Tuesday, December 27, 2005

Lawak Blonde

Seorang gadis berambut perang memasuki sebuah kedai elektronik..
Gadis : "saya ingin membeli TV ini."
Penjual : "Sorry, barang ini tidak dijual untuk orang berambut perang."
Gadis berambut perang ini segera bergegas pulang dan terus menyembur rambutnya. Lalu dia pergi semula ke kedai tadi dan berkata pd penjualnya..
Gadis : "Saya ingin membeli TV ini."
Penjual : "Sorry, tidak dijual untuk orang berambut perang."
Gadis itu berfikir..
"Oh, dia masih boleh mengenaliku."
Lalu gadis ini melakukan perubahan 100% pada dirinya. Dia memotong rambutnya dan mengecatnya dengan warna baru, memakai pakaian baru dan kaca mata hitam besar. Gadis itu menunggu beberapa hari, lalu dia pergi semula ke kedai tadi. Dia pergi ke penjual itu dan berkata,
Gadis : "Aku ingin membeli TV ini."
Penjual : "Sorry, tidak dijual untuk orang berambut perang."
Kerana kecewa.. gadis itu bertanya..
"Bagaimana kamu tahu yang aku berambut perang sebelum ini?"
Penjual itu menjawab..
"Kerana ini bukan TV tapi microwave."

pandangan pertama...

pandangan pertama.....perkara yang paling penting dalam membentuk perhubungan atau menjelaskan sesuatu benda..atau dengan kata lain tak kenak maka tak cinta.
salam perkenalan aku ucapankan...bagi aku sebagai seorang yang baru dalam perihal berkaitan dunia blogger ini, aku ingin mencuba sesuatu yang baru dan aku mahu memperbaiki kelemahan yang mungkin ada dalam diri aku dan seterusnya dalm blog aku ini...
konsep yang bakal aku persembahkan dalam blog ini bakal menunjukkan dan mengammbarkan peribadi dan minat aku. apa yang bakal aku sediakan merupakan sebahgian daripada perkara atau kecenderungan aku terhadap sesuatu aspek itu. sebagai contoh aku meminati dunia muzik, maka aku akan menyediakan perkara atau benda yang berkaitan dengan nya....
dunia komedi juga bakal menjadi perkara yang aku bakal sediakan.tak kira la, cerita ke, lagu ke, atau apa-apa shaja yang berkaitan. sebagai permulaan aku bakal menyediakan cerita-cerita lucu yang pernah aku baca dan dengar.aku harap ia menarik.....
dunia peribadi aku......mmmm.....akan aku sediakan beberapa topik atau artikel yang menjadi perhatian atau minat aku. disamping itu dunia kerjaya aku adalah merupakan perkara yang paling utama yang akan aku sentuh.....dunia pembangunan akademik dan insan.
aku harap benda ini tidak akan menjadi hangat-hangat tahik ayam....akau akan cuba untuk meluangkan masa kepada blog aku ini.....kalau masa mengizankan ...dan tidak lupa, kalau Dia memberikan aku kekuatan dan kelapangan...insyallah.

Saturday, December 24, 2005

the beginner...the beginning.. and it begins

alhamdulliah...akhirnya aku dah memulakan satu lagi perkara yang baru dalm hidup aku. ini merupakan blog aku yang pertama kali aku sediakan. sudah lama aku berhajat nak buat benda ini, tapi masa tak mengizinkan.

bagi aku, ini adalah satu permulaan yang baik untuk aku menjelajahi ilmu dan perkara yang berkaitan dengan dunia internet di zaman teknologi ini. aku tahu boleh dikatakan majoriti pengguan internet sekarang dah ada blog sendiri, mudah kan? tapi bagi aku inilah satu benda yang agak baru buat aku. mungkin aku dah tahu kewujudan dan kegunaan blog, tapi kau tak pernah mencuba untuk meng'ada'kan untuk aku sendiri. well...thanks to my good friends yang mem'promote' benda ini kat aku (imayu05). berdasarkan apa yang aku tahu dan apa yang dia beritahu pada aku, aku mula tertarik untuk ingin mencuba.....
kata orang-orang tua, orang baru belajar ini selalunya banyak buat silap dan banyak tak betulnya....memang betul pun. aku masih hijau dalam bab bab berkaitan internet ini, walaupun aku dah lama didedahkan dengan dunia ini. tak banyak benda yang aku buat ngan internet ini selain hantar email, surfing buat assignment, dan surfing benda-benda lain( yang berfaedah jer...).
dunia semakin pesat membangun, tapi aku????mmmmm.....mungkin agak perlahan sedikit.tapi aku akan tetap berusaha kearah yang terbaik. kata orang jadikan hari ini lebih baik daripada semalam, jadikan hari esok lebih baik daripada hari ini, dan jadikan hari hari yang mendatang lebih baik daripada hari hari yang sebelumnya. memang semua orang boleh kata macam tu, tapi mampu kah kita lakukannya? cukup kuatkah kita?cukup tabahkah kita?tepuk dada tanya selera..............

Friday, December 23, 2005

the beginner...

disable click

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...