Friday, August 03, 2007

Bila Langit Mendung... hujan pun turun...

Sedikit renungan unutk kita bersama......

Bila langit mula mendung, kekadang terdengar bebelan orang-orang disekeliling kita, "Cuaca buruk je akhir-akhir ni ye.." Soalnya, kenapa hujandikatakan cuaca buruk?Berapa ramai di kalangan kita yang mengeluh bila hari hujan?

- Iskk, tak kering la baju kalau asyik hujan je..
- Alahai, hujan laaagiiii
- Tiap-tiap hari hujan...susah la mcm ni
- Payah nak buat apa2 kalau hujan
- Tak boleh balik lagi, hujan!

Bukankah bebelan-bebelan itu lebih baik digantikan dengan doa : "Allahummasyaiyiban nafi'a" (Ya Allah, Ya Tuhan kami! Jadikan hujan ini bermanfaatbuat kami).

Hakikatnya, hujan itu rahmat."Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu,kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajarandaripadanya)." (Al-A'raf : 57)

Sebenarnya hujan terlalu banyak manfaatnya.
1. Membersihkan udara
2. Menyubur tanaman
3. Membekal air ke empangan

Ini sikit sahaja senarai kebaikannya. Ada banyak lagi.
Kenapa orang selalu "bad mood" bila hujan?"Hujan tidak, mendung pun tidak, tiba-tiba je bermuram ni..?" Macam biasadengar ayat tu kan?
Seolah-olah sinonim sungguh hujan dengan suasanamuram/tak best. Kesian hujan.Sedarkah kita? Bila hujan turun, rahmat dilimpahkan buat manusia. Sebab itu, Nabi pun pernah pesan, bila hujan turun, doa mustajab.
Sekarang ini, di tempat kita hampir tiap-tiap hari hujan. Tiap-tiap hari ada masa untuk doa menjadi mustajab. Kenapa lepaskan peluang dengan keluhan sia-sia di saat pintu-pintu langit sedang terbuka?

"Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah" (al-Qamar : 11)

Maka, BERDOALAH. Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Dan semoga, hari esok akan lebih baik. Dalam ilmu tasawwuf dan ilmu-ilmu fardhu Ain lain pun ada juga mengingatkan kita tentang kebijaksanaan Allah.

Lihatlah firman Allah yg bermaksud : "Dan Kami turunkan hujan dari langitdengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi;dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya." (Al-Mukminun :18)

Rupa-rupanya Allah turunkan hujan ADA SUKATAN. Baru hari ini kita tahu,bahawa Allah turunkan hujan lebat kepada kita sekarang ini ada sebabnya,ada sukatannya. Kemudian, air itu akan disimpan di bumi. Selama mana? Itu semua rahsia Allah.

"Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air dan pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian kami berikan kamu meminumnya; dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau)menyimpannya." (al-Hijr : 22)Semoga ada iktibar untuk peringatan kita."Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit dan bumi dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlahkepadaNya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yangkamu lakukan." (Surah Hud : 123)

Monday, December 18, 2006

Harta dan anak-anak ujian dari Allah

Assalamualaikum.....sedikit renungan dari maksud Al-Quran. Semoga bermanfaat.

DAN ketahuilah bahawa harta benda kamu itu hanyalah menjadi ujian dan sesungguhnya di sisi Allah s.w.t. jualah pahala yang besar.(al-Anfal: 28)
Huraian :
Antara ujian-ujian yang Allah s.w.t. berikan kepada orang-orang yang beriman ialah harta benda dan anak pinak. Allah s.w.t. mengetahui antara kelemahan manusia melalui kecintaan kepada harta kekayaan dan anak-anak. Oleh sebab itu Allah s.w.t. mengingatkan supaya berwaspada terhadap kurniaan harta kekayaan dan anak-pinak kepada mereka yang mana semua itu adalah bertujuan untuk menguji kewibawaan dan kecintaan kepada Allah s.w.t. dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai hamba Allah s.w.t. mengatasi segala-galanya.
Melalui ujian tersebut, Allah s.w.t. mahu melihat sejauh mana orang-orang beriman bersyukur dan menunaikan hak serta kewajipan mereka walaupun terlalu sibuk mencari harta benda dan membesarkan anak-anak. Allah s.w.t. melarang manusia melakukan khianat kepada-Nya, Rasul-Nya dan amanah-Nya disebabkan kecintaan kepada anak-anak dan harta benda.
Kesimpulan :
Allah s.w.t. melarang keras melakukan khianat terhadap-Nya dan rasul-Nya namun Allah s.w.t. juga mengingatkan kepada golongan mukmin supaya berhati-hati dengan kemewahan dunia dan anak-anak. Sesiapa yang berjaya dengan ujian tersebut maka Allah s.w.t. akan mengurniakan suatu ganjaran yang amat besar di akhirat yang mana ia digambarkan sebagai suatu kejayaan yang sempurna dan kemuliaan yang tinggi.
Dipetik daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Saturday, December 16, 2006

