Tawaran Hebat ! Siapa tak mahu BlackBerry Free kan? Jom join promosi hebat daripada CelcomExec. Macam best jer nih, aku pun terasa nak jugak. Jom cepat..
Pretty awesome promo from #CelcomExec for the Celcom BB Bold 9780 and BB Torch 9800!
Saturday, December 04, 2010
New Zealand here I come! Awesome adventure awaits! Book your tickets now starting from RM199! #AANZ
Promosi hebat daripada AirAsiaX New Zealand. Tempahlah tiket ke New Zealand dari serendah RM199, hanya dari AirAsiaX. Sila Klik link di bawah sekarang.
Friday, December 03, 2010
Semakan Panggilan Temu Duga Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI-SR & KPLI j-QAF) Ambilan Januari 2011
Untuk sesiapa yang dah pergi MTest tempoh hari dan semestinya dah apply nak masuk KPLI dan j-QAF untuk ambilan Januari 2011 ni, keputusan untuk temuduga dah pun keluar. Boleh semak kat sini kalau nak tahu nama anda ada tersenarai atau tidak untuk panggilan temuduga. Boleh klik kat banner di bawah ni.
Untuk mereka yang tersenarai tahniah dan selamat ditemuduga, dan untuk yang tidak tersenarai teruskan berusaha untuk ambilan seterusnnya
*Juga boleh semak kat link ini :
Keputusan Permohonan Kemasukan Ke SMT dan SMV 2011
Para pelajar yang telah menduduki PMR 2010 dan ada memohon memasuki Tingkatan 4 2011 di Sekolah Menengah Teknik (SMT) atau Sekolah Menengah Vokasional (SMV) Kementerian Pelajaran Malaysia sudah boleh menyemak keputusan permohonan mereka secara online.
Semakan Permohonan
- Semakan permohonan ke Tingkatan 4 SMT dan SMV boleh dibuat dengan menggunakan angka giliran PMR atau nombor kad pengenalan pemohon.
- Laman web untuk menyemak keputusan permohonan ke Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional 2011 adalah di Semakan Kemasukan Ke Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional 2011.
Rayuan
- Bagi yang tidak berjaya mendapat tawaran, mereka boleh membuat rayuan.
- Rayuan boleh dibuat terus kepada Sekolah Menengah Teknik atau Sekolah Menengah Vokasional yang berkenaan.
- Keputusan rayuan tertakluk kepada kekosongan tempat yang ada setelah proses pendaftaran pelajar yang menerima tawaran.
Thursday, December 02, 2010
Sebab Kenapa Rakyat Malaysia Suka Tengok Cerita Indon
Tiba-tiba aku rasa nak tulis entry pasal benda ini, mungkin seb dah boring dan tensen dengan keadaan yang makin menjadi-jadi sekarang. Aku ni bukan yang jenis minat drama indon kat TV, aku pun tak paham kenapa ramai betul orang malaysia yang minat betul cerita-cerita sebegini kat TV.
Aku setuju betul dengan nomoresecret95.blogspnot.com, terlalu banyak drama indon kat TV sekarang ni. Kalau aku balik kerja time tengahari tu, habis channel aku tekan, sana indon, sini indon, bersambung sambung, lepas 103, 104, pastu 105, pastu 106 pun join skali.Tu belum kira petang-petang, lagi sadis kalu hujung minggu, aduyai...pening aku. Sebagai contoh, cinta kirana, safa &marwah, cahaya, alisa, dan banyak lagi.....
Aku setuju betul dengan nomoresecret95.blogspnot.com, terlalu banyak drama indon kat TV sekarang ni. Kalau aku balik kerja time tengahari tu, habis channel aku tekan, sana indon, sini indon, bersambung sambung, lepas 103, 104, pastu 105, pastu 106 pun join skali.Tu belum kira petang-petang, lagi sadis kalu hujung minggu, aduyai...pening aku. Sebagai contoh, cinta kirana, safa &marwah, cahaya, alisa, dan banyak lagi.....
Kat sini aku senaraikan beberapa faktor yang mungkin menyebabkan kenapa rakyat malaysia suka tengok cerita / drama indon
1. jalan cerita menarik, suspen, dan berjela-jela
Ya ke? aku pun tak paham apa yang menariknya, yang pasti kalu dah peminat setia tu, mesti siap susun jadual lagi. Pastu sampai ke tempat kerja duk bercakap pasal itu dan ini....
2. pelakon yang hensem, dan cantik
Yang ini aku tak nafikan. kalu dah jadi hero/heroin tu mesti yang cun melecun, dan hensem-hensem. Kalu lagi best, yang jadi jahat pun hensem ngalahkan hero lagi. Yang peliknya, mamat indon yang aku tengok yang datang malaysia takde pulak hensem macam tu
3. Pakaian yang ala kadar
Jangan silap faham. Bukan yang ala kadar yang itu, tapi yang ala kadar menutup tubuh badan. nak tercabut bijik mata mamat-mamat m`sia tengok
4. Dekat dengan kehidupan
Cerita yang ada biasanya berkait rapat dengan kehidupan sebenar. cinta 3 segi, anak terpisah dengan mak, konflik kluarga tiri, konflik darjat, ala-ala islamik gitu. Tapi yang aku tak faham, cerita yang dongeng dan kompem merapu pun ramai orang minat.
5. Terpengaruh
Ni pun satu hal, dah kawan-kawan tengok and then asyik bercerita, kita pun nak try tengok, las-last melekat sama. Orangb kata best, kita pun kata best.
6. Budaya dan pendedahan
Mungkin ini yang berlaku tanpa disedari. Siaran-siaran Tv banyak mempengaruhi kehidupan sebenarnya. kalu dah tiap-tiap hari duk tayang benda tu, mau tak mau ter'tengok' jugak, last-last ter'minat' jugak. Dah tiap-tiap hari kena suap, makin lama makin biasa la. Sama jugak kes yng berlaku macam musim AF.
Ini sekadar pendapat aku dan beberapa pendapat lain yang aku temui. Mungkin orang lain ada pendapat yang lagi bagus. Dan mungkin ada orang yang tak setuju dengan aku. Pada aku, ini hanya pendapat individu macam aku yang tak bertauliah.
Aku harap, anak-anak aku tak minat drama indon macam orang-orang lain. Sama-sama kita martabatkan cerita-cerita dari negara kita sendiri. Banggalah dengan negara dan bangsa sendiri.
Subscribe to:
Posts (Atom)
