Thursday, May 06, 2010

Me, my son and my birthday

Begitu cepat masa berlalu, tanpa aku sedari dan walaupun aku sedari, masa begitu pantas berlalu. Usiaku kini makin bertambah, dah berusiakah aku?...aduyai...dah masuk 31 rupanya aku....muda lagi ker?...dah tua kah aku?

Kali ni, buat sekian kalinya aku celebrate birthday aku bersama family aku, alah....celebrate simple-simple jer. Takde ler sampai buat nasi pulut or nasik minyak sebagai....cukup makan-makan seisi keluarga. Dan tempat yang aku celebrate......mana lagi kalu tak kat KFC. Itu ler diantara tempat yang agak special kat Keningau ni ( ada tempat lain lagi ker..?). Takkan makan KFC jer kot?....hehehe. Rupa-rupanya my wife dah plan buat surprise kat aku.....dia dah beli kek special utk aku. Special mcmana?....korang tgklah gambar ni.



Terkezut aku....mcm perli jer. Apa-apapun aku bersyukur dan berterima kasih dengan apa sahaja hadiah darimu sayang.....(jiwang la pulak). Dapat kek sebijik pun kira ok lah tu.





Dalam duk celebrate aku punya b'day ni, aku nampak ada orang lain yang beria-ria and over-acting, macam celebrate dia punya b'day pulak. Siapa lagi kalau bukan my assistant dan merangkap my tukang sibuk no.1.....Faris. Bukan main lagi dia yang lebih-lebih.



Sudah lah over-acting, siap buat lagak ngeri lagi, nak makan sendiri. Sekarang ni dia dah start nak try makan sendiri. Siap mengamuk lagi nak makan pakai sudu, nak suap sendiri. Bukan 100% masuk mulut pun. 30% jer yang berjaya menepati sasaran, yang lagi 70% tu.....paham-paham ler.....kalau tak ke lantai, ke baju lah jawabnya......



Tengok ler, dia punya lagak....eksyen bukan main lagi. Tapi tak per...biar la dia belajar. Kalau dilarang tak boleh jugak sebenarnya. Kanak-kanak ni, dia kena belajar, let them explore themselves.....baru diaorang pandai berfikir. Namun begitu......kita tetap kena guide dan larang sekiranya ia boleh memudaratkan diri.


Apa-apa pun, aku bersyukur dengan rahmatNya, kerana memberi kebahagian dan dikurniakan keluarga yang bahagia. Terima kasih buat yang tersayang.....kerana sentiasa berada di sisi dan mengembirakan hati ini. Dan aku harap kebahagian ini kekal hingga ke akhir hayat, dan aku akan terus tabah dalam meniti usia mendatang, moga rahmat yang dikurniakan menjadikan aku insan yang bersyukur dan bertaqwa kepad Mu...InsyaALLAH.



Thursday, April 29, 2010

Penyusuan Susu Ibu

Membuat persediaan untuk menyambut kelahiran bayi anda adalah sesuatu yang mengembirakan dan ia adalah masa yang sibuk. Sebelum mengambil keputusan tentang jenis penyusuan untuk bayi anda, beri pertimbangan kepada penyusuan susu ibu kerana ia memberi kebaikan kepada ibu dan anak. Untuk mendapatkan segala kebaikan penyusuan susu ibu, anda digalakkan memberi susu ibu sepenuhnya sehingga bayi berumur 6 bulan dan diteruskan sehingga bayi berumur 2 tahun. Pemberian susu ibu sepenuhnya bermaksud bayi tidak diberi makanan atau minuman tambahan yang lain selain daripada susu ibu.

Kebaikan untuk bayi :
  • Susu ibu membekalkan nutrien yang terbaik untuk bayi anda. Ia mengandungi nutrien dalam kadar yang mencukupi. Kandungannya berubah mengikut keperluan bayi yang sedang membesar
  • Susu ibu, terutamanya kolostrum , menguatkan sistem imuniti bayi anda. Ia melindungi bayi dari jangkitan seperti cirit birit, selesema, bronkitis dan radang paru-paru.
  • Susu ibu mencegah berbagai masalah alahan seperti asma, ekzema dan kolik bayi
  • Susu ibu mengandungi nutrien tertentu yang amat kritikal untuk perkembangan otak. Ia membantu dalam meningkatkan kecerdikan anak anda. Ia tidak mudah tercemar dibandingkan dengan cara penyusuan lain.
  • Susu ibu mudah diperolehi pada suhu yang betul setiap masa. Oleh itu ia Tidak susah untuk disediakan. Ia memberi keselesaan dan keselamatan emosi kepada bayi. Ia memberi peluang kepada ibu dan anak untuk berinteraksi sepenuhnya dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak.

