Monday, February 21, 2011

Semakan Keputusan Pengambilan Kedua MRSM Tingkatan 4 sesi 2011

Para pelajar lepasan PMR 2010 yang ada memohon memasuki Tingkatan 4 di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dan gagal mendapat tempat semasa pengambilan pertama bulan Januari lalu boleh menyemak sekali lagi permohonan mereka mulai hari ini untuk mengetahui keputusan rayuan.

Semakan Keputusan Rayuan MRSM Tingkatan 4

Pengambilan kedua ini adalah bagi mengisi kekosongan 120 tempat untuk Tingkatan 4 dan mereka yang mendapat tawaran ini perlu mendaftar pada 1 Mac 2011. Sejumlah 15,873 permohonan direkodkan bagi Tingkatan 4 sesi 2011 dan cuma 3,500 tempat ditawarkan.

Tahniah kepada para pelajar yang telah terpilih! Mereka yang gagal jangan hampa kerana MRSM biasanya ada ambilan yang ketiga jika masih mempunyai kekosongan.

Maklumat

Sebarang pertanyaan atau masalah yang berkaitan dengan permohonan dan rayuan MRSM ini sila hubungi pihak MARA di talian 03-2691 5111.

Sunday, February 20, 2011

Semakan Keputusan Pengambilan Kedua MRSM Tingkatan 1 2011 sesi 2011

Semakan Ambilan Kedua MRSM Tingkatan 1

Para pelajar UPSR 2010 yang ada memohon memasuki Tingkatan 1 di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dan gagal mendapat tempat semasa pengambilan pertama bulan Januari lalu boleh menyemak sekali lagi permohonan mereka mulai hari ini untuk mengetahui keputusan rayuan.

Semakan Keputusan Rayuan MRSM Tingkatan 1

Pengambilan kedua ini adalah bagi mengisi kekosongan 1,250 tempat untuk Tingkatan 1 dan mereka yang mendapat tawaran ini perlu mendaftar pada 1 Mac 2011. Sejumlah 25,244 permohonan direkodkan bagi Tingkatan 1 sesi 2011 dan cuma 6,500 tempat ditawarkan.

Tahniah kepada para pelajar yang telah terpilih! Mereka yang gagal jangan hampa kerana MRSM biasanya ada ambilan yang ketiga jika masih mempunyai kekosongan.

Maklumat

Sebarang pertanyaan atau masalah yang berkaitan dengan permohonan dan rayuan MRSM ini sila hubungi pihak MARA di talian 03-2691 5111.

Saturday, February 19, 2011

Semakan & Kemaskini Permohonan Matrikulasi KPM Sesi 2011

Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 yang ada membuat permohonan Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia sesi 2011/2012 akan boleh menyemak dan mengemas kini permohonan mereka. Ini adalah proses mengemaskini permohonan matrikulasi sahaja, tiada permohonan baru yang boleh dibuat.

Tarikh Semakan

  • Semakan dan kemaskini permohonan matrikulasi ini boleh dibuat mulai 21 Februari 2011 sehingga 6 Mac 2011.

Proses Semakan

  • Semakan dan kemaskini permohonan matrikulasi ini boleh dibuat di laman web Kementerian Pelajaran, Aplikasi Semakan Permohonan Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran sesi 2011/2012.
  • Pelajar hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan dan angka giliran SPM untuk membuat pindaan.
  • Proses semakan ini dibuka bagi memberi peluang pelajar yang telah membuat permohonan mengemas kini atau membetulkan mengenai maklumat diri, alamat, nombor telefon, e-mel dan kolej pilihan.

Maklumat

  • Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi talian bantuan Bahagian Matrikulasi di 03 8884 4036/4040 atau kunjungi laman web Bahagian Matrikulasi.
  • Talian bantuan ini boleh dihubungi mulai 21 Februari sehingga 6 Mac 2011 dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang pada hari bekerja sahaja.

Friday, February 18, 2011

Semakan Keputusan Pengambilan Kedua Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Tingkatan 4

Untuk makluman para pelajar yang ada memohon memasuki ke Tingkatan 4 2011 di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Kementerian Pelajaran Malaysia tetapi gagal mendapat tawaran semasa pengambilan pertama dan ada membuat e-rayuan, keputusan permohonan mereka telah sedia ada.

Surat tawaran kemasukan ke Tingkatan 4 SBP 2011 ambilan kedua telah pun mula dipos ke rumah pemohon yang berjaya. Difahamkan ada yang telah pun menerima surat yang tersebut semenjak 17 Februari 2011.

Semakan Keputusan e-Rayuan SBP Tingkatan 4

Tahniah kepada mereka yang berjaya mendapat tawaran ke Tingkatan 4 SBP ambilan kedua ini.

Sunday, February 06, 2011

Keputusan Ambilan Kedua Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Tingkatan 1 2011

Semakan Ambilan Kedua Tingkatan 1 SBP 2011

Para pelajar UPSR tahun 2010 yang ada memohon memasuki Tingkatan 1 di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Kementerian Pelajaran Malaysia dan gagal mendapat tempat semasa pengambilan pertama pada akhir Disember dahulu sudah boleh menyemak sekali lagi keputusan permohonan mereka.

Semakan Panggilan Kedua SBP

  • Keputusan pengambilan kedua SBP Tingkatan 1 2011 boleh disemak melalui aplikasi dalam talian Kementerian Pelajaran di Semakan Tawaran Ke Tingkatan 1 Sekolah Berasrama Penuh.
  • Semakan boleh dibuat dengan menggunakan angka giliran UPSR.
  • Pastikan maklumat angka giliran sama seperti yang tercatat dalam slip pendaftaran UPSR.

Tahniah kepada mereka yang berjaya mendapat tawaran ke Tingkatan 1 SBP ambilan kedua ini.

disable click

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...