Hati dan Perasaan

Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut. Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita.
Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami. Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang. Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.
Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum. Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar.
Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia. Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang.Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.
Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka. Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka.
Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan kemesraan dan berakhir dengan tangisan. Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam. Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis. Sampaikan pada sebanyak mana orang yang tersayang,tanda peringatan anda pada mereka...

Thursday, December 14, 2006

Teralu Istimewa

Ku tak tergambar wajahmu
Sinar mata itu
Lirik senyumanmu
Pesona yang membelai
Wajahmu bercahaya
Memberi bahagia
Tiap yang memandang
Hati jadi salju

(Korus)
Kau terlalu istimewa
Kasih dan sayangmu terpancar
Seikhlas tiada batasan
Terus membara
Terkilan rasa jiwa
Ingin ku lihat mu dewasa
Apa daya
Tuhan lebih menyayangimu

Ku pasti kau berbahagia
Duduk di sampingnya
Mendengar cerita
Sekadar rahsia

(Ulang korus)
Tak tertanggung rindu…
Mendengar suaramu…
Tawa mengusik jiwa…
Oh…

My Opinion: Sebuah lagu yang cukup istimewa...cukup indah dari segi melodi dan lirik indah. Dikuatkan lagi dengan vokal penyanyi yang tak perlu dipertikaikan lagi mutu suaranya. Lagu ini juga sebenarnya berkisar daan berdasarkan peristiwa ngeri yang berlaku kepada adik nurul huda yang tidak berdosa meninggal akibat diperkosa dan dibunuh. Dengan sedikit senitimen ini lagu ini berjaya memikat hati pendengar. Kerana bukan senang nak cari penyanyi yang mantap vokalnya, kalau siti nurhaliza tu memanglah, ditambah pulak dengan pakej yang lengkap, tapi adibah noor ???tepuk dada, korek telinga.....
The Guide for Add Math Project Work F4 : SHEEP PEN

Solution

a.) Using length and width
A = 1400

b.) Method 1 : Using Calculus (differentiation)

Method 2 : Graphical Method
From (b) : A =
Construct table x=40, 41, …, 49, A=
Plot graph area A versus Length x
Construct table x= 44.5, 44.6, …, 45.5, A=
Plot graph area A versus Length x

From both table and graph, area is maximum when x=45, so y =

Method 3 : Completing the Square

c.) (i) ………….
………….

(ii) Method 1 : Using Calculus (differentiation)

Method 2 : Graphical Method
From (c) A =
Construct table x = 25, 26, ……, 35, A =
Plot graph Area versus Length
Construct table x= 29.5, 29.6,….., 30.5., A=
Plot graph Area versus Length

From both table and graph, area maximum when x=
Thus, enclosed area is maximum when length = 22.5m, and width = 30m

Method 3 : Completing square method

d.) …………….
y =
so area A =


Method 1 : Using calculus (differentiation)

Method 2 : Graphical method
From (d) , A=
Construct table x= 20.0, 2.5, ….24.5, A=
Plot the graph area versus length
Construct table x= 22.1, 22.2, …. 23.0, A =
Plot the graph area versus length

From the both table and graph, total maximum area is 1012.5

Method 3 : completing square

Further investigation

1 Rectangular sheep pen
Length =
2 Rectangular sheep pens
Sum of length =
3 Rectangular sheep pens
Sum of length =

By induction , sum of length n rectangular sheep pens =

Total area, A=

disable click

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...