Untuk ibu, penyusuan susu ibu :

  • membantu mengecutkan rahim dan mengembalikannya kepada saiz yang asal dengan cepat serta mengurangkan pendarahan selepas bersalin.
  • membakar kalori dan mengembalikan bentuk badan asal anda dengan cepat.
  • mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari.
  • menjarakkan kelahiran jika mengamalkan penyusuan ibu secara sepenuhnya

Lain - lain kebaikan :

  • Tidak memerlukan perbelanjaan dan bekalan susu sentiasa ada.
  • Baik untuk persekitaran kerana tidak memerlukan botol, tin dan kotak-kotak.

*perkongsian ilmu [Kementerian Kesihatan Malaysia]


Memang tak dinafikan lagi kebaikan dan kelebihan susu ibu kepada bayi. Namun, pelbagai halangan dan cabaran harus ditempui kepada seseorang yang bergelar ibu, lebih-lebih lagi para ibu yang berkerjaya. Alternatif tetap ada, hanya semangat dan kemahuan yang perlu. Penyusuan juga boleh dilakukan walaupun para ibu sedang berkerja. Cara pengumpulan dan penyimpanan untuk bayi bagi ibu yang berkerja mestilah dititik beratkan.


Disamping aspek kesihatan, aspek kekeluargaan dan kasih sayang dapat diterapkan ketika proses penyusuan. Pertalian dan hubungan antara ibu dan anak dapat dieratkan, ini berlaku dalam proses penyusuan bila mana ibu digalakkan memandang dan merenung bayi ketika proses penyususan, hanya ibu dan anak akan merasai perkongsian kasih ini.


Bagi aku, yang bergelar seorang bapa, penyusuan ibu sebenarnya memainkan peranan penting dalam kehidupan. Setiap titis air susu ibu umpama sejuta kasih sayang ibu yang tidak ternilai harganya. Ia bukan sekadar air susu, tapi sebenarnya kasih dan sayang seorang ibu pada anaknya. Aku yang juga bergelar seorang anak, sangat berterima kasih pada ibu yang menyusukan pada di waktu kecil dahulu. Aku harap setiap titis air susu yang aku minum menjadi kekuatan dan keinsafan aku kepada ibuku, tak ternilai kasih sayangmu....




Wednesday, April 28, 2010

Lama tak nampak...mana tercampak

Lama sungguh aku rasa aku tak ber'blog', dan berbulan-bulan rupanya. Ada org tanya aku, "blog kau dah mati ker?"....hidup lagi, cuma xaktif,hehehe. Ayat cover line. Harap rakan-rakan tak marah aaaa....
Sibuk...itu la alasan yang selalu org bagi bila tak dapat melakukan sesuatu secara konsisten. Mungkin ianya benar, mungkin ia sekadar alasan untuk mengelak. Bagi aku, apa saja alasan yang diberi ia tetap menggambarkan kelalaian kita dalam melakukan sesuatu....
Aku akan cuba untuk update blog aku ni sekerap dan semampu mungkin, cuba untuk menjadi seaktif dulu.Walaupun semakin banyak perkara yang perlu diuruskan, kita harus cuba untuk mengurusnya dengan baik......apa-apapun...i will try my best..



Monday, December 07, 2009

KB Mall Runtuh ??? Biar Betul....

Aku rasa ramai yg dah tau pasal berita ni, mungkin berita yg korang dengar tu betul dan mungkin dah di tokok tambah bagi menyedapkan cerita. Namun di sini aku nak berkongsi berita ini serta keadaan yg berlaku sekitar Kota Bharu akibat kejadian ini. Sebab aku pun menjadi mangsa kejadian ni, tapi tak la sampai cedera.

Petang kelmarin aku telah ditugaskan untuk menghantar adik ipar aku yg duk study kat UTM Skudai untuk naik bas jam 8 mlm kat Stesen Bas Jln Langgar. Kitorang dah plan canteeekk, turun dari P.Mas jam 6, drive slow-slow maybe sampai jam 7 gitu kalu dicampur jem sikit-sikit. Aku dah bajet canteeeeek punya. Drive punya drive, sampai dekat Jambatan Sultan Yahya Petra ( yang selalu jem teruk time cuti sekolah ) aku tersangkut dalam jem (yg memang aku dah jangka). Jam time tu 6.30 ptg, ada sejam lebih lagi, takde masalah punya.

Tunggu punya tunggu, aku dah start rasa lain macam, mana taknya, dah setengah jam tak bergerak walau seinci pun. Tengok kat lane sebelah, kereta laju jer, ni mesti sesak teruk belah sana menyebabkan polis mengarahkan kereta keluar dari arah KB dalam 2 lane, jadi lane kitorang kena tutup lah. Memang dah biasa polis buat camni kalu dah sesak teruk.


