Dah lebih 2 minggu dah puasa. Dan tak lama lagi dah nak raya pulak. Bila dah raya, maknanya nak balik kampung lah..... Faris dah tak sabar nak balik kampung. Tiap-tiap hari duk kira hari nak balik. Maklumlah dah lama tak balik kampung, aku pun dah lama tak balik kampung dah lebih 8 bulan dah aku tak balik kampung. Terasa rindu la pulak.....
Dah lama jugak aku tak update blog ni, ntah la, asyik tak sempat je. Nak kata takde masa, ada masa, maybe sibuk dengan kerja-kerja yang penting dan termasuk kerja-kerja yang tak penting. Tadi tengah aku belek-belek laptop ni, terjumpa la pulak gambar-gambar Faris yang belum aku letak kat blog ni, macam menarik la pulak nak kongsi. Jadi kali ni aku letak gambar Faris edisi tertunda, hehehe.
Ni waktu Faris 6 bulan, time awal-awal minat main kereta
Bila dah naik, asyik tersenyum jer, tapi masih menggunakan gear reverse
Ni pulak masa piknik sempena Hari Keluarga anjuran sekolah
Time ni Faris 6 bulan lagi ( 4 julai 2009 )
Faris join sama berpiknik, tapi macam hepi la pulak bleh main payung
Ni pulak masa piknik sempena Hari Keluarga anjuran sekolah
Time ni Faris 6 bulan lagi ( 4 julai 2009 )
Faris join sama berpiknik, tapi macam hepi la pulak bleh main payung
Dalam banyak-gambar yang aku ter-miss letak kat blog ni adalah gambar babak yang sempat aku rakam masa aku tengah main-main dengan Faris. Gambar ni sepatutnya aku letak kat entry yang lepas masa usia Faris nak sampai 8 bulan, tapi aku terlupa letak.
Tengok apa tu....
Faris dengan muka selambanya
Warghh.......
Gembira sakan Faris dapat mainan macam LEGO ni, tapi versi murah punya, hehehe. Dia suka sebab mainan ni warna-warni. Berbaloi aku beli walaupun murah.
Dah tak lama lagi Faris dah nak balik kampung. Aku risau gak nak travel nanti, nak turun naik flight, maklumlah dia sekarang ni makin aktif dan unpredictable, cepat bosan kalau travel ni. Dah la perjalanan ni maybe ambil masa lebih kurang 10 jam, travel dengan teksi 2 jam, turun naik flight 2 kali, tu belum kira kalu filght delay lagi, mau haru aku kat airport nanti. Dulu masa Faris travel nak datang sini dia masih kecil, diam jer atas flight, tapi sekarang, hadui...tak penah duk diam. Apa-apa pun aku harap dia tak buat hal sepanjang perjalanan balik raya nanti, dan perjalanan kami nanti selamat pergi dan selamat kembali, InsyaAllah.