Thursday, January 29, 2009

Aku kena 'Tagged' ke sekian kalinya...

Aku dah lama dapat tag ni, dah berbulan-bulan dah, si n-Gee lah ni, gatal bagi tag kat aku. Takpe....kali ni aku jawab dalam versi special...versi kelantan. Mintak maaf lah kalau tak paham..

A. Attached or single?
Kawe kawin doh..anok baru satu.

B. Best friend?
Kawe ghamai saing, jate ko tino kawe tok kisoh, asal ikhlah nok saing

C. Cake or pie?
Duo-duo kawe make, tapi tok bgrehi......sekut tawar pun kawe make
D. Day of choice?
Nak-nak ari kawe bereh, tapi kalu ari cuti hok kawe paling suko skali....bleh brehat

E. Essential item?
Henset kawe lah, tapi lo ni ado bendo baru plok, broadband kawe..baru beli deh

F. Favorite colors?
Meroh sebab kawe minat liverpool, biru sebab mendamaikan......jiwang abis

G. Gummy bears or worms?
Gilo go nak make mugo nih, baik kawe make sekut tawa.

H. Hometown?
Wakaf Bharu, Tumpat, Klate

I. Favorite indulgence?
Maing internet, maing game, ambik gambar tapi kawe xdok kamera hok hargo maha hok buleh ambik gamba come

J. January or July?
Duo-duo kawe tok brgehi, baik bule 5...beday kawe

K. Kids?
Baru 1,insyAllah bertamboh nanti

L. Life isn’t complete without?
Kluargaku, biniku,anakku, dan saing2ku.

M. Marriage date?
5 Disember 2007.

N. Number of magazine subscriptions:
Dulu kawe ngumpul komik, tapi loni brenti doh, jaghe-jaghe kawe beli lah majalah

O. Oranges or apples?
Epol lah, hok hija lagi beh.

P. Phobias?
Dulu kawe tok leh ngan pompuan, gabra abis....lo ni xpo doh..hehehe

Q. Quotes?
Not looking for love nor friendship, just hoping for something that last forever

R. Reasons to smile?
Ado mulut kenolah senyung, senyung tu satu sedekoh

S. Season of choice?
Mestilah rayo....balik kampung weh

T. Tag 5 people.
1.sarjan yo
2.shu supian
3.imayu05
4. liewani
5.sape2 yang bukak blog ni..

U. Unknown fact about me?
Kawe ni sebenarnyo panah baran.....tapi jarang sangat lah
V. Vegetable?
Tok kiro gapo, kawe memang suko ulam cicah budu

W. Worst habits?
Selalu jah menangguh2 kerjo, lepah tu kalut malut, tapi last-last siap jugok.....

X. X-ray or ultrasound?
ultrasound, bleh tgk dalam baby dlm perut, tapi bukan perut kawe lah, perut istri ehehe..

Y. Your favorite food?
asalkan yang halal dimakan,aku blasah jer....kecuali kayu, besi, dan seumpama dengannya...

Z. Zodiac sign?
Ntah, Taurus kot? kawe tok caro sgt mugo nih..

Haduh......setel jugok akhirnyo, jange lupo member2 jawab ek.....just having fun

Wednesday, January 28, 2009

Aku d'Tagged' oleh KakShu...

Dah lama aku dapat tag ni, dah lama aku nak jawab tapi ada je alasannya nak mengelak. Apa apapun aku cuba sebaik mungkin....

1. 5 ciri lelaki/wanita idaman anda (5 characteristics of your dream guy/girl):*cute/comel
*bertanggungjawab dan bermaruah
*sanggup menerima teguran ikhlas aku
*tidak lupa akan asal-usul dan agama
*menerima aku seadanya dan faham dengan karenah dan jiwa aku

2. 5 ciri lelaki/wanita yang tak pernah anda minati (5 characteristics of guy/girl that you never like):
*boros
*banyak bercakap daripada bertindak
*pantang ditegur
*seksi yang amat
*getik

3. 5 perasaan anda sekiranya keluar dengan orang yang diminati (5 feelings you'd feel when you go out with the one that you like):
*gelabah
*hati ku berbunga..hehehe
*waaah..bangganya
*Alhamdulliah....akhirnya
*bila lagi bleh kluar??

