Saturday, June 05, 2010

Amalan Mulia Dalam Keluarga



11 amalan mulia dalam keluarga

1. Sentiasa bersabar dan tabah menghadapi segala dugaan yang mendatang


2. Sentiasa memaafkan orang yang melakukan kesilapan


3. Saling tolong menolong antara satu sama lain


4. Bersikap jujur dengan sesiapa sahaja


5. Saling sayang menyayang


6. Boleh bertolak ansur


7. Bertanggunjawab dan amanah


8. Elakkan diri daripada sifat-sifat negatif


9. Sekiramya ada masalah, berbincanglah bersama ahi keluarga

10.Mesti bersikap terbuka dan sedia menerima kritikan

11. Sentiasa senyum

[perkongsian ilmu:pa&ma]




Tuesday, June 01, 2010

INA ku selamat dibedah

Akhirnya....selepas 3 hari Ina terlantar koma di hospital, hari ini Ina dibenarkan pulang. Baru tengahari tadi aku mengambilnya daripada hospital. Keadaan sudah pulih, walaupun bukan 100% pulih seperti asal, namun Ina boleh dikatakan 98% pulih dan boleh beroperasi dengan baik. Doktor kata, adalah hampir mustahil unutk mendapatkan keadaan 100% kembali seperti sediakala, namun ia tidak akan memberi kesan kepada operasi dan kecekapan Ina. Alhamdulillah.

Selepas membayar segala wang perbelanjaan sepanjang berada di hospital yang berjumlah RM500, aku membawa Ina pulang. Dia kelihatan tenang namun masih terlihat di wajahnya, kesan-kesan luka kecil,walaupun tidak ketara dari pandangan kasar. Aku?....pasrah dengan ketetentuanNYA....Syukur Ina dapat dipulihkan.

Dengan kembalinya Ina kepangkuanku, aku akan membawanya bersiar-siar petang ini juga. Untuk memberi ketenangan dan nafas baru selepas 3 hari koma di hospital. Akan aku jaga Ina sebaik mungkin, akan aku lebih berhati-hati ketika bersama Ina selepas ini. Aku tak mahu Ina ditimpa musibah lagi.....

Aku harap tidak akan berlaku perkara-perkara buruk lagi kepada kami sekeluarga dan kepada GRAND LIVINA ku lagi selepas ini. Apa yang berlaku aku harap akan menjadikan kami insan yang bersyukur dan redha dengan ketentuanNYA.....Jadikan lah kami orang-orang yang sentiasa mengingatiMU...InsyaALLAH,



Sunday, May 30, 2010

Ciuman membawa ke hospital

Baru je nak start cuti, aku dah start berangan dah ke sana dan ke sinun dengan kereta, tapi apakan daya, dah 2 hari aku tersadai kat rumah...tak kemana. Mana tak nya, kereta ku masuk hospital, cedera ringan.

Nak jadi cerita, keretaku telah dengan selambanya mencium bontot Wira, sungguh kurang asam. Bukan sengaja nak cium pun, yang si Wira tu dengan selamba memberi bontotnya untuk dicium, sungguh kurang asam dan kurang sopan. Sungguh tidak beradab betul, dah la buat dengan selamba, depan khalayak ramai lagi tu, penuh orang kiri kanan tengok, sungguh memalukan.


Dah la memberi ciuman dengan selamba, dengan selamba juga dia menghilangkan diri, dah la meninggalkan kesan ciuman, pergi meninggalkan ku pulak, sungguh tidak bertanggunjawab betul. Aku dengan hati yang panas, mengejar dan mencari Wira itu, namun ia hilang dalan kesesakan bandar Keningau yang kecil ini. Aku?...meratap jer lah.


Mau xmahu, terpaksa la aku tanggung sendiri semua perbelanjaan Livina ku masuk spital. Mau 4, 5 ratus habis ni. Doktor kata dalam 5 ratus gak ni, sebab ada calar dan kena cat bumber tu. Dah 2 hari masuk spital, maybe besok baru bleh kuar hospital, dan besok la jugak duitku bakal melayang.

