Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk memohon untuk mengikuti program pengajian peringkat diploma dan diploma lanjutan di Politeknik KPT bagi sesi Jun 2013.
Pengambilan pelajar ke Politeknik KPT diadakan 2 kali setahun. Pengambilan pertama di pertengahan tahun manakala pengambilan kedua di hujung tahun berkenaan.
Politeknik KPT menyediakan tempat pengajian untuk lulusan Diploma Politeknik KPT, lulusan SPM, lulusan Sijil Politeknik KPT, lulusan Sijil Kolej Komuniti KPT, lulusan Sijil Institut Kemahiran Tinggi PERDA, lulusan Matrikulasi KPM dan lulusan Institut Pertanian Malaysia.
Kategori Politeknik
Politeknik dibahagikan kepada 3 kategori :
- Politeknik Premier Program pengajian untuk melahirkan graduan yang berinovatif sebagai peneraju industri dan kebolehpasaran tinggi.
- Politeknik Konvensional Program TVET yang akan melahirkan pekerja berkemahiran dan berpengetahuan tinggi.
- Politeknik METrO Fokus kepada program pengajian yang berasaskan bidang perkhidmatan.
Senarai Program & Syarat Permohonan
Senarai program yang boleh dipohon dan syarat kemasukan yang diteteapkan adalah berdasarkan kelulusan pemohon;
- Untuk lulusan SPM (Politeknik Premier)
- Untuk lulusan SPM (Politeknik Konvensional & METrO)
- Untuk lulusan Sijil Politeknik KPT
- Untuk lulusan Sijil Kolej Komuniti KPT
- Untuk lulusan Institut Kemahiran
- Untuk lulusan Diploma Politeknik KPT
- Untuk lulusan Kolej Matrikulasi KPM
Cara Permohonan
Permohonan ke Politeknik terbahagi kepada 2 kategori.
Permohonan Melalui UPU
- Permohonan melalui UPU ini bagi pemohon lepasan SPM dan setaraf.
- Permohonan perlu dibuat secara dalam talian melalui Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
- Lepasan SPM boleh memohon 13 pilihan program pengajian melalui 1 nombor UNIK ID iaitu 8 pilihan program Politeknik Premier dan 5 pilihan program Politeknik Konvensional & METrO.
- Sila rujuk
- Permohonan Kemasukan Ke IPTA / Politeknik Premier Lepasan SPM Sesi Akademik 2013 / 2014, ada 8 pilihan program.
- Permohonan Kemasukan Ke TEVT / Politeknik / ILKA Lepasan SPM & SKM Sesi Akademik 2013 / 2014, ada 5 pilihan program.
- Borang Permohonan UPU
Permohonan Melalui Politeknik
- Permohonan terus ke Politeknik adalah untuk pemohon berikut :
- Lulusan Sijil Politeknik KPT
- Lulusan Sijil Kolej Komuniti KPT
- Lulusan Institut Pertanian Malaysia
- Lulusan Institut Kemahiran Tinggi PERDA
- Lulusan Diploma Politeknik KPT
- Lulusan Kolej Matrikulasi KPM
- Permohonan perlu dibuat secara dalam talian melalui Bahagian Pengambilan Pelajar, Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
- Sila rujuk laman web Politeknik.
- Borang Permohonan Melalui Politeknik.
Tarikh Tutup
Permohonan kemasukan ke Politeknik KPT sesi Jun 2013 akan ditutup seperti berikut:
- Untuk lulusan Diploma Politeknik pada 31 Mac 2013.
- Untuk lulusan SPM, lulusan Sijil Politeknik KPT, lulusan Sijil Kolej Komuniti KPT, lulusan Institut Pertanian Malaysia, lulusan Institut Kemahiran Tinggi PERDA dan lulusan Kolej Matrikulasi KPM pada 15 April 2013.
Maklumat
- Sila rujuk iklan permohonan Politeknik Sesi Jun 2013.
- Pemohon juga digalakkan datang ke Karnival Pengajian Tinggi Negara 2013untuk bertanya dengan wakil dari Politeknik berkenaan kursus yang diminati.
- Sebarang pertanyaan berkenaan kategori Permohonan Melaui UPU boleh menghubungi UPU melalui Talian Hotline 03 8870 6767 atau Talian Am 03 8870 6755/ 6766 atau e-mel : upu@mohe.gov.my atau layari laman web UPU.
- Sebarang pertanyaan berkenaan kategori Permohonan Melalui Politeknik boleh menghubungi Jabatan Pengajian Politeknik melalui talian 03-8891 9240 Faks : 03-8891 9319 atau e-mel : polyintake@mohe.gov.my atau layari laman webPoliteknik.
- Sumber : eputra.com