Thursday, October 23, 2008

JATUH CINTA LAGI....

Bila lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan khlas, perubahan sikapnya amat mengejutkan. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dengan relanya. Aku dulu pun lebih kurang mcm ni jugak, almaklum lah sedang bercinta.......tapi aku percaya, ramai lagi JANTAN-JANTAN di luar sana pun jadi macam ni.

Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja untuk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Walaupun untuk melihat lelaki menangis amatlah payah.

Diantara tanda-tanda lelaki yang jatuh cinta dengan hebat ialah:


1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.


2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.


3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.


4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.


5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.


6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.


7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya.


8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.


9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari orang lain.


10. Dia menjadi org yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.


11. Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.


12. Dia akan mengalabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama.


13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.


14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.


15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.


16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.


17. Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dengan sabar.


18. Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.


19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.


20. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.


21. Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.

Macamana? Adakah anda tergolong dalam kategori lelaki-lelaki seperti ini???

LU PIKIR LAH SENDIRI....


The Return................

Aku kini kembali......................kembali dgn nafas baru,nafas yg lebih segar dan berkeyakinan. Namun, aku sedar nafas yg ku nikmati skarg ini bukan utk selamanya. Setiap dari kita harus bersyukur.Bersyukur dgn anugerah yg dikurnia,anugerah utk terus menghirup udara di bumi yg indah ini.

Sudah lama aku tidak berada di ruang ini,mungkin sibuk, atau mungkin LEKA. Leka dgn nikmat dunia. Namun aku sedar, kesibukan hidup akan terus melekakan kita andai kita tidak pandai mengurus kehidupan dengan teratur dan tersusun.

SETIAP INSAN ADA KELEMAHAN, KELEMAHAN MENGAJAR AKU UNTUK LEBIH KUAT

Friday, August 03, 2007

BANTAL….. satu benda yang cukup popular kepada semua orang. Tidak kira lelaki atau perempuan, tua atau muda, kanak2 atau dewasa, kecil atau besar, semua tahu dan pernah ‘berurusan’ dengan bantal.

Pernahkah anda terfifkir, andai kata tidak wujud bantal didunia ini? Tentu susah dan sengsara…….silap2 tak bleh tido. Hehehe….seperti yang semua tahu ada berbagai2 jenis bantal yang bleh kita jumpa dalam kehidupan seharian. Di antaranya, bantal biasa ( yg buat tido tu la ), bantal peluk , bantal alas duduk, bantal alas leher, bantal kecik, bantal besar, bantal busuk dan mcm2 bantal lagi……mana satu yang paling popular? Yang mana satu bantal yang paling anda gemar dan rapat dengan anda?

Bantal juga byk dikaitkan dengan perangai dan tabii manusia sehinggakan ada juga digunakan dalam peribahasa dan simpulan bahasa.”Bagaikan mengantuk disorongkan bantal”, atau mungkin juga anda pernah dengar orang berkata, “ pantang jumpa bantal……”

Kali ini saya ingin berkongsi pendapat dan pandangan tentang cara tidur bersama bantal yang dikatakan ada kaiatan dengan perangai, sikap seseorang itu……Mana satu yang anda pilih???//


1) Memeluk Bantal

Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni. Penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera. Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik. Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi. Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.

2) Menggunakan Banyak Bantal

Mereka biasanya kurang kenyakinan. Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping. Mereka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.

3) Tidur Dengan Satu Bantal

Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya. Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.

4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki

Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang bergaul dgn org ramai, malah kaku dalam pergaulan. Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois. Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita2. Mereka tdk suka berusaha.

5) Tidur tanpa Bantal

Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi. Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.

6) Tidak punya bantal

Kasihan betul... pergi kedai belilah satu..heheheh

Bila Langit Mendung... hujan pun turun...

Sedikit renungan unutk kita bersama......

Bila langit mula mendung, kekadang terdengar bebelan orang-orang disekeliling kita, "Cuaca buruk je akhir-akhir ni ye.." Soalnya, kenapa hujandikatakan cuaca buruk?Berapa ramai di kalangan kita yang mengeluh bila hari hujan?

- Iskk, tak kering la baju kalau asyik hujan je..
- Alahai, hujan laaagiiii
- Tiap-tiap hari hujan...susah la mcm ni
- Payah nak buat apa2 kalau hujan
- Tak boleh balik lagi, hujan!