Akhirnya kereta bergerak juga. Sampai belah sana jambatan, jem lagi, mak ai teruk gila ni. Tapi bergerak la jugak sikit sikit, last-last sampai la aku kat sebelah KB Mall. Gila ramai mat-mat motor dan orang ramai, ape hal ni? Tengah duk suspen ni, akak aku call, dia cakap KB Mall runtuh, kereta jatuh, ada yg cedera dan ada yg mati. Dia risau aku ada kat sana sebab hari tu aku ada cakap nak gi KB Mall. Runtuh????biar betul.

Dalam duk sesak-sesak tu sampai juga kami kat stesen bas yg berada dalam 500 meter dari KB Mall tu. Kami sampai sana dah jam 7.30, punya la teruk jem, biasa ambik masa 5-10 minit jer dari Pasir Pekan,tapi dah jadi sejam lebih. Kat sana macam-macam cerita kami dengar, antaranya...

" Bumbung KB Mall runtuh, kereta kat atas jatuh skali, 4 mati kena hempap"

" Ada kereta kat parking langgar tiang, terus KB Mall runtuh kat parking"

" kereta langgar dinding, terus tembus langgar orang kat dalam KB Mall"

" ada kereta start keta dalam gear, terus melompat langgar dinding, terus masuk eskelator"

dan yg paling aku tak bleh percaya skali...

" ada kereta buat stun dalam parking KB Mall".....giler.


Terus aku tengok dalam internet melalui handphone, hasilnya....lagi banyak sepekulasi, ada yg kata 4 mati, ada yg cakap 2 mati, dan yg paling aku terkejut ada yang cakap, driver kreta tu melarikan diri tanpa kecederaan setelah jatuh dari 3 tingkat, gile hebat....cepat betul berita spekulasi ni tersebar.Aku tak tau nak percaya yg mana satu. Baik aku balik rumah tengok berita.
Ni la dinding yg kena langgar

Siling kapur yg runtuh


Tersepit di celah eskelator di Ground Floor





Akhirnya berita sebenar keluar di dada akhbar dan TV pagi ni. Sebenarnya ada sebuah kereta yg parking di rooftop rosak. Drivernya perempuan, tukang tolaknya seorang lelaki, dan tukang tengoknya si adik pada driver. Tengah duk tolak tu, kereta tiba-tiba hidup terus hilang kawalan. Kereta tu langgar struktur dinding yang tinggi tak sampai semeter, yang bukan tujuan untuk menampung berat bangunan. Dalam dinding ni, ada la wayar-wayar, paip-paip dan jugak saluran aircond yg berada di atas siling kapur betul-betul atas eskelator. Kereta tu terus tembus dinding dan masuk, mana la siling kapur dapat tampung berat kereta. Siling kapur tu terus runtuh dengan kereta tu terus jatuh menjunam. Kesian kat student Masterskill ( bakal jururawat) menjadi mangsa. Sorang meninggal kat tingkat 3, dan sorang lagi meninggal dalma perjalanan ke hospital. Driver cedera parah, masuk ICU. Yang si adik terus lari balik rumah ketakutan, si yang tukang tolak lari ketakutan.

Ada beberapa lagi student Masterskill yang cedera. KB Mall di tempat diorang lepak-lepak dan membeli belah, sebab dia punya kelas kat bangunan seberang jalan jer. Kesian betul....kalu dah ketentuan Tuhan, kat mana-mana pun boleh mati. Al-Fatihah dan takziah kepada mangsa dan keluarga mangsa yang terlibat. Dan aku pun turut menjadi mangsa.....tanpa sebarang kecederaan. Sakit hati jer...sebab terperangkap dalam kesesakan lalulintas yang teruk. Seluruh bandar KB sesak teruk bermula jam 5.30 petang dan mulai reda jam 10.00 malam.

*nama-nama yg terlibat tidak dinyatakan, bagi menjaga maruah nama baik dan mengelakkan kekeliruan serta masalah-masalah lain






Saturday, October 03, 2009

Suasana Hari Raya

Salam untuk semua. Masih belum terlambat rasanya untuk aku mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua ahli keluargaku, sahabat-sahabat, kenalan-kenalanku, dan jugak para bloggers. Dikesempatan ini juga aku ingin memohon ampun dan maaf dari semua andai pernah melakukan kesilapan, yang kecil mahupun besar, Maaf Zahir dan Batin. Hari ni dah masuk separuh bulan Syawal, mintak maaf dari aku sebab dah lama tak update blog ni. Baru hari ni ada sedikit ruang untuk aku mengadap laptop, boleh la aku update sikit-sikit. Maklumlah sekarang ni dah makin hujung tahun, makin sibuk dengan kerja-kerja yang tak pernah dan tak akan siap. Lagipun sekarang ni sibuk dengan persediaan untuk PMR dan juga SPM.