4. 5 tempat istimewa yang ingin dilawati bersama pasangan anda (5 places you wanna visit with your partner):
*balik kampung laaa
*Kundasang-Ranau (untuk ke sekian kalinya)
*Simpang Mengayau - Tip of Borneo
*Tempat-tempat yang indah, jauh dari kesibukan kota
*Makkah...InsyaAllah

5. 5 barangan/sesuatu istimewa yang akan anda hadiahkan kepada si dia (5 special things you'd give him/her):
*kasih sayang
*tunjuk ajar dan panduan
*kesetiaan
*perlindungan
*kegembiraan

6. 5 tajuk lagu yang akan anda nyanyikan untuk pasangan anda (5 songs you'd sing to your partner):
*Iris, Ratuku -Awie
*Itu Kamu - Estranged
*Lelaki Ini, Ketulusan Hati - Anuar Zin
*Sampai Syurga - Faizal Tahir
*Permata Untuk Isteri - Kopratasa

7. 5 rakan yang anda tag dan mahu mereka buat 5 perihal ini.WAJIB!!Mereka perlu diberitahu akan hal ini (5 friends that you tagged.A MUST!!They have to be informed of this):
*yo
*Gee
*Dila
*imayu05
*sape2 yang baca blog aku
Akhirnya......dapat jugak aku selesaikan, harap korang juga tak menghampakan......Just having fun...:-)

Tuesday, January 27, 2009

Abang Aku Selalu Buat....

Pada suatu hari, adalah dua orang rakan karib menaiki keta. Keta itu dipandu dgn lajunya...setibanya di satu Traffic Light, kelihatan lampu traffic light berwarna Merah. Si pemandu nie tadi dengan selambanya memecut tanpa menghiraukan lampu merah tadi.

Kawan kat sebelah dia cemas gila lalu bertanya.
"Hei mat kau tak nampak ke lampu Merah tadi?!!"
Mamat menjawab
"Jangan takut abang aku selalu buat".

Selang beberapa kilometer keta ini tiba di satu traffic light, lagi lampu traffic light itu Merah. Tanpa segan silu Mamat memecut laju. Kali nie member Mamat tadi lagi bertambah cemas gila-gila-gila babi lalu memarahi si Mamat tadi.

"Lagi sekali kau buat macam tu aku nak turun tak kira!!!!"
Mamat dgn selambanya menjawab
"Jangan takut abang aku selalu buat"

Selang beberapa kilometer, keta nie sekali lagi tiba di satu traffic light. Secara mengejut Mamat memberhentikan ketanya dgn diikuti kokokkan tayar "SKREET......".

Member mamat nie terus berkata,
"Hei! Mamat, kau dah gila ke? kan lampu traffic light tu Hijau"
Nak tau apa yang si mamat nie jawab............

"Aku takut abang aku akan lalu jalan yang satu lagi..." ( giler.....)

Saturday, January 24, 2009

Indahnya Bahasa....

Untuk sesape yang nak belaja loghat kelantan atau yg ade hajat nak kahwen dgn org kelantan..baik blajar kalu x..pening ppalo..heehehe..:P

Ada cerita di sebuah sekolah rendah di luar Kelate yg guru besarnya orang Kelate. Satu hari budak-budak ternampak ular. Jadi kata cikgu,"cepat-cepat lah katok". Budak-budak pun heran dan jawab balik, "bukan katak cikgu, tapi ular." Hmmmm konpius... Katok =pukul, balun, hentam

Vocabulary :
Bokbong - spesis musang
Ttuyup, puting beliung - pepatung
Pok Kor - spesis mengkarung
Ike Kkhonge - ikan cencaru
Gelenyar,Gletah = mengenyam, getik
Supik Gelenyar - plastik bag (yang nipis tu.)
Buah Topoh = sejenis spesis buah epal (diambil dr perkataan Arab "tuffah" = epal)
Gaduh, bbaloh = kelahi
Ggaduh = nak cepat (double `G' means sabdu)
Saka = gula (sekarang sudah jarang digunakan oleh generasi baru)
Bekwoh = kenduri (mungkin berasal dari big work)
Tohok = buang
Ghohok = susah, payah

SIAK DUK GGOBAR = Jangan risau.. Don't worry, be happy!!!
WAK GGOGHI = Bagi memulakan sesuatu.. to start with.
DEKPONG GAK EH = Kalau ya pun
Jjughuh = baik (jjughuh budok tu = baik budak tu)
Kelaghing = kesat/not smooth (kulit kelaghing = skin not smooth enough)

Kelantan + English?? = "Kelantalish"
Contoh: POZEK (deposit),
RIZAT (1.result 2. reserved),
NNEJA (manager),
ISTEK (estate),
SUWIH (switch),
STATAR (starter kat lampu kalimantang)
STATING (pedal basikal)
SAKSOBAR = Absorber
MERKET (market), dll...

