Sunday, September 23, 2012

Permohonan Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh & Sekolah Kawalan 2013


Permohonan kemasukan para pelajar Darjah Enam ke Tingkatan Satu di Sekolah Berasrama Penuh – SBP dan Sekolah Kawalan Kementerian Pelajaran Malaysia dan kemasukan para pelajar Tingkatan Tiga ke Tingkatan Empat di Sekolah Berasrama Penuh telah dibuka mulai 15 September 2012.
Permohonan ke Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kawalan disediakan oleh Bahagian Pengurusan Maklumat dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian dan Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Cara Memohon SBP & Sekolah Kawalan

Permohonan SBP & Sekolah Kawalan
  • Pelajar Darjah 6 atau Tahun 6 yang telah menduduki UPSR 2012 boleh memohon Sekolah Berasrama Penuh – SBP atau Sekolah Kawalan.
  • Pelajar Tingkatan 3 yang akan menduduki PMR2012 hanya boleh memohon SBP sahaja.
  • Permohonan perlu dibuat secara online melalui Aplikasi Permohonan ke SBP dan Sekolah Kawalan.
  • Pastikan maklumat yang dimasukkan adalah betul kerana pengemaskinian tidak boleh dibuat setelah cetakan dibuat.
Tarikh Tutup
Permohonan ke Sekolah Berasrama Penuh – SBP dan Sekolah Kawalan bagi sesi 2013 akan ditutup pada 31 Oktober 2012.

Maklumat.

  • Sebarang pertanyaan boleh juga diajukan kepada Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Aras 3, Blok 2251, Jalan Usahawan 1, 63000 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan atau telefon 03 8321 7400 atau faks 03 8321 7403/ 7402.
  • Pertanyaan boleh juga dibuat melalui Talian Khidmat Pelanggan KPM di 03 7723 7070 atau emel kpkpm@moe.gov.my

disable click

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...