Wednesday, December 31, 2008

Ku Terpaksa Tinggalkan Mereka Seketika

Dalam keterpaksaan dan berat hati, aku kuatkan juga semangat untuk meninggalkan isteri dan permata hatiku Muhammad Faris Syamil buat sementara waktu. Besok, aku terpaksa bertolak ke Keningau, Sabah untuk menjalankan tugas dan tanggungjawabku bila sahaja persekolahan bermula.

Alhamdulillah, sekurang-kurangnya aku sempat menjaganya selama 14 hari ini, sempat la jugak aku berjaga malam. Aku juga sempat membuatnya susu, membersihkan dirinya, memakaikan pakaian untuknya....walaupun bukan sepanjang masa, namun sekurang-kurangnya aku boleh meringankan beban isteri ku yang amat-amat memerlukan sokongan fizikal dan mental.

"Tak apalah sayang, abah pergi buat seketika jer, jangan nakal-nakal, jangan susahkan ummi......nanti abah ambil sayang ek"

Berat juga hati aku untuk meninggalkan isteri dan anakku jauh dari pandangan mataku. Bukan setakat jauh di mata sahaja, aku terpaksa tinggalkan mereka lebih kurang satu bulan sebelum kami bersama kembali. Namun aku akur dan redha, dan aku harapkan mereka berdua juga redha dan tabah sepeninggalan aku ini. Buat isteri tersayang, tunaikanlah tanggungjawab dan amanah yang dikurnikan daripada Ilahi ini. Jagalah dan tunaikan amanah ini dengan redha dan penuh ikhlas.

Saturday, December 20, 2008

Anugerah Kurniaan Ilahi




18 Disember 2008, satu tarikh yang begitu bermakna bagiku dan keluarga ku. Insan yang sedang dinanti-nantikan akhirnya hadir dengan disambut dengan seribu kesyukuran.

Jam 11.18 pagi, zuriat dan cahayamata ku yang pertama akhirnya selamat dilahirkan melalui proses pembedahan yang berjalan hampir 2 jam. Aku bersyukur kepada Ilahi kerana semuanya berjalan lancar. Isteriku selamat dan permata hatiku juga dalam keadaan yang baik, tiada komplikasi yang berlaku sepanjang pembedahan. Kesyukuran tak terhinggan dan kegembiraan yang tak terkata dari ku.

Aku harap dengan hadirnya insan yang bergelar cahayamata ini, kami sekeluarga akan terus diberkati olehNya. Tuhan, jadikanlah kami insan yang taat kepadaMu dan sentiasa bersyukur dengan kurniaanMu yang tak ternilai harganya.

Wednesday, December 17, 2008

Pengorbanan dan Penantian Satu Anugerah

Besok...18 Disember 2008. Satu tarikh yang cukup bermakna bagi diriku dan keluargaku. Keluargaku bakal diserikan dengan kehadiran insan yang amat bermakna bagiku, insan yang bergelar CAHAYAMATA.

Hari ini, genaplah 24 hari aku dan isteri ku berkampung di Hospital Raja Perempuan Zainab 2, Kota Bahru ini. Selama 24 hari ini isteriku terpaksa menghabiskan masa di hospital ini atas faktor kesihatan dan keselamatan, dan selama 24 hari ini jugalah aku berada disampingnya, memberi semangat agar terus tabah dalam menghadapi dugaan yang menuntut seribu pengorbanan daripada kami suami-isteri yang bakal bergelar ayah dan ibu.

Hari ini juga aku di uji dengan satu lagi dugaan, ayahku baru sahaja selesai melalui 'minor operation' di hospital yang sama. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Keluarga ku berkampung di sini, bersama-sama ku. Ibu ku sentiasa di samping ayahku. Betapa indahnya......usia tidak membataskan kasih sayang sepasang suami-isteri yang telah berusia ini. Aku dapat melihat kasih sayang ibu tak pernah padam pada ayahku, menjaga, meneman dan sentiasa memberi semangat kepada insan yang bernama suami.

Dan besok....aku pula akan diuji lagi. Isteriku bakal di bedah. Tuhan berilah kami ketabahan dalam menghadapi dugaan ini. Petang ini juga aku mendapat beberapa lagi maklumat berkaitan kandungan isteriku, maklumat yang juga membuat aku berdebar, takut dan juga berserah. Daripada maklumat yang diberikan oleh Nurse yang bertugas, kedudukan kandungan isteriku bukan sekadar berada dibawah (Type 3) , tapi berada di posisi belakang, dengan kata mudahnya, berisiko dan berbahaya. Kedudukan di bawah ada tiga jenis, Type 1, Type 2, dan Type 3, dimana Type 3 adalah yang paling berisiko.