Kata penguat dlm bahaso Klate pun boleh tahan menarik:
manis LLETING
masin PPEGHAK
pahit LLEPE
mase PPUGHIK
tawar EBER / LEMBAR
putih SSUEH / LEPPOR
hite LLEGE
biru KKETO
kuning NNEHE
kenye BBONYAH
comel LLOTE
gemuk DDEBOK
busuk BANGA
hapok KOHONG / BENNGE

Ada beberapa "bunga bahasa" dalam loghat kelantan yang unik.. Antaranya:
YAK = lebih kurang "opocot!!!" atau "oops!!"
DEH? = memohon restu atau persetujuan...lebih kurang "OK?",
GAK = lebih kurang "habis tu.." atau "so.."
PAH? = lebih kurang "GAK"
HO(bunyi naik ke hidung sikit ) = "ya lah.." atau "yes"
DOCK? = lebih kurang "bu(kan)?", "betul tak?" atau "isn't it?"

Seperkara lagi, ada diantara perkataan dalam penggunaan biasa loghat Kelantan yang membawa maksud yang berbeza dalam loghat yang lain dan boleh mengelirukan, atau sekurang-kurangnya tak manis didengar pengertiannya di dalam loghat tempat lain... Yang popular digunakan antaranya:

CEBOCK : kita maksudkan 'cedok', selalunya untuk cecair, mencedok air. Banyak tempat sebelah pantai barat membawa maksud "basuh b***k" (istinja).
PPATAK : kita maksudkan 'paling bawah'. Mencarut bagi mereka...
JEBUR : kita maksudkan 'botol' (kurang popular sebenarnya, tapi org tua-tua masih guna perkataan ni...) Kalau silap dengar, lain maksudnya.
KOTER : kita maksudkan "kelapa tua yang kering tak berair" (ingat slogan CAWAT KOTE?) di kebanyakan tempat, ianya mencarut juga!!
TTINO : kita maksudkan 'perempuan' tapi bila sebut BETINA, ramai yang marah.(begitu juga JATE...)
AIR TUAK : kita minum di bulan puasa, buat berbuka!!! Bagi orang luar, TUAK adalah Haram (sama taraf dengan TODI & ARAK...)Yang fresh & manis tu dipanggil NIRA.
NNATE : kadangkala "simbol" kemesraan antarakawan...cuba direct translate jadi BINATANG... Boleh bergaduh nanti...
SUKU SAKAT : bagi kita,bermaksud "tidak kena mengena", bagi org KL, ia bermaksud "kaum kerabat" contradict betul!!!


Biasanya perkataan yang berakhir dengan `an','am','ang' diganti dengan `e'.
cth :
Jangan=jange
Lengan=lenge
Geran=gere,
ikan = ike
Makan=make
Pisang=pise
Paham=pehe
Malam=male
BUT NEVER NEVER & NEVER apply this formula on words like pelam(mangga) & pelan.

Akhir sekali, peranan "SABDU" dalam loghat Kelantan. Begitu besar dan boleh membezakan langit dengan bumi.
- Sekadar contoh, Tanpa 'sabdu' orang boleh patah gigi kerana MAKAN KANTIN, sepatutnya disebut MAKE KKETENG (eating at the canteen)!!!
- Atau salah faham antara ikan dan kucing, siapa makan siapa. IKE MAKE KKUCING (ikan telah dimakan oleh kucing)
- Atau salah faham antara TAK PAKAI (not wearing) dengan TOK PPAKA (useless).
- Atau keliru diantara KECEK(tipu) dengan KKECEK (bercakap)

so itula tutorial kite ttg bhs kelantan...i enjoy it very much..hope u too...

