Kekuatan dan kehebatan Spain terletak pada hantaran dan permainan mereka. Kekuatan yang amat ketara bagi mereka adalah jentera tengah yang menjadi nadi kepada semua hantaran hantaran kemas dan licik dikalangan pemain mereka.
Penjaga gol hebat dan berpengalaman, Iker Casilas selaku kapten pasukan mampu menjadi contoh dan perangsang kepada pasukan. Sepanjang kejohanan ini, semua kemenangan Spain banyak bergantung kepada Casilas, beliau banyak menepis dan menghalang percubaan lawan. Pujian harus diberikan kepadanya.
Penyerang prolifik Spain, David Villa sudah membuktikan kehebatanya di pentas dunia. Penyudah berbisa ditunjukkan sepanjang kejohanan di samping ketenangannya ketika cuba melepasi benteng pertahanan lawan. Fernando Torres yang cukup digeruni lawan juga tidak kurang hebatnya, kebolehannya membuat larian pantas dan menembusi pertahanan dengan kelicikannya hanya menunggu masa untuk mendapat sentuhan jaringannya. Seperti Kejohanan Eropah Euro 2008, Torres tidak banyak melakukan jaringan namun kehadirannya mampu mengkucar-kacirkan lawan sekaligus membantu rakan pasukan menjaringkan gol, dan di Final Euro2008 jugalah Torres menunjukkan ketajamannya dengan jaringan kemenangan. Pedro juga yang tanpil selaku pemain gantian juga nampak yakin dengan sentuhan, hantaran dan percubaan ke gol lawan.
Kelemahan :
Kelemahan yang sangat ketara pada Spain adalah pada posisi sayap, mereka tidak mempunyai pemain sayap yang hebat, mereka amat bergantung kepada Sergio Ramos yang melakukan over-laping dari sebelah kanan. Pertahanan mereka juga kadang-kala goyah, 'sloopy' dan mudah leka sekiranya mereka menghadapi tekanan berterusan. Nasib baiklah mereka mempunyai penjaga gol yang hebat, seperti perlawanan terdahulu, kerap-kali pertahanan mereka bocor dan bergantung harap pada kehebatan penjaga gol mereka.
Hantaran penyudah mereka juga banyak kali tidak menjadi. Walaupun mereka dapat mengawal keseluruhan permainan dengan hantaran-hantaran kemas, namun mereka kerap buntu membuat hantaran umpanan kepada penyerang untuk melakukan jaringan. Dalam perlawanan-perlawanan sebelum ini juga dapat dilihat dari segi statistiks, mereka kurang melakukan shot mahupun pun shot on target, inilah di antara kelemahan Spain.
Dari segi keseluruhan permainan juga, kalau di perhatikan dengan teliti, mereka agak kurang ‘urgency’ . Memanglah kesabaran dalam mengatur stategi itu penting, namun andai mereka terlalu relaks, mungkin tatktik mereka boleh memakan diri. Mereka agak kurang ‘urgency’ dan mereka kadang-kala kurang clinical walaupun mampu mengawal perlawanan, ini boleh mengundang musibah andai kata pihak lawan dapt membuat jaringan di minit akhir perlawanan dan mereka terdedah kepada counter-attack pihak lawan.
Pendapat peribadi aku :
Aku rasa Spain mampu menang andai mereka dapat menghalang gerakan Netherlands dari sayap, terutamanya melalui Arjen Robben dan Sneijder. Sergio Ramos akan menjadi tumpuan dan mungkin terpaksa berkerja lebih keras daripada biasa. Spain mungkin hebat di tengah padang tapi di pertahanan dan sayap mereka harus lebih mantap. Aku juga harap David Villa juga dapat mlakar sejarah baru bola sepak Spain dengan menjadai penjaring terbanyak Piala Dunia yang belum pernah pemain Spain lain lakukan. Iker Casillas akan menjadi inspirasi dan tonggak harpan Spain dalam menepis segala serangan Netherlands nanti. Aku harapkan permainan cantik dan menatap dipamerkan oleh kedua-dua pasukan.
Aku harap Spain akan menempa sejarah baru,kerana skuad kali ini boleh dikatakan agak sempurna dan mantap di semua posisi berbanding tahun-tahun terdahulu. Aku dah lama minat dengan Spain dan cara permainan mereka. Dari zaman Luis Enrique, Morientes, Raul, Gaizka Mendieta, Fernando Hiero dan lain-lain lagi, tapi dulu mereka hanya mempunyai beberapa pemain hebat dalam satu skuada dan tidak mampu mengangkat skuad mereka ketahap yang lebih tinggi. Sebab itu skuad Spain sentiasa dilabel sebagai skuad ‘under-achieve’. Aku harap Spain akan menang, tapi pasti perlawanan nanti sengit dan mendebarkan……
Dan aku harap Spain akan menang, kalau tak...siap la si Paul kena goreng nanti.....