Apa-apapun aku bersyukur kerana tak la teruk sangat apa yang berlaku, aku pun takde la mengalami sebarang kecederaan fizikal, cuma cedera dalaman je lah. Sakit hati wooo...Namun setiap yang berlaku ada hikmahnya, hanya DIA yang maha mengetahui, apa-apapun aku bersyukur dan redha dengan ketentuanNYA




Tuesday, May 25, 2010

Aduhai Murid....

Sebuah kisah pendek, sempena hari guru....
Seorang guru yang diberi tugasan penting telah membuat keputusan untuk meminta pertolongan daripada pelajarnya.

Guru : Arif tolong cikgu ye kerana banyak kerja yang cikgu kena lakukan.

Arif : Baik, cikgu.

Guru : Tolong pergi ke bilik guru, ambilkan cikgu fail berwarna kuning di atas meja cikgu.

Arif : Fail kuning muda atau kuning terang?

Guru : Kuning muda.

Arif : Fail besar atau kecil?

Guru : Di meja cikgu hanya ada satu sahaja, fail kuning. Ambil sahaja yang berwarna kuning.

Arif : Tadi cikgu kata kuning muda, kenapa pula sebut kuning saja?

Guru : Fail kuning muda!(dengan nada keras)

Arif : Oh, kuning muda. Kuning muda tu macam mana cikgu?

Guru : Sabar jer lah (dalam hati)



Friday, May 21, 2010

Lelaki Dan Perempuan

Lelaki dan perempuan mempunyai banyak perbezaan, dari segi fizikal mahupun dari segi mental dan pemikiran. Namun, dalam kita menilai perbezaan, kita harus sedar adanya persamaan yang wujud di antara makhluk ciptaan ALLAH yang sangat istimewa ini. Keistimewaan ciptaan ALLAH ini bukan sahaja dapat dilihat dan dinilai secara lahiriah, tapi juga istimewanya lelaki dan perempuan di sisiNYA.
Kadang-kadang ada di antara kita yang berfikir dan bertanya, siapakah di antara lelaki dan wanita yang berat tanggungjawabnya, dan siapakah yang mempunyai kelebihan. Ada juga yang bertanya siapakah yang akan menempuh jalan yang lebih berliku dan siapakah yang hidupnya lebih ringan. Tetapi, dalam banyak-banyak persoalan ini, ada yang lebih penting dan yang harus kita fikir, renung dan muhasabah bersama. Siapakah yang lebih istimewa di sisi ALLAH?



Baguslah kalau kita sudah tahu akan perkara ini sekurang-kurangnya kita tidak cepat melenting jika berlaku apa-apa isu antara kaum ADAM dan HAWA dan saya juga ingin tambah iaitu betapa beratnya menjadi seorang lelaki, diantaranya adalah seperti berikut:-

Lelaki

  1. Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.
  2. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN !
  3. Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab keatas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN !
  4. Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.
  5. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak di bayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung. Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.



Wanita

  1. Wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
  2. Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
  3. Wanita saksinya kurang berbanding lelaki.
  4. Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.
  5. Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. Lelaki mana ada....
  6. Wanita wajib taat kpd suaminya tetapi suami tak perlu taat pd isterinya (taat kepada ibunya).
  7. Talak terletak di tgn suami dan bukan isteri.
  8. Wanita kurang dlm beribadat kerana masalah haid dan nifas yg tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya?? Benda yg mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yg tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dgn seorg wanita. Wanita perlu taat kpd suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya.

Bukankah ibu adalah seorang wanita? Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya utk menyara isteri dan anak-anak. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).


  • Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.
    Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

  • Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dgn 4 syarat shj: Sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya. (betulkan jika saya tersilap).

  • Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala org pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
  • MasyaALLAH... sayangnya ALLAH pada wanita .... kan?



disable click

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...