Thursday, January 15, 2009

Olahraga SMSFX ke 48 - Suburkan semangat kesukanan





Tanggal 13 dan 14 januari 2009, akhirnya acara yang dinanti-nantikan oleh seluruh warga SMSFX menjelma. Kejohanan Olahraga Tahunan kali ke 48 SMSFX berlangsung di Kompleks Sukan Keningau selama 2 hari, dan berlangsung cukup meriah.

Pelajar-pelajar berjuang dalam acara-acara yang dipilih oleh mereka sendiri, tapi ada juga yang terpaksa. Bukan apa, kena paksa olah guru penasihat Rumah Sukan. Bukan saja-saja paksa sebenarnya, ini sekurang-kurangnya memberi peluang kepada pelajar untuk cuba menengahkan bakat yang mungkin terpendam selama ini. Mungkin juga untuk memberi peluang kepada mereka untuk turut sama melibatkan diri dalam program yang sihat sebegini. Disamping itu, dapatlah jugak memeriahkan lagi kejohanan ini, walaupun tak menang, yang penting semangat juang.....

Seperti biasa, semangat kesukanan ditunjukkan oleh setiap pelajar, yang mengambil acara mahupun yang tukang sorak. Tak menang pun tak apa, yang penting semangat juang dan semangat ingin mencuba. Ini aku dapat lihat dalam sesetengah acara, ada kejutan yang berlaku. Bukan AF je ada kejutan, olahraga pun ada kejutan. Ada peserta yang dah jadi ’feberet’ bagi sesuatu acara tapi kecundang, pingat pun tak dapat, walhal pernah mewakili sekolah sampai ke peringkat negeri. Ada juga yang baru first-timer, kira baru nak cuba, sama ada sukarela atau paksarela, tapi hasilnya........pingat emas, siap kalahkan juara bertahan lagi.

Perkara sebegini yang harus pelajar lihat secara mendalam. Ramai dikalangan pelajar yang sebenarnya berpotensi, tetapi tidak berjaya menggunakan potensi sebaik mungkin. Mungkin mereka segan, tak kurang juga yang tiada keyakinan diri. Ini lah sebahagian peranan daripada peranan guru, mengesan dan memberi peluang kepada setiap pelajar dalam mengenengahkan bakat dan potensi yang ada. Tapi ini semua mustahil berlaku andai kata pelajar itu sendiri yang tidak bermotivasi dan segan dalam segala aspek. Bak kata pepatah, kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya......

Kejohanan olahraga ini berlangsung dengan meriah, dan akhirnya melabuhkan tirainya pada petang 14 januari. Rumah Hijau dinobatkan sebagai Juara keseluruhan dengan 29 pingat emas dan Rumah Biru sebagai Naib Juara dengan 28 pingat emas. Kemenangan yang tipis, hampir sahaja Rumah Biru mengalahkan Rumah Hijau. Sebenarnya aku adalah salah seorang guru penasihat Rumah Biru merangkap jurulatih dan bertanggungjawab dalam pemilihan atlit, kira kecewalah jugak sebab hampir-hampir menjadi juara kalau bukan disebabkan oleh pembatalan kemenangan kaurtet 4x400 kami, sayang sungguh.....

Guru-guru pun ada acara khas sebagai acara penutup kali ini, acara 8x50m yang melibatkan 4 guru lelaki dan 4 guru perempuan dari setiap rumah sukan. Punya lah meriah, bersorak sakan pelajar-pelajar menyaksikan kehebatan guru menunjukkan bakat dalam sukan....hebat ke? Bukan apa, ingin berkongsi kemeriahan bersama pelajar-pelajar.

Apa-apa pun, menang dan kalah adalah adat pertandingan. Yang menang cabarannya adalah untuk mengekalkan kejuaraan, dan yang kalah cabaranya adalah untuk berusaha untuk mencapai kejuaraan. Kalah-menang adalah perkara kedua, yang penting adalah semangat kesukanan yang ditunjukkan disamping, semangat juang dan yakin diri serta kerjasama dalam menjayakan sesuatu perkara secara bersama. Di harapkan juga kehebatan atlit-atlit ini bukan sekadar di gelanggang sendiri, seharusnya turut sama hebat di peringkat yang lebih tinggi, di peringkat daerah dan di peringkat gabungan mahupun di peringkat negeri. Jangan sekadar menjadi Jaguh Kampung, hanya hebat di laman sendiri.......

disable click

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...