Presidennya, Hashim Adnan, berkata pihaknya menerima maklumat ada guru di sebuah daerah di negara ini yang dipaksa membayar yuran PSKPP, seolah-oleh ia wajib dan diberikan surat tunjuk sebab jika gagal berbuat demikian.
"Ini adalah perbuatan melampaui batas kerana guru tidak boleh dipaksa untuk membayarnya kerana ia hanyalah berbentuk sumbangan dan bukannya suatu bayaran wajib."
"Kami menerima aduan ada Pegawai Pelajaran Daerah (PPD) tertentu yang memaksa guru membayar wang berkenaan dan diugut dengan surat tunjuk sebab jika gagal berbuat demikian. Ada juga kes di satu daerah PPD bertindak mendedahkan maklumat mereka yang enggan memberikan sumbangan dengan mengedarkan salinan penyata gaji, nombor kad pengenalan dan nama guru terbabit kepada seluruh sekolah."
Hashim berkata, ramai guru tidak mahu menyumbang kepada PSKPP kerana mereka meragui ketelusan pengurusan wang yang mereka sumbangkan kerana aktiviti yang dijalankan tidak memadai dengan jumlah dana dimiliki persatuan itu saban tahun.
"Guru tiada masalah untuk membayar antara RM3 dan RM5 setiap tahun, asalkan wang berkenaan diuruskan dengan telus dan berhemah."
Difahamkan selain guru, PSKPP turut dianggotai kakitangan bukan akademik Kementerian Pelajaran termasuk kerani, pemandu, pembantu makmal dan staf sokongan.
Sumber: Berita Harian 25.10.2010
AJAI05 :
Terlibat sama dengan kes ini. Aku pun sangsi dengan perbelanjaan hasil daripada kutipan yuran ini. Kutipan yuran dibuat memang secara paksaan, tiada yang terkecuali, yang jelas bukan semua yang mendapat manafaat hasil dari kutipan yuran tersebut, hanya segolongan yang yang merasainya dan sebahagia sahaja hadir pada majlis makan malam yang diadakan di mailto:hotel@golf%20club. Adakah di sini sumbangan itu digunakan?
Pada aku walaupun yuran yang dikenakan tidak seberapa besar jumlahnya, namun cara kutipan itu kurang adil dan kurang sesuai. Dan yang penting, hasil sumbangan itu harus jelas dan dapat dirasai serta dilihat sebahagian besar penyumbang ke arah yang jelas dan telus. Kesangsian dikalangan penyumbang mesti dilihat sebagai perkara yang harus diperhalusi.
Kepada yang turut terlibat.......APA KOMEN ANDA?