Pertama kali beraya bersama Faris

Raya kali ni aku beraya kat kampung, belah pagi kat rumah famili aku dan masuk tengahari baru aku balik rumah belah wife aku, kira adil la tu. Lagipun jarak antara dua famili kami ni dekat jer, kalau naik kereta dalam 15 minit jer, so takde masalah sangat. Time bulan puasa hari tu pun asyik duk berulang-alik tiap-tiap hari, bagi adil.

Raya kali ni boleh di katakan meriah jugak la, sebab aku dapat jumpa semua ahli keluarga kecuali anak buah aku yang sorang tu KakShu kat yang duk study kat India. Adik aku selalu sibuk kat Johor pun sempat balik walaupun terpaksa balik ke Johor petang raya tu. Tapi dalam duk hepi beraya tu, aku terlupa nak ambik gambar banyak-banyak, entah la mungkin sibuk duk melayan si Faris kot. Gambar famili pun sikit jer.


Faris beraya dengan Tok


Ummi yang selalu duk melayan karenah Faris


Anak buah aku Ayie yang segak bergaya

Si Ayo.....lagak jurukamera yang amatur

Yaya and PokSe (posing untuk Ayo ambik gambar)

Inilah Hari Raya pertama Faris


Dalam ramai-ramai orang, Faris suka main dengan Yaya

Aku habiskan pagi raya pertama di rumahku, dan menziarah saudara-mara dekat-dekat rumah. Tengahari baru balik Pasir Mas, beraya kat sana pulak. Raya kedua aku beraya kat Pasir Mas sepenuhnya ( gambar lupa ambik). Raya ketiga balik ke Kutan sebab hari tu kami nak buat rombongan menyerang rumah kakak-kakak aku, hehehe. Mula-mula kami berkumpul kat rumah kakak aku yang pertama, Kak Nab kat Kubang Kerian, punyalah meriah kami melantak, hehehe. Kat sini aku letak la sikit-sikit gambar dari kamera aku yang murah ni.

Ini si Nini, Tuan Rumah merangkap penyambut tetamu,
pelayan, tukang hidang, tukang bancuh air dan sebagainya.

"Cik Su, tolong tambah lagi untuk yang kali ke 18" Kata Ayie
dengan penuh bersemangat.

Ayie dengan hidangan ke 18

Mira & Yaya

Arif sibuk membuli adiknya, Nasrul

Mak cukup gembira bila melihat famili kami berkumpul

Dua orang jurugambar dari majalah entahahapentah, sedang
sibuk mengadjust kamera diorang yang mahal.
[ Pok Se & Mat Yo]

"Satey dah habis ni....."
[Abg Dir, Kak Esah, Mat Wan]

"Korang semua ni makan atau melantak ni ?"
[ Mak & Kak Nor]

"Jangan risau, makanan banyak lagi kat dapur, nanti
tuan rumah tambah pulak ni " Kata dua orang iparku yang sedang
menanam hajat untuk hidangan seterusnya.
[ Abg Lan & Abg Dir ]

Gambar orang minum air pun nak ambik ke?
[ Mat Yo & Ayo ]


Lepas makan minum air pulak.
[ Abg Li dan Angah ]

Makan, makan ,makan dan makan.
[ Abg Dir, Su, Kak Yah, Iser ]



"Selagi Abah belum berhenti makan, anak-anak
jangan berhenti makan, ingat tu pesan Abah " Kata Abah kepada anak-anaknya.
[ Abg Li, Fahmi, Akma ]


Meriah sungguh makan-makan kat rumah Kak Nab hari tu. Lepas jer melantak kat situ, kami meneruskan aktiviti menyerang rumah Kak Nor. Rumah dia pun area Kota Bharu jugak, so kami ramai-ramai serang sana pulak. Sebab dah boring melantak satey, kuih raya, nasi himpit, pulut, rendang, dll kat umah Kak Nab, jadi Kak Nor hidang kami makan tengahari aje lah . Makan lagi la jawabnya........Tapi aku lupa nak ambik gambar, maybe sibuk duk melayan anak-anak buah aku. Belah malam pulak kami serang rumah Kak Yah kat Pasir Pekan pulak. Kali ni dia buat soto pulak. Takde kerja lain la jawabnya......makan lagi.

Itu lah sebahagian aktiviti time hari raya hari tu yang dipenuhi dengan aktiviti ziarah menziarahi dan makan-makan. Apa-apapun yang penting di bulan yang mulia ini, diharapkan persaudaraan kita akan semakin kuat dengan ziarah menziarahi, dan saling memaafkan antara satu sama lain, tidak kira antara adik beradik, saudara mara, sahabat handai, mahupun rakan-rakan yang jarang dan mungkin dah lama kita tak jumpa. Sama -samalah kita menjadikan bulan yang mulia ini sebagai pengukuh tali persaudaraan........Amin




disable click

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...