Wednesday, December 21, 2011

Keputusan Permohonan Tingkatan 1 KRK 2012

Para pelajar lepasan UPSR 2011 yang ada membuat permohonan kemasukan ke Tingkatan Satu Kelas Rancangan Khas (KRK) 2012 sudah boleh menyemak keputusan permohonan mereka.

Kelas Rancangan Khas - KRK

Semakan Keputusan Permohonan Tingkatan 1 KRK

  • Semakan boleh dibuat di laman web Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) atau menghubungi Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) yang berkenaan atau sekolah asal pemohon.
  • Angka giliran UPSR diperlukan untuk membuat semakan.

Rayuan Tingkatan 1 KRK

  • Mereka yang gagal mendapat tawaran boleh membuat rayuan dengan menggunakan borang rayuan yang disediakan.
  • Semua borang rayuan perlu dihantar ke Pejabat Pelajaran Daerah yang berkenaan.
  • Tarikh akhir menghantar borang rayuan adalah pada 12 Januari 2012.
  • Jika pemohon tidak dihubungi dalam tempoh sebulan dari tarikh tutup rayuan, maka permohonan rayuan dianggap gagal.

Surat Tawaran Tingkatan 1 KRK

Surat tawaran untuk semua calon yang berjaya boleh diperolehi di sekolah asal (Sekolah Kebangsaan) pemohon. Sila hubungi sekolah asal pemohon untuk maklumat lanjut.

Senarai Jabatan Pelajaran Negeri

Berikut adalah pautan ke laman web Jabatan Pelajaran Negeri (JPN);

Maklumat

  • Tarikh dan maklumat di atas mungkin ada perbezaan di antara JPN.
  • Jika terdapat sebarang pertanyaan mengenai keputusan permohonan Kelas Rancangan Khas ini sila berhubung dengan sekolah pemohon atau Jabatan Pelajaran Negeri atau Pejabat Pelajaran Daerah yang berkenaan.

sumber : eputra.com

Thursday, December 15, 2011

Keputusan Permohonan Kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Tingkatan 1 2012

Keputusan Permohonan Kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 1 2012

Para pelajar UPSR 2011 yang ada memohon memasuki Tingkatan 1 2012 di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Kementerian Pelajaran Malaysia sudah boleh menyemak keputusan permohonan mereka secara online.

Keputusan Permohonan SBP

Semakan Permohonan SBP Tingkatan 1

e-Rayuan

  • Manakala bagi yang tidak berjaya mendapat tempat, boleh membuat rayuan secara online.
  • Laman web untuk membuat rayuan kemasukan ke Tingkatan 1 SBP 2012 adalah di Sistem e-Rayuan Ke SBP Tingkatan 1 Sesi 2012.
  • Permohonan e-Rayuan ke SBP ini akan ditutup pada 5 Januari 2012.
  • Keputusan rayuan tertakluk kepada kekosongan tempat yang ada setelah proses pendaftaran murid yang menerima tawaran.

Maklumat

disable click

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...