Bukankah bebelan-bebelan itu lebih baik digantikan dengan doa : "Allahummasyaiyiban nafi'a" (Ya Allah, Ya Tuhan kami! Jadikan hujan ini bermanfaatbuat kami).

Hakikatnya, hujan itu rahmat."Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu,kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajarandaripadanya)." (Al-A'raf : 57)

Sebenarnya hujan terlalu banyak manfaatnya.
1. Membersihkan udara
2. Menyubur tanaman
3. Membekal air ke empangan

Ini sikit sahaja senarai kebaikannya. Ada banyak lagi.
Kenapa orang selalu "bad mood" bila hujan?"Hujan tidak, mendung pun tidak, tiba-tiba je bermuram ni..?" Macam biasadengar ayat tu kan?
Seolah-olah sinonim sungguh hujan dengan suasanamuram/tak best. Kesian hujan.Sedarkah kita? Bila hujan turun, rahmat dilimpahkan buat manusia. Sebab itu, Nabi pun pernah pesan, bila hujan turun, doa mustajab.
Sekarang ini, di tempat kita hampir tiap-tiap hari hujan. Tiap-tiap hari ada masa untuk doa menjadi mustajab. Kenapa lepaskan peluang dengan keluhan sia-sia di saat pintu-pintu langit sedang terbuka?

"Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah" (al-Qamar : 11)

Maka, BERDOALAH. Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Dan semoga, hari esok akan lebih baik. Dalam ilmu tasawwuf dan ilmu-ilmu fardhu Ain lain pun ada juga mengingatkan kita tentang kebijaksanaan Allah.

Lihatlah firman Allah yg bermaksud : "Dan Kami turunkan hujan dari langitdengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi;dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya." (Al-Mukminun :18)

Rupa-rupanya Allah turunkan hujan ADA SUKATAN. Baru hari ini kita tahu,bahawa Allah turunkan hujan lebat kepada kita sekarang ini ada sebabnya,ada sukatannya. Kemudian, air itu akan disimpan di bumi. Selama mana? Itu semua rahsia Allah.

"Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air dan pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian kami berikan kamu meminumnya; dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau)menyimpannya." (al-Hijr : 22)Semoga ada iktibar untuk peringatan kita."Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit dan bumi dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlahkepadaNya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yangkamu lakukan." (Surah Hud : 123)

Monday, December 18, 2006

Harta dan anak-anak ujian dari Allah

Assalamualaikum.....sedikit renungan dari maksud Al-Quran. Semoga bermanfaat.

DAN ketahuilah bahawa harta benda kamu itu hanyalah menjadi ujian dan sesungguhnya di sisi Allah s.w.t. jualah pahala yang besar.(al-Anfal: 28)
Huraian :
Antara ujian-ujian yang Allah s.w.t. berikan kepada orang-orang yang beriman ialah harta benda dan anak pinak. Allah s.w.t. mengetahui antara kelemahan manusia melalui kecintaan kepada harta kekayaan dan anak-anak. Oleh sebab itu Allah s.w.t. mengingatkan supaya berwaspada terhadap kurniaan harta kekayaan dan anak-pinak kepada mereka yang mana semua itu adalah bertujuan untuk menguji kewibawaan dan kecintaan kepada Allah s.w.t. dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai hamba Allah s.w.t. mengatasi segala-galanya.
Melalui ujian tersebut, Allah s.w.t. mahu melihat sejauh mana orang-orang beriman bersyukur dan menunaikan hak serta kewajipan mereka walaupun terlalu sibuk mencari harta benda dan membesarkan anak-anak. Allah s.w.t. melarang manusia melakukan khianat kepada-Nya, Rasul-Nya dan amanah-Nya disebabkan kecintaan kepada anak-anak dan harta benda.
Kesimpulan :
Allah s.w.t. melarang keras melakukan khianat terhadap-Nya dan rasul-Nya namun Allah s.w.t. juga mengingatkan kepada golongan mukmin supaya berhati-hati dengan kemewahan dunia dan anak-anak. Sesiapa yang berjaya dengan ujian tersebut maka Allah s.w.t. akan mengurniakan suatu ganjaran yang amat besar di akhirat yang mana ia digambarkan sebagai suatu kejayaan yang sempurna dan kemuliaan yang tinggi.
Dipetik daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

disable click

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...