Namun begitu, aku berharap yang terbaik akan berlaku. Aku harap pengorbanan dan penantian kami akan diserikan dengan kehadiran cahayamata ku yang sihat dan sempurna. InsyaAllah. Menanti sesuatu anugerah yang indah menuntut seribu pengorbanan dan penantian. Tuhan, berilah kami kekuatan dan ketabahan......

Sunday, December 14, 2008

Wednesday, December 10, 2008

Aidil Adha sebuah pengorbanan

Hari Raya datang lagi, kali ni aidiladha aku sambut sederhana jer. Maklumlah, dalam keadaan isteri aku sebegini, feel nak sambut raya pun ada kureeeeng sikit. Tapi raya tetap disambut beb. Kali ni keluarga aku buat korban jugak, kakak-kakak buat korban, diorang pakat-pakat ambil 3 bahagian untuk korban dan 2 bahagian untuk akikah. Kira meriah la jugak.

Kadang-kadang aku terpikir jugak, bila pulak aku nak buat korban?kalu nak buat korban sembelih lembu tu......aku rasa belum sampai masanya. Tapi.....bagi aku,buat masa sekarang cukuplah kalau aku buat korban dalam bentuk yang lain sedikit.

Dalam tempoh lebih kurang 15 hari yang sudah, sekurang-kurangnya aku dah laksanakan sedikit tanggungjawab dan pengorbanan aku sebagai seorang lelaki yang bergelar suami. Itu baru sedikit, baaaaaaaanyak lagi yang perlu aku buat. InsyaAllah akan aku tunaikan......

Pagi raya hari tu, sebahagian keluarga aku pergi ke tapak tempat orang buat korban/penyembelihan. Sebelum acara bermula, aku dengan rasa tak berapa konfidentnya telah melantik salah seorang daripada anak buah aku untuk melaksanakan satu tugasan yang agak 'denjeros'( kata Nabil Raja Lawak2).

Aku suruh la dia ambil gambar suasana kat korban tu dengan kamera digital aku. Korang tau apa jadi ? Penuh memory card aku........kureng asam betul. Aku ingatkan rosak ke kamera aku nih. Ada lebih kurang 300 keping dia ambil......mana tak penuh. Gambar senget, blur, tiang rumah, tali lembu, rim basikal, kaki orang, dan entahapapa lagi yang dia ambil semua ada. Yang cantik dan OK adalah la jugak, tak lah sampai hampeh semua.....

Tapi dalam banyak-banyak gambar, ada la 3 , 4 keping yang aku suka. Kira ada 'meaning' lah......Kat sini aku kongsi beberapa gambar yang menarik dan aku suka,sebab gambar-gambar ni banyak membawa maksud dan mesejnya tersendiri.....korang tengoklah.....


1. Rakan karib dan sepupu

1. Gambar yang first ni gambar 2 orang anak buah aku (akma dan ayoo) anak kepada 2 orang kakak aku (k.yah dan k.nor). Dua orang ni memang terkenal dengan auta/kelentong diorang. Kalau bab planning yang mengarut-ngarut tu teror sungguh.......


2. Kerisauan

2. Yang ni pulak gambar 4 sekawan, eyie ( abg kepada ayo), fahmi ( adik kepada akma), ayoo, dan akma. gambar ni diambil masa lembu tengah kena sembelih, itu yang masing - masing dengan gaya tersendiri tu. Ada yang macam risau, ada yang mengintai jer, ada yang duk menjengah dari jauh jer. Aku suka betul dengan gambar nih. 4 sekawan nih kalu ada kat rumah aku, adoi...haru-biru,terutamanya si kecik tu, Fahmi......


3. Merancang

3. Apa benda la yang diorang duk planning tu aku tak tau. Si Fahmi ni memang amat-amat terkenal dengan autanya. Dia ni memang jenis yang auta dan loyar buruk, tak padan dengan kecik, cerdik melampau. Kalu bab mereka-reka cerita, meniru orang, pandai sungguh. Tapi yang bagus dia ni susah nak nangis, kebal yang amat, setakat luka jatuh tergolek basikal tu, dia boleh cerita dengan mak dia dengan gaya bangga lagi, siap dengan tokok tambah cerita lagi.......Yang sihat tu pulak si Ayie, bab makan no.1, sampai kena marah-marah baru berenti. Tapi kalu bab auta...mmmm sama je dengan adik dia.

4.Empat pahlawan

4. Yang ni pulak gambar 4 pahlawan yang telah berjaya menumbangkan musuhnya, 4 lawan satu memang la boleh menang.......heheheh. Sebenarnya ni la abang-abang ipar aku,abg spian, abg dir, abg li, dan abg lan. Diorang ni memang boleh diharap, menantu-menantu yang baik (ayat-ayat bodek). Abang-abang aku nih memang ok, dan banyak berjasa pada keluarga kitorang, terutamanya abg.spian, sebab dia yang sulung......tapi kitorang tak pernah banding-bandingkan,semuanya abg-abg aku.......thanks bro.

Ada banyak lagi gambar-gambar kat tempat korban, meriah sungguh. Orang kata, Raya Haji kat Kelantan memang meriah tak seperti kat negeri-negeri lain, mungkin ya mungkin tidak. Nantilah aku update kalau ada kesempatan. Apa-apapun, diharap aidil adha kali ini membawa seribu pengertian dan seribu keinsafan terhadap Ilahi, semoga pengorbanan yang dituntut dapat dihayati bersama.....InsyaAllah.

Saturday, December 06, 2008

Anniversary d`Hospital


Sedar tak sedar, dah genap setahun rupanya usia perkahwinan aku dengan isteri tercinta. Hajat di hati nak la pergi melancong ke, nak jalan-jalan ke, nak honeymoon ke, tapi kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan segalanya. Akhirnya aku sambut anniversary aku kat hospital.


My wife dengan adik + anak2 buah dia yang asyik maaaaakan jer, pantang ada makanan terus jer askar2 ni serbu. Sekelip mata jer. Ada diorang terus meriah kat rumah


Aku bersyukur sepanjang setahun ini tidak ada perkara yang mengganggu-gugat kami berdua, malah bakal diserikan dengan kehadiran cahayamata kami yang pertama tidak lama lagi. Semalam, 5/12 genaplah usia setahun perkahwinan kami dan genaplah 36 minggu usia kandungan isteriku. Mengikut perkiraan kasar 36 minggu adalah bersamaan dengan 9 bulan, so, sepuluh hari lagi 15/12 cahayamata ku yang pertama bakal keluar ( kalau tiada komplikasi awal lah).

Kami sambut anniversary ala kadar je lah, al-maklumlah dalam wad. Cukup sekadar untuk mengingatkan tarikh detik perubahan hidup kami. Pada mulanya isteri aku asyik bertanya je apa yang aku nak bagi kali ni, aku pulak buat acuh tak acuh jer (konon tak pedulilah), padahal aku dah ada planning, hehehehe. Saja nak surprise. Akhirnya.......

Mak aku pun join skali, join jer, makannya tidak. Dia tak makan benda2 gini


Aku pun nak enterprem jugak lah,heheheh



Selepas hampir habis dibelasah......inilah baki yang tinggal

Walau apa-apa pun aku tetap bersyukur kerana kami bahagia dan keluarga kami juga bahagia. Semoga kami terus bahagia dan diberkati olehNya sentiasa dan sentiasa tabah dalam menghadapi dugaan yang mendatang.


























Tuesday, December 02, 2008

Antara Broadband, webcam dan headset

Broadband oh broadband.....akhirnya aku dah ada broadband sendiri. Orang lain dah berzaman ada benda alah ni, dah berkurun dah, aku baruuuuu je ada. ish ish ish.



Inilah Broadband baru aku...mahal la jugak aku beli.

Broadband ni aku beli 2 hari lepas, excited gile, hehehheh. Beli petang, malam terus online. Ini model yang latest punya, sebab tu mahal sikit aku beli. Mahal pun takpe, asalkan hajat tercapai

Dah beli broadband, kena beli benda lain pulak. Aku beli webcam pulak. Aku beli yang biasa-biasa jer, kira yang tak terlalu mahal, tapi bukan yang paling cikai/hampeh.

Inilah webcam aku, ini yang paling ok aku jumpa, tak terlalu mahal dan tak terlalu murah

Dengan adanya webcam maka boleh la aku main YM dengan lebih best, tapi......ada satu lagi tak lengkap. Headset. Maka dengan rasa konfidentnya aku terus beli satu headset yang sederhana mahalnya.

Inilah headset aku beli, macam hebat je kan?

Dengan ini maka lengkaplah unit untuk aku ber'YM' dengan jayanya. heheheh. Mak aku tanya berapa habis semua. Aku cakap tak mahal, murah jer. Bukan niat nak tipu pun,tapi dah memang betul, memang tak mahal sangatlah. Kira mampulah aku beli, tak lah sampai terdesak sangat. Wife aku dah jeling semacam, siap sindir-sindir aku lagi. Sindir pun sindir lah, yang penting aku puas hati. Muhahahah.

Maka, dengan rasa riaknya, aku mengumumkan, bahawa aku kita telah meng'upgrade'kan diri aku dalam bidang ICT. Aku berciti-cita akan terus meng'upgrade'kan diri aku dari masa ke semasa.
















disable click

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...