tahun, ibu tanya kita dengan rasa prihatin, adakah kita dah ada boyfriend atau girlfriend. Kita membalas budinya dengan berkata, "Ibu ni kepohlah".

Apabila kita berumur 23 tahun, kita mendapat kerja yang pertama dan tinggal di rumah sendiri. Ibu membelikan baju untuk kita memulakan kerja baru. Kita membalas budi ibu dengan memberitahu kawan-kawan bahawa baju tidak cantik kerana ibu yang belikan.

Apabila kita 25 tahun, kita berumahtangga. Ibu menangis gembira dan berkata betapa ibu kasih dan sayang pd kita. Kita membalas budinya dengan berpindah 300km jauh dari ibu.

Apabila kita berumur 40 tahun, ibu telefon dan memaklumkan tentang majlis kenduri di kampung. Kita membalas budi ibu dengan berkata "saya sibuk".

Apabila kita berumur 50 tahun, ibu jatuh sakit dan perlukan penjagaan dan kasih sayang. Kita membalas budi ibu dengan datang melawat ibu sekali dengan membawa sedikit epal dan merungut tentang kesibukan bekerja dan terpaksa balik segera.

Kemudian pada suatu hari, ibu meninggal dunia dan kita tidak sempat membalas segala jasa ibu. Ingat! Selagi ibu masih hidup, kasihi dan sayangilah ibu dan jika ibu sudah meninggal dunia, ingatlah jasa ibu.

Ibu! Saya sayang ibu.




Thursday, January 29, 2009

Aku kena 'Tagged' ke sekian kalinya...

Aku dah lama dapat tag ni, dah berbulan-bulan dah, si n-Gee lah ni, gatal bagi tag kat aku. Takpe....kali ni aku jawab dalam versi special...versi kelantan. Mintak maaf lah kalau tak paham..

A. Attached or single?
Kawe kawin doh..anok baru satu.

B. Best friend?
Kawe ghamai saing, jate ko tino kawe tok kisoh, asal ikhlah nok saing

C. Cake or pie?
Duo-duo kawe make, tapi tok bgrehi......sekut tawar pun kawe make
D. Day of choice?
Nak-nak ari kawe bereh, tapi kalu ari cuti hok kawe paling suko skali....bleh brehat

E. Essential item?
Henset kawe lah, tapi lo ni ado bendo baru plok, broadband kawe..baru beli deh

F. Favorite colors?
Meroh sebab kawe minat liverpool, biru sebab mendamaikan......jiwang abis

G. Gummy bears or worms?
Gilo go nak make mugo nih, baik kawe make sekut tawa.

H. Hometown?
Wakaf Bharu, Tumpat, Klate

I. Favorite indulgence?
Maing internet, maing game, ambik gambar tapi kawe xdok kamera hok hargo maha hok buleh ambik gamba come

J. January or July?
Duo-duo kawe tok brgehi, baik bule 5...beday kawe

K. Kids?
Baru 1,insyAllah bertamboh nanti

L. Life isn’t complete without?
Kluargaku, biniku,anakku, dan saing2ku.

M. Marriage date?
5 Disember 2007.

N. Number of magazine subscriptions:
Dulu kawe ngumpul komik, tapi loni brenti doh, jaghe-jaghe kawe beli lah majalah

O. Oranges or apples?
Epol lah, hok hija lagi beh.

P. Phobias?
Dulu kawe tok leh ngan pompuan, gabra abis....lo ni xpo doh..hehehe

Q. Quotes?
Not looking for love nor friendship, just hoping for something that last forever

R. Reasons to smile?
Ado mulut kenolah senyung, senyung tu satu sedekoh

S. Season of choice?
Mestilah rayo....balik kampung weh

T. Tag 5 people.
1.sarjan yo
2.shu supian
3.imayu05
4. liewani
5.sape2 yang bukak blog ni..

U. Unknown fact about me?
Kawe ni sebenarnyo panah baran.....tapi jarang sangat lah
V. Vegetable?
Tok kiro gapo, kawe memang suko ulam cicah budu

W. Worst habits?
Selalu jah menangguh2 kerjo, lepah tu kalut malut, tapi last-last siap jugok.....

X. X-ray or ultrasound?
ultrasound, bleh tgk dalam baby dlm perut, tapi bukan perut kawe lah, perut istri ehehe..

Y. Your favorite food?
asalkan yang halal dimakan,aku blasah jer....kecuali kayu, besi, dan seumpama dengannya...

Z. Zodiac sign?
Ntah, Taurus kot? kawe tok caro sgt mugo nih..

Haduh......setel jugok akhirnyo, jange lupo member2 jawab ek.....just having fun